Sunday, August 16, 2009

Tak Sabar Menanti Hadirnya

Tak berapa hari lagi Ramadhan akan menjenguk kembali.
Kita akan berpuasa selama sebulan jika diberikan kesihatan
dan kesempatan olehNya. Info ini sebenarnya lebih kepada
peringatan untuk diri sendiri tetapi tidak salah jika
berkongsi bersama pembaca budiman sekelian.

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;

1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia

2. Bulan penuh berkat

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
"Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.

3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.

Sumber:
<"http://www.muftiselangor.gov.my/E-book/KoleksiArtikelIstinbat/IbadatPuasa.htm">

11 comments:

pecinta_Islam said...

ramadhan yg dinanti2 akhir kembali mendekati kita..hrp2 dipanjangkan umur untuk bersamamu lg
:)

Hanisham Ab Halim said...

Tak sabar nak tunggu. Seronok sangat bila Ramadhan datang.

Relevan said...

Dan Gastrik pun mula melanda.. he he..

Relevan said...

Dan Gastrik pun mula melanda.. he he..

MuMMy 2 Haqq said...

mmg best betol nak sambut puase..lebey2 lagi ni tahun kedua sy sambut bersama suami walopon dah 5tahun kawen.. :)

Eyna's said...

Btul tu...tak sabar nak sambut ramadhan...
moga2 masih diberi kesempatan olehNya...

Saliza said...

Syah,
Ye, begitulah harapan akak juga. Semoga dapat menunaikan ibadah dengan sempurna di bulan mulia.

Saliza said...

Echam,
Betul sgt kate aok.

Saliza said...

Encik Relevan,
Ya betul ngat kata aok tu.
Lg satu, byk juga kedai buka pintu belakang..Apa nak jadi x tau lah..

Saliza said...

Arni,
Satu pengalaman juga tu bila berjauhan..

Saliza said...

Eyna,
Harap2nya ada ada kesempatan dan kesihatan supaya dapat menyempurnakannya..Amin