Wednesday, June 29, 2011

Hari Terbuka @ Hari Pelaporan di SKRP

Assalamualaikum.

Wah, sorry la lama x update. Tergolek terbaring ngadap
novel yang diberi. Hehehe, will update about that later.
Ni nak cerita pasal Hari Terbuka kat sekolah aku ni yang
diadakan pada 28 Jun 2011.

Aku pun nervous gak sebenarnya. Ye la, dah lama tak jadi
guru kelas dan jumpa parents ni. Masa taklimat hari tu dah
diberitahu yang setiap guru kelas akan diberikan air kotak
dan 2keping pizza saja untuk makan. Ye la, dah satu kelas
ada 30-40 orang murid. Kalau semua parents datang dan
ambil masa 5 minit untuk setiap murid pun dah berapa lama
masa kan? Tapi ada la juga diperuntukkan masa rehat untuk
pergi ke kantin.

Yang kelas aku, cuma 26 murid je hadir. Ada 10 orang yang
tak datang. Agaknya sebab parents mereka tak boleh datang
untuk sign buku pelaporan la tu.. Sebab kan murid boleh balik
mengikut parents lepas sign buku rekod tu. Kalu parents tak
datang, maka mereka akan balik lambat la..

Dan, alhamdulillah.. perjumpaan tu berjalan dengan lancar bagi
kelas aku. Ada juga yang muridnya tak datang tapi maknya
datang untuk sign. Maknya mengaku sendiri anaknya tak mahu
datang sebab maknya selalu datang lambat untuk sign dan dia
tinggal sorang dalam kelas selalu...

Dan hasil dari perjumpaan ni positif belaka. Ada mak yang betul-
betul faham sebab dia bagi tahu anaknya bukan nombor yang
penting tapi gred. Ye la, kelas yang aku pegang ni kelas yang ke-10
dari 14 kelas di situ.

Jam 11 dah hampir settle semua. Cuma ada sorang murid je lagi
yang ayahnya tak datang. Sian juga aku tengok.. Dah 2 kali dia
minta izin nak telefon ayahnya. Pukul 12.30 barula ayahnya datang,
Ok, that's all...

Monday, June 27, 2011

Pameran Buku di SACC


Assalamualaikum.

Sebenarnya aku tau pasal pameran buku ni dari wall facebook aku.
Sebab ada announcement dari NB Kara sdn bhd. Aku memang suka
dengan karya Norhayati Berahim ni. Dan awal-awal lagi aku dah
ajak hubby untuk pergi.

Kebetulannya pulak, Sabtu baru ni hubby tak kerja dan aku pun tak
ada kokurikulum, maka berjalan la kami ke SACC tu lepas hantar
anak ke rumah mak nya.

Masuk aje dalam tu, dah jumpa dengan Karangkraf punya booth.
Besar kawasan yang dorang dapat. Tengok-tengok novel Alaf 21 dan
Prima. Ya Allah, jadi gila nak memilihnya. Rasa macam nak borong
semua. Nak-nak lagi bila sales assistant tu kata ada diskaun. Dan
bagus juga sebab dorang ada la syorkan mana-mana novel yang best.

Lepas tu. masuk dalam lagi, dan jumpa lah booth Nb Kara ni. Aku
memang sure yang ada tu Norhayati Berahim tapi nak tegur malu
la pulak. Bila aku beli buku dan pembantu jualan tu kata nak sign
tak, sebab penulisnya ada.. Terus aku kata ya tapi silapnya lupa nak
suruh hubby snap gambar sebab excited sangat...


Yes, ni yang mahal ni...

Lepas tu round lagi dan jumpa pula booth yang ada buku dari Kaki Novel.
Member aku si Eyna baru je beberapa malam lepas call dan promote
pasal novel dari Kaki Nopvel ni. Ya Allah, memang tak reti nak pilih
buku mana nak beli. Siap minta hubby tolong pilih tapi dia tak nak
sebab katanya aku yang nak baca.. hehehe

Lepas tu carikan buku cerita untuk anak dan buku-buku latihan juga.
Murah sebab hanya RM1 je untuk satu buku latihan. So, ambil untuk
semua subjek UPSR. Harapnya rajin la dia buat latihan nanti..

Oh ya, aku juga dapat tengok novelis Siti Rosmizah yang tengah sign
untuk buku dia kat satu booth. Tapi aku tak beli novel dia, dapat tengok
in person la... Moh kita tengok gambar hasil belian aku kat Pesta Buku
Selangor tu...


Enam buah novel yang aku beli


Tengok dari atas lak..

Nanti-nanti aku buat entry tiap-tiap satu novel ni...

Thursday, June 23, 2011

Busy

assalamualaikum.

Minggu ni aku sibuk dengan persiapan untuk Hari Terbuka.
Dah lama aku tak pegang kelas ni. Kat sekolah lama dulu,
sebab banyak jawatan lain, so memang tak pegang kelas. Kat
sini, kena pegang kelas. Lagipun, kat sini banyak sangat kelas.
Hampir semua cikgu kena pegang kelas.

Kat sekolah lama, simple saja rekod pelaporan murid. Kat sini,
macam-macam nak kena buat. Buku Adab Belajar, PLBS, Kad
Merit dan macam-macam lagi la.

Tadi dah ada taklimat untuk Hari Terbuka yang akan diadakan
pada 28 Jun nanti. Aku nak snap gambar semua yang nak kena
ditandatangan oleh parents tapi yang kelas aku punya masih
lagi kat dalam bilik GPK 1. Entah bila la dia nak pulangkan...

Ok, apa-apa hal pun, nanti aku update lagi...

Sunday, June 19, 2011

Hari Bapa

Assalamualaikum.

Nak wish Happy Father's Day to my beloved hubby.
Actually dah wish lepas solat subuh pagi tadi pun..
Sempena hari bapa ni, aku gantung periuk. Nak belanja
hubby makan kat luar..

Hubby pilih untuk makan kat Pizza Hut. Yang paling
suka si Hazmi la. Macam-macam dia order... Pizza, spaghetti,
chicken wings...

Anyway, nak wish Selamat hari Bapa juga kepada semua
yang bergelar bapa.

Semoga anda sekelian dapat menjadi bapa dan pelindung
yang baik kepada anak, isteri dan keluarga.

Hari Persatuan SKRP

Assalamualaikum.

Kat sekolah baru ni aku telah diberi tanggungjawab sebagai
Pengerusi untuk sebuah kelab yang baru tahun ni ditubuhkan.
Sebelum ni tak wujud pun kelab ni di sini. Murid yang jadi ahli
pun tak ramai iaitu 30 orang je. Kelab tu ialah Kelab Pencegahan
Jenayah.

Dah la kelab baru, kehadiran murid untuk aktiviti pun sangat la
tidak menggalakkan. Memang melemahkan semangat cikgu. Ye
la, yang datang paling ramai pun 10 orang. Sedih betul...

Anyway, bila ada hari Persatuan ni, aku dan AJK guru yang seramai
3 orang tu, talah mengadakan 2 pertandingan. Yang oertama ialah
membuat buku skrap dengan mengumpulkan keratan akhbar
berkaitan jenayah. Dan yang kedua ialah Kuiz.

Pertandingan dijalankan pada hari Sabtu 18 Jun 2011 bermula
dari jam 8 hingga 12 tengahari. Kali ni yang datang ada la 10
orang. So, semuanya akan dapat hadiah la nanti.

Jom, tengok gambar....


Leka mencari berita yang sesuai


Cari berita ke baca apa tu?


Dah jumpa, gunting terus...


Ini kumpulan Al Syukur


Kumpulan Al Amin


Kumpulan Jelly Fish


Antara hasil kerja...

Dan pemenang bagi kedua-dua pertandingan ini ialah kumpulan
Jelly Fish.

Tahniah diucapkan....

Saturday, June 18, 2011

Kl Gangster



Assalamualaikum.

Hari ni nak story pasal aku tengok movie ni malam tadi.
Hubby la yang nak sangat tengok movie ni. Balik kerja
petang tu dia terus pergi beli tiket. Show time pukul 8.45
malam. So, lepas maghrib la gerak dari rumah.

Bila tengok trailer filem ni, nampak macam best. Tu yang
hubby nak sangat tengok. Dan yang pasti lepas keluar dari
panggung, aku rasa tak puas. Tak puas sebab sekejap sangat
filem ni. Tak sampai sejam setengah pun...

Dan ikhlas aku cakap, bagi aku la kan... filem ni lagi best
dari Fast & Furious 5. Sungguh.... Hubby aku masa Fast 5 tu
siap berdengkur lagi.. Tapi Fast 5 tu tengok kat rumah la...

Walaupun penuh dengan babak gaduh, tapi ada juga babak
lawak dan sedih. Sedih yang sangat sampai aku hampir
mengalirkan air mata. Tapi tak mengalir sebab babak tu
tak lama sangat..

Lakonan para pelakonnya pun hebat-hebat belaka. Nak-nak
lagi si Aaron Aziz yang masih segar lagi diingatan sebab jadi
Seth Tan dalam Nora Elena. Sampai dalam panggung pun
boleh dengar orang sebut nama Seth Tan.

Syabas la buat Syamsul Yusoff. Filem kedua Syamsul yang
aku tengok ni. First yang aku tengok ialah Khurafat. Filem-
filem dia yang lain aku tak layan pun.

Friday, June 17, 2011

Macam-macam Cerita

Assalamualaikum.

Susah betul nak start blogging semula ni. Ada saja halangan yang
tidak dapat dielakkan. Ingatkan lappy dah ok, tapi masa kat Jengka
hari tu dia buat hal balik. Dah la Windows yang kedai install tu bukan
genuine, sekejap2 keluar warning, nyampah sungguh. Lepas tu bateri
pulak keluar warning, kalau tak tukar, lappy akan shut down sendiri.
Mula-mula buat tak tau je, tapi bila kejap2 dia shut down, kejap2 shut
down lagi, aku pun decide untuk beli bateri baru. So, harap-harapnya
dah tak ada problem lagi la lepas ni.

Masa aku balik Jengka hari tu aku dapat oleh-oleh dari sekolah lama.
Sepatutnya last year lagi dapat barang. Memang tiap tahun akan ada
la sedikit cenderahati untuk guru yang mengajar tahun 6. So, untuk last
year, aku dapat.......



Ye, aku dapat t-shirt.

Meh kasi close up apa dia tulis


Wah, kenangan sangat ni...


Hahaha... ni yang mahal ni...

Ha, ni pulak nak story pasal drama Nora Elena. hahaha, aku
pun memang tak ketinggalan tengok drama ni. Sebabnya novel
Kasih Yang Suci tu memang antara novel kegemaran aku. Balik
Jengka bulan 5 hari tu, aku sanggup geledah stor nak cari balik
buku tu. Masa buat rumah dulu, semua novel aku dah masukkan
dalam kotak.



Memang addicted betul la dengan drama ni. Pada hal
aku jarang sangat layan cerita Melayu,. Channel favorite
aku ialah AXN, FOX ataupun STARWORLD. Tapi nasib baik
aku baca kat akhbar pasal drama ni. Hubby aku pun jadi
suka dengan drama ni. Kalau dia kena OT, memang aku la kena
jadi tukang cerita balik.

Walaupun banyak yang diubah berbanding versi novelnya, tapi
drama ni memang wajib tonton la. Aku tetap suka dengan novel
ni berbanding sirinya..

Okay la.. that's all for now.

Friday, June 3, 2011

Movie Time

Assalamualaikum.

Aku dan hubby memang suka tengok wayang. Last kami tengok
ialah cerita Kongsi. 1/6 hari tu hubby balik awal. Pelik juga aku
sebab aku ingat dia OT macam biasa dan sampai rumah pukul 9.
Ni tak, tengah aku syok melayan cerita Nora Elena dia dah bagi
salam.

Buka je pintu terus dia kata: jom tengok wayang. Aku ok aje la.
Lepas makan dan solat maghrib kami pun keluar la ke Harbour
Place. Hajat hati nak tengok Fast 5, dari hari tu lagi berhajat nak
tengok tapi tak dapat. Malam tu pun sama juga, tak dapat sebab
penuh. Nak tengok Pirates of the Caribbean pun penuh gak. Last
choice ialah cerita Karak.

Lepas beli tiket kami pun jalan-jalan la kat ground floor. Kebetulan
The Store buat sales yang gila-gila kat situ. Hubby beli seluar
sampai 2 helai kat situ. Memang murah sungguh. Kat The Store Klang
pun tak jual harga cam tu.

Ok, meh nak citer sikit pasal filem Karak ni. 30 minit pertama tu
memang seram gile la. Nak-nak lagi masa perempuan cantik tu
tanya: encik, nampak anak saya encik.... atau tak de kepala macam
ni ke encik?... Walaupun tak de rupa yang buruk tapi seram gile la masa tu.

Lepas pada tu, memang tak seram sangat dah. Walaupun keluar
hantu yang rupa buruk tapi dah tak ada effect seram,( pada aku la). Scene
dalam2 hutan tu rasanya macam tak perlu la. Baik dia buat sepanjang
jalan nak ke Kuantan tu kena kacau dengan macam2 hantu, lagi seram aku rasa...
Tapi endingnya tu memang tak terjangka la..
Paling tak boleh lupa watak perempuan cantik tu la...

Ok, pada sapa-sapa yang belum tengok, kira ok juga la filem ni.

Thursday, June 2, 2011

Ke KLIA n I-City


Assalamualaikum.

Lama benar membiarkan blog ni bersawang. Tak sempat nak jenguk
pun. Nak kata sibuk, rasanya macam biasa saja, Tapi bila nak update
tu ada saja yang mengganggu. Bila anak nak periksa, kena la mamanya
pun cuti online.

Lepas tu pulakpasal kamera. Nak update tak bergambar rasa macam
tak best la pulak. Mula-mula tu, kamera tinggal kat jengka masa aku balik
cuti raya cina dulu. Ok, stop membebel memberi alasan....

28 Mei hari tu, aku menghantar mak mertua, abang ipar dan birasku
ke KLIA. Mereka akan mengerjakan umrah. Sebenarnya, mak mertua
ada bagi hint nak ajak aku pergi teman dia tapi hubby berat hati nak
bagi pergi. Dia berhajat nak pergi sekali, Tak apa la, insyaallah ada rezeki
kami nanti.

So, kami dari rumah pukul 3.40 pagi sebab check in barang pukul 5. Biasa
la, orang tua kan nak tepat masa. "Kami" tu ialah family aku dan family
kakak ipar. Abang ipar cuma datang berdua saja dari Kuala Lipis sebab
keluarga isterinya (biras aku la..) akan mengadakan kenduri menyambut
menantu.


Abang ipar yg depan n biras di belakang tu


Me with anak2 buah


Meriahnya suasana walaupun di awal pagi..

Malam tu aku dan hubby bawa family kakak ipar melawat ke I-City. Aku
pun dah lama tak pergi. Bayar parking pun dah mahal. Nak masuk ke
Snow World pun mahal bayarannya. Ada macam-macam game pulak tu.
Dah macam Genting pulak aku rasa... Dah tak seseronok macam dulu.