Monday, November 30, 2009

Hasilnya....

Tak de gambar raya la kengkawan. Rumah kawan
ramai pulok sedara mara yang berkunjung pada raya
haji ni. Tak menang tangan la kawan hari tu.

Kawan cuma nak menunjukkan hasil kerja tangan yang
ditinggalkan oleh murid-murid tahun 6 pada tahun ni.


Ni lah salah satu mural yang dihasilkan. Kawan nak ambil gambar
penuh tak dapat sebab depan tu pokok bunga menghalang
pandangan.


Dapat pandangan sisi pun jadilah....

Hak se lagi tak siap sepenuhnya sebab guru yang in charge
bahagian ni telah bertukar ke sekolah lain. Kalau bagi ke
budak2 ni buat, takut lain beno jadinya. Tapi kawan ambik
juga la gambarnya. Kat bawah ni ya?


kalau siap ni mesti cantik.

Keknya nak buat guane, kawan ni mende ke tak berseni.
Harus hancur kalau dapat ke kawan...

Thursday, November 26, 2009

Sehari Sebelum Aidil Adha

Kawan rasa kat mana-mana pun mesti serupa je
aktivitinya bila sehari sebelum raya ni kan? Tak
kisah lah tu, kawan tetap nak cerita juga.

Pukul 6.45 lagi kawan dah bawa mak gi ke simpang
jengka 18 beli daging. Kali ni kawan la kena bawa
sebab akak kawan raya rumah mertuanya di kg belengu.
Pasal apa awal benar pegi? Kalau lambat karang
daging hat molek-molek tu dah habis.

Tapi ada satu perkara la yang kawan musykil sikit.
Pasal mak kawan ni la, kalau beli daging fresh dekat
nak raya, mesti nak daging kerbau. Entah ngapa la tak
nak beli daging lembu...Tapi kawan tak pernah la tanya
dia ngape.. Kawan hulur duit je bayar..

Ada 3 tempat orang jual daging kat situ. Lepas beli daging,
pegi beli ayam pulak. Tak lama sangat la kat situ. tapi masa
nak balik tu kena lalu satu kedai ikan, yang orang parking
kereta motor ikut suka hati je. Puas nak lepas dari situ.

Lepas sarapan, ha aktiviti kawan ialah mengerjakan
barang-barang dah dibeli tadi tu la. Mak kawan sibuk
dengan hal nak masak ketupat.


Sebelum dikerjakan


Selepas

Kome memang tak beli banyak. 2 kilo je sokmo. tak
kiralah raya puasa ke, raya haji ke banyak tu la sokmo
kome beli.


Beli 3 ekor ayam. sekor je yg sempat posing


Selepas..Ni untuk makan tengahari


Beli hati kerbau 1/2 kilo je


Dah selamat jadi rendang hati

Lepas tu tu pulak, kawan nolong mak kawan mengisi
ketupat. Kome di rumah ni sokmo buat ketupat pulut
ataupun juga dipanggil ketupat palas. Selama kawan
nolong mak kawan mengisi ketupat ni, sokmonya jedi
ketupat betina je. Tapi 3 tahun kebelakang ni, kawan
dah pandai buat ketupat jantan.

Pulut ditanak separuh masak


Diisi kedalam sarung dibuat dari daun palas


Dan hasilnya. Ni la trupa ketupat jantan. Yang betina
tak ada pasal kawan dah terror buat yg ni...

Kena rebus dulu la sebelum boleh makan. Gambar setelah
direbus nan ado ye.. Pasal kawan dah letih sangat.
Siap la juga rendang daging, ketupat palas dan nasi impit
sebelum maghrib tadi.

Lepas tu baru sambung masak rendang ayam dan kuah kacang.
Hui, penat. Tapi sebab nak raya esok, seronok la rasanya.
So, selamat menyambut hari raya Aidil Adha kepada semua
pembaca. InsyaAllah, gambar2 raya akan menyusul. (kalau
kawan dan nangkap gambo la.)




BUSY

Busy dengan persiapan menyambut raya korban...
Nanti2 la update dengan gambar sekali..

Saturday, November 21, 2009

Result UPSR


Result UPSR yang ditunggu-tunggu telah diumumkan
pada 19/11/2009 (Khamis) baru-baru ni. Hilang la
segala ketar lutut dan sakit perut cikgu yang menanti
dengan penuh debaran.

Aku bukan apa, kat sekolah aku ni sampai percubaan
UPSR pun, tak ada seorang pun yang dapat 5A. Tapi
bila GB balik dari PPD, aku tengok mood dia macam ok
je. Tak sabar tunggu kat bawah, aku lari naik pejabat
nak dengar sendiri.

Alhamdulillah, ada 5 orang calon dapat 5A, 2 orang
dapat 4A 1B dan 3 orang dapat 3A 2B. Peratus lulus
ialah 65% saja. Turun berbanding tahun lepas. Ada
seorang calon tu dapat 4A 1C. Yang C tu pulak ialah
Matematik. Frust betul aku...

Gambar hanya dapat dirakamkan pd hari Jumaat sebab
masa hari Khamis tu telah berlaku kebanjiran airmata
kegembiraan. Banyak la habuan yang diterima oleh
pelajar-pelajar ni baik dari sekolah, individu, guru dan pihak
pengurusan Felda.


Malu-malu dah budak2 ni nak suruh duduk dekat2


Nor Hidayah bt Ahmad Safari


Nurul Azmira Bt Razali


Siti Nooreliza Ilyana bt Mohd Ghazali


Mohamad Syafiq bin Hassan


Mohamad Aniq Najmi bin Abu Nisa

Tahniah buat semua pelajar UPSR 2009.

Terima Kasih buat semua warga SK LKTP Jengka 20.

Friday, November 20, 2009

Hari Anugerah Cemerlang


Ini adalah acara standard semua sekolah setiap tahun.
Dan seperti tahun-tahun yang lepas, tugas aku tetap
la sama iaitu bahagian hadiah. Walaupun dah berbuih
mulut minta GPK KO bagi jadi AJK bahagian lain sebab
aku sibuk nak berkonvokesyen. Tapi dah orang bagi
kepercayaan tu, terima sajalah dengan tangan terbuka.
Nasib baik jadi AJK je bukan ketua macam tahun lepas.

Hari Anugerah ni diadakan pada 17/11/2009 yang lepas.
Betul-betul lepas aku cuti konvo. Masa full rehearsal hari
Isnin tu aku tak ada. Nasib baik la ada yang tolong bagi
tau yang GB minta pakai baju batik, kalau tak aku sorang
la yang tak tau..

Sekolah jemput Pegawai Pelajaran daerah Maran untuk
rasmikan majlis. Tapi beliau tak dapat datang dan hantar
wakilnya iaitu Pengetua Sekolah Menengah Jengka 12, Encik
Bahari.


Pengetua SMK Jengka 12 yang baju hitam tu

Semua acara berjalan dengan lancar. Walaupun bermula agak
lewat tapi acara dapat dihabiskan sebelum pukul 12.


Persembahan sajak sebelum pasukan koir menyanyi


Nyanyian lagu Nyalakan Tekad


Persembahan dari murid Tahun 6

Thursday, November 19, 2009

Konvo


Sebagaimana yg telah diuar-uarkan, aku telah selamat
berkonvo pada 15/11/2009 yang lepas. Bangga la juga
dengan diri sendiri sebab berjaya drive ke KL walaupun
beberapa kali tersesat jalan. Punyalah panjang doa aku
supaya tak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.
Paling takut, tersondol kereta orang la.

Aku bawa semua family kecikku pergi. 2 kereta la, aku n
abang ipar satu kereta lagi. Menginap di Hotel Dynasty.
Punyalah lambat baru dapat check in. Dari pukul 3.30 kat
kaunter, dekat pukul 5.30 baru dapat masuk bilik. Tu pun
masa masuk ada mat bangla dan mat indon tengah kemas
bilik.

Tak ada apa yang nak distorykan sangat pasal bukan jalan
ke mana-mana pun sebab kebetulan masa aku di KL tu hari
asyik hujan saja. Lepak dalam bilik je banyak. Moh tengok
gambar je lah..


Ni view dari bilik hotel


Dalam Dewan Merdeka


Barisan akademik. Terima ijazah dari Tan Sri Azman Hashim


Dengan mak. Gambar blur pasal guna phone sbb kamera abis bateri


My small family. Adik snap gambar sbb dia mmg tak suka berposing

Monday, November 9, 2009

Graduation Nite Dinner


Dinner ni dibuat kat Wisma Belia di Indera Mahkota, Kuantan.
Hari Jumaat 6 November yang lepas. Aku pergi berlima dengan
member sekelas yang lain. Meeting point ialah kat rumah Eyna.
Janji nak gerak dalam pukul 3 jadi aku dari rumah pukul 2.30 ptg.

Sampai rumah Eyna, kak Jue dah ada. Kak Jue dari Jerantut, dia
gerak awal sebab hari Jumaat tu hujan berterusan dari pagi so
dia takut tak lepas kot2 air naik. Lepas tu tunggu la Kak Nisa and
Kak Zue pulak. Sebab berlima jadi paling praktikal ialah Honda CRV
Kak Nisa la.

Lepas Kak Nisa sampai, terus kitorang memulakan perjalanan ke
Kuantan. Masing-masing tak tahu pun Wisma belia ni kat mana.
Tapi Kak Nisa pernah duduk and kerja di Kuantan, jadi dia banyak
tahu jalan. Kak Jue pulak on kan GPS dia. Kitorang cari Wisma Belia
dulu sebelum ke tempat menginap. Sesat sikit nak cari jalan masuk
sebab terlepas simpang.


Kami menginap di rumah tamu UITM. Memang selesa betul kat situ.
Kalau sewa hotel, dah lah mahal, sempit pulak tu. Tapi rumah tu
selesa sangat. Lengkap peralatan semua. Majlis bermula pukul 8.30
dan berakhir pada jam 10.30 malam.

Moh layan gambar.


Ni bilik aku.. Macam bilik pengantin jer


Ruang tamu


Ruang dapur


Bilik mandi n toilet

Tengok dalam gambar pun dah nampak selesa kan? Ada 3 bilik
kat rumah tamu UITM ni. 2 bilik tu katil macam bilik aku dan
satu bilik lagi 2 katil single. Kitorang dapat sewa sebab Kak Nisa
dulu kerja kat UITM ni la sebelum jadi cikgu. Jadi dia masih ada
member yang boleh sewakan bilik ni.

Masa dinner punya gambar pulak.


Ni table kami. 8 orang satu table.


Antara menu yang ada


Aku n Eyna


Aku, Eyna, Kak Zu n Kak Nisa


Berdiri: Zarina, Zawiah n Rodina
Duduk: Aku, Eyna, Kak Zu, Kak Nisa n Kak Jue. Sian Kak Jue
tak berapa sihat masa ni...
Kami dari PPT Mentakab


Kak Nisa is one of twelve best students from Pahang.
Proud of you, Kak. Usia memang bukan halangan..


Nampak benar kami betul2 kosongkan perut untuk dinner...

Jadi itulah ceritanya majlis dinner untuk meraikan bakal graduan
macam aku. Minggu depan aku konvo.. Bestnya!

Thursday, November 5, 2009

I'm Happy!

Aku tengah excited giler ni.. Bukan apa, setelah 4 tahun
aku bertungkus lumus (ye ke nih?) belajar, aku akan
berkonvo pada 15 November nanti.

Aku masuk maktab masa aku umur 19 tahun, lepas SPM.
Jadi umur 22 aku dah kerja. So, aku sambung belajar
secara PJJ dengan OUM pada 2005 selepas bekerja selama
lebih kurang 8 tahun.

Dalam masa belajar ni, memang la macam-macam dugaan
yang datang. Paling berat nak ikut tentulah segala mak nenek
subjek matematik tu. Dah la masa SPM aku punya add mate kantoi.
Mengajar pulak mate sekolah rendah jer tapi kena belajar
dengan algebra la, trigonometri la, hipotesis la persampelan la...
Nasib baik la ramai kawan yang boleh membantu.

Merasa lah juga sijil dekan 2 kali tapi masa tu subjek mate nya
yang senang-senang je. Aku score masa subjek english sebab
tah kenapa aku punya english ok compare to mate.


Gambar ni masa aku konvo maktab. Tapi aku konvo kat USM,
Dewan Tunku Canselor.

Wednesday, November 4, 2009

Malang Betul La..

Pasal apa malang? Ha, mai nak cerita...
Aku ingat tahun ni dapat la pegi trip ke Langkawi.
Dah sabar betul rasanya nak bershopping kat sana.
Tapi sebab H1N1, semua lawatan kena cancel.

Bila dah lepas raya, kes H1N1 pun dah kurang,
ingat nak bawa budak-budak tahun 6 pergi mandi-manda
kat Bukit Gambang Resort City. Dah call PPD dan
dapat approved suruh hantar kertas kerja je lagi.

Tapi malang sekali lagi, kes kat Dipang berlaku. Dah
keluar pekeliling tak boleh nak buat. Adoi, sian betul
kat bebudak tu. Nasib baik la tak janji apa-apa lagi.
Kalau dah janji mesti frust giler..

Tak ada rezeki nak bawa budak-budak tu mandi-manda
la nampaknya.

Tuesday, November 3, 2009

Penilaian 4 Bermula


Kalau zaman aku sekolah dulu dipanggil Peperiksaan
Akhir Tahun. Tapi zaman aku dah bergelar cikgu ni
dipanggil Penilaian 4 pula. Penilaian ini penting bukan
saja nak dapat hadiah tapi juga sebagai penentu
kedudukan murid pada tahun depan.

Penilaian ini bermula hari ini sehinggalah hari Jumaat.
Lepas tu bermulalah sesi pening kepala untuk menanda
kertas jawapan murid. Kalau tulisan elok, senang la.
Dapat tulisan yang kurang, alamat kena banyak sabar.

Aku ada 3 kelas, sebab tahun 6 dah tak periksa subjek
teras. Setiap kelas ada 2 paper nak ditanda. Satu kelas
pulak ada 37/38 orang budak. Puas le mengadap kertas...
Semua guru kelas mesti nak markah cepat sebab nak
tentukan kedudukan murid. Kalau ada mesin boleh
tolong tanda kan best?




Monday, November 2, 2009

Budak-budak Sekarang...!

Lama dah tak ada entry. Bukan tak ada idea
tapi bila dekat-dekat nak exam akhir tahun ni
memang banyak kerja la sikit. Dengan nak
mengejar habiskan sukatan la, ulangkaji la..
Apa-apa pun, esok budak2 akan menghadapi
exam akhir tahun.

Sebelum pening kepala nak menanda kertas
jawapan, meh kita layan cerita pasal budak2
tahun 2 yang aku ajar.

Kisah 1

Kisah ni tak silap aku berlaku dalam bulan 3
hari tu. Memang la dah basi, tapi masa tu aku
belum ada blog, sekarang dah ada boleh la
kongsikan.

Lepas je beri penerangan dengan contoh2 yang
berlainan, aku pun bagi la kerja kat budak2 tu.
Masa tu aku bagi latihan kat papan hitam. Suruh
budak2 tu buat dalam buku.

Sambil diorang buat, aku ronda la keliling kelas.
Lepas tu aku nampak la satu kerusi kosong sebelah
Farhan sebab Nazmi kena pergi ke kelas pemulihan.
Aku duduk sebelah dia sambil tengok dia buat
pengiraan dan betulkan la mana2 yang patut.

Tak lama lepas tu datang la Erin nak hantar bukunya.
Dia ni memang cepat buat kerja, kalau 20 soalan tu
kira kacang je la. Dia berdiri di depan meja Farhan
sambil tunggu buku dia.

Farhan : Teacher, tengok Erin ni. Tak nampak
Farhan nak tulis. Lindung papan hitam.

Aku : Cakap la baik2 dengan Erin suruh dia tepi.
(Masa ni aku sibuk menanda buku Erin. Tak angkat muka
pun. Respon Farhan lepas tu membuatkan aku tergelak)

Farhan : Erin, tepi la sikit. Abang tak nampak ni...

Ha, kau siap ber"abang" bagai. Mana aku tak gelak.
Tapi respon Erin lepas tu pun memang tak nak kalah.

Erin : Ish, menyampah aku. Dah la rambut kerinting
macam orang asli, sapa yang nak?

Farhan sengih je macam kerang busuk.


Kisah 2

Masa tu aku tengah ronda-ronda tengok diorang buat
kerja la juga. Tiba-tiba ada yang berbunyi:

Aisyah : Teacher, nak tau tak?

Aku : Tau apa?

Aisyah : Masa kat sekolah agama kan, Anim nangis.
Lepas tu Danial Kamarudin cakap macam ni:
Jangan la nangis sayang. Mari abang pujuk.

Anim dah tersipu-sipu. Aku pulak geleng kepala sambil
pandang Danial.


Baru darjah 2 tu, dah pandai guna bahasa macam tu.
Tu belum lagi kat buku, kat papan hitam penuh tulisan
si anu love si anu. Kalau bab belajar, lambat sangat
fahamnya tapi bab "itu", cepat benar khatamnya.