Sunday, March 28, 2010

Cuci Kereta


Masa aku guna kereta kancil dulu, aku cuci sendiri
je kereta. Tak reti la nak hantar ke mana-mana
tempat cuci kereta. First time aku hantar ke car
wash ialah masa org bank nak tgk kancil tu sebab
ada org nak beli.

Wah, lepas pada tu, bila virus "M" datang, masa
kereta comot, mana ada car wash kat Temerloh ni
semua aku pergi. Yang tepi sungai Pahang, dekat
Petronas bandar baru, Paya Pulai, bawah Plaza Temerloh,
semua aku redah.

Tapi, lepas tu, aku jumpa satu car wash yang baru
je dibuka dekat LHDN, jalan menghala ke pasar.
kat situ la aku hantar kalau virus "M" menyerang.
Servis nya ok kat situ, auntie tu pun dah kenal
aku, kalau customer lain kena RM10, aku kena RM8
je..

hahaha.. nampak sangatnya aku tak de idea sekarang kan?
kerja banyak, tak tau mana satu nak buat, tu yang membebel
tah pape ni..

Cukai Pendapatan

Assalamualaikum semua...

Hari ni nak bercerita sedikit tentang tax ataupun
cukai pendapatan. Aku ni dah masuk 12 tahun kerja.
Tak pernah pun lagi buka fail kat LHDN ni. Tahun
2008 aku dah pernah pergi nak buka fail tapi
dikatakan tidak layak lagi. Maka balik gitu saja la...

Tahun lepas, aku dapat naik gred DGA32, dah tentu
la gaji pun naik kan...? maka tahun ni sekali lagi aku
bertandang ke LHDN Temerloh. Aku pergi dengan
seorang kawan yang sama kes macam aku...

Dan seperti yang diduga, memang tersangatlah layaknya
bagi aku untuk membuka fail dan membuat e-filing tu.
Lepas isi borang dan kena fotostat kad pengenalan dan
borang EC, kena la menunggu sebentar untuk mendapatkan
nombor fail cukai..

Lepas dapat tu, kena la pergi ke ruang komputer untuk
mengisytiharkan pendapatan tahunan 2009. Rupanya aku
dah kena cukai sebanyak RM233. Tapi, settle la bab aku.
Kawan aku tu tak settle lagi la pasal penyata yang dia bawa
tu cuma dar bulan Ogos-Disember 2009. Sebab dia tukar
sekolah... Kena la minta yang Jan-Julai tu kat sekolah
lama.

Kena la pergi sekali lagi nanti. Tapi bagus semua kakitangan
LHDN Temerloh ni. Memang aku puas hati sangat berurusan
di sini. So, sapa-sapa yang bekerja tu, dah buat e-filing ke belum?

Friday, March 26, 2010

Cerita Interview

Aku telah dapat surat panggilan temuduga untuk
naik ke gred DG41 pada minggu sebelum cuti.
Tarikh aku kena interview ialah pada 26/3 (Jumaat).
Masa aku taip entry ni, aku dah balik dari temuduga.

Baru la best sikit nak menulis. Kalau tak, asyik teringat-
ingat je. nak buat kerja apa pun tqak jadi. Berdebar weh...
Dah lama tak temuduga ni, last sekali tahun 1998, untuk
pengesahan jawatan.

Semua keperluan dah aku prepare awal-awal. Yang nak di
buat salinan dan disahkan, semua dah settle. Salinan buku
rekod perkhidmatan pun dah ambil di PPD. Rasa-rasanya
semua dah lengkap. Cuma bab-bab nak menghafal falsafah
pendidikan ke, isu-isu semasa dan nama-nama menteri
tu memang ada la yang sangkut lagi...

Tup-tup, semalam masa tengah mengajar dapat call dari
member yang akan diinterview.

Kak Ju : Liza, Kak Ju ni.

Aku : Eh, dah siap ke Kak?

Kak Ju : Akak sesi pukul 10 la. Yg sesi pagi tadi pun tak abis lagi...

Kak Ju : Liza, kena ada gambar la...

Aku : Tak de dalam surat pun...Ke ada?

Kak Ju : tak tau la. Nasib baik Kak ada bawa gambar... Ok la ya..

Dah satu hal pulak. Rasanya aku dah baca surat tu sampai habis.
Rupanya ada lagi yang aku miss. Nasib baik Kak Ju call, kalau
tak memang masak la aku...

So, balik sekolah tu terus pegi buat gambar. Nak cari yang lama
pun dah tak tahu kat mana letak. Temuduga aku di Temerloh
saja. Kat Bangunan Persekutuan. Sesi aku pukul 7.30 pagi. Pukul
6.45 aku dah gerak dari rumah.

Ingatkan aku la yang awal sebab pukul 7.15 dah sampai. Rupanya
dah ramai yang tunggu. Jumpa la 2 orang course mate OUM yang
kena interview sekali. kami yang PJJ ni kena bilik B dan budak-budak
yang fresh dari "U" bilik A.

Rupanya, ada la dua tiga orang yang datang tak bawa gambar. Kena
pegi buat gambar dan-dan tu juga. Nasib baik la, JPN kat bangunan
tu juga, boleh la diorang pergi buat gambar kat situ...

Sebab hari ni hari Jumaat, maka ada satu sesi je.. Tak lama
masuk dalam tadi.. Aku kena giliran ketiga. Belum pukul
9.00 lagi dah siap. Lega weh... Tak banyak sangat kena tanya...
Sekarang ni berdebar tubbu keputusan la pulak...

Thursday, March 25, 2010

Penilaian 1

Penilaian 1 bagi sekolah aku diadakan pada minggu
sebelum cuti sekolah. Nak share sikit pengalaman jaga
periksa kali ni.

Selalunya jaga periksa ikut jadual harian macam biasa.
Tapi kali ni setiausaha peperiksaan buat jadual lain.
Nak jadi cerita masa tu aku kena jaga kelas 4 Arif, subjek
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Lepas edarkan kertas soalan dan suruh murid semak
sama ada lengkap atau tak, maka aku pun mintalah
murid menjawab soalan. Sambil tu aku ronda la keliling
kelas.

Tak lama lepas tu, ada la seorang murid bersuara.

Izzat : Teacher, permainan bola pentagon ni apa?

Aku : Pentagon ke petanque? Cuba eja...

Izzat : Pentagon.. soalan nombor 24

Aku : Meh teacher tengok soalannya..

Soalannya berbunyi begini :

Permainan bola Pentagon diubahsuai daripada
permainan apa?

A) Bola Jaring
B) Bola Sepak
C) Bola Keranjang
D) Bola Baling

Ha, kalau korang nak jawab apa? Aku baru itu
lah kali pertama dengar ada nama permainan
macam tu. Last-last, aku rujuk la pada cikgu yang
ajar PJ.

Dia pun tak pernah dengar. Lepas tu, kitorang
sama-sama belek buku teks. Rupanya memang ada
dalam sukatan pelajaran Tahun 4 pasal permainan
tu. Maka dapat lah kami ilmu baru...

Masuk balik ke kelas dan bagi klu untuk budak
menjawab soalan tu. Kalau tak bagi klu macam
mana diorang nak jawab kan? Korang nak klu juga ke?

Klu: Permainan ini hanya dimainkan oleh perempuan sahaja.

Okay, meh kita layan gambar murid semasa dalam
kelas peperiksaan.


Macam-macam style.


Zoom sikit.... Ha, ada yang tidur.

Soalan PJK payah sangat kot.... hehehe...

Tuesday, March 23, 2010

Haru....

Hari Isnin 22/3 merupakan hari pertama persekolahan
selepas cuti pertengahan semester 1 selama seminggu.
So, aku ada kelas tahun satu hari Isnin tu..

Samapai-sampai je depan pintu kelas, memang rasa tak
nak buka kasut dah. Oh ye, lupa nak bagi tau, kelas
Tahun 1 ni ada tiles jadi memang kena buka kasut la
kalau nak masuk kelas.

Kalau tengok keadaannya masa tu, memang tak mahu
aku buka kasut. So, masuk la juga dan mengajar la
dalam keadaan yang tak berapa nak selesa tu. Lepas
je bagi kerja kat budak-budak tu, terus aku operasi
menyapu kelas.



Ha, ni la hasilnya... Ini belah depan kelas aje, belum
sapu dekat tempat duduk budak-budak tu. Tau la
budak-budak tu kecik lagi dan tak pandai nak menyapu
tapi dah pesan kat pekerja supaya sapu kelas tahun 1.

Masa cuti tu seminggu, tak de langsung pekerja yang
sapu kelas tu.. Bila tengok cikgu menyapu, baru la
datang kata "tak sempat nak sapu pagi tadi..."

Hai.. macam-macam.



Monday, March 22, 2010

I'm Back.....

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama menyepikan diri, sekarang aku
telah kembali ke blog yang dah nak bersawang ni.
Kalau nak cerita pasal sibuk, aku tahu semua orang
ada kesibukan masing-masing.

Ye, aku dah kembali ke rumahku pada 3/3 yang lalu.
Petang tu lepas je siap pasang lampu dan kipas, terus
je aku dan family tidur kat situ. Balik ke rumah kilang
sekejap untuk ambil toto, bantal dan baju untuk
pakai pergi sekolah esoknya saja.

Esoknya (4/3) baru pergi angkut barang-barang lain.
Nama aje duduk menyewa hanya 2 bulan, tapi kalau
tengok barang atas lori....macam bertahun dah...
Sekarang ni masih dalam proses mengemaskan
kawasan luar dan dalam rumah.

Gambar rumah yang latest pun aku tak sempat nak
ambil lagi. Cuti sekolah tu sibuk dengan kenduri. Dan
aku pun sampai hari Khamis masih pergi sekolah.
Memang tak bercuti langsung...!

Seronok je baca orang boleh pergi holiday mana2
dalam cuti ni... Tak pe la, demi anak murid..

Tuesday, March 9, 2010

Dulu-dulu


Kelakar la pulak bila tengok gambar masa maktab ni.
Gambar ni aku ambil dari blog member aku, Shiza. Masa
ni aku masih belasan tahun.. Ye, aku masuk maktab lepas
SPM.

Tu la aje 2 ekor kumbang dalam kelas aku. Yang misai
tu, nampak je garang tapi lebih lembut dari kita yang
pompuan ni. Paling kelakar, masa kelas aku kena handle
Majlis Berbalas Pantun untuk projek BM. Yang pompuan
semua tolak2 tak tau nak buat Sireh Junjung, last-last
dia yang buat. Cantik pulak tu...

Bagus juga facebook ni. Kalau tak, tak jumpa
la aku dengan Shiza semula. Lepas posting,
semua dah tak tau ke mana.

Nanti-nanti la aku cari balik gambar-gambar
lain..

Tuesday, March 2, 2010

My House....Again..


Saja nak share gambar latest rumah.
Belum dapat duduk lagi. Pintu, lampu
dan kipas belum pasang lagi.

Gambar ni diambil pada hari Ahad928/2)
yang lalu. Aku dan family pegi basuh rumah
sebab pekerja dah siap pasang tiles pada
hari Sabtu.


Pandangan dari tepi


masih bersepah lagi..


Ruang tamu


bilik air dan tandas


dapur


view dari dapur


bilik-bilik

Monday, March 1, 2010

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah



Sekolah aku mengadakan sambutan Maulidur Rasul
pada hari Isnin (1/3/2010). Acara Dimulakan dengan
perhimpunan mingguan seperti biasa. Tapi berbeza
sedikit sebab semua murid dibenarkan untuk memakai
baju melayu/baju kurung. Dengan kata lain, murid-murid
dibenarkan pakai baju raya.

Selepas itu, acara diteruskan dengan sedikit tazkirah yang
disampaikan oleh Ustaz Ab Satar. Selepas tazkirah, semua
murid, jemputan dan guru-guru mula berarak sambil
berselawat.

Laluan perarakan kali ini agak jauh. Memang berpeluh la
juga. Bukan budak-budak saja tapi cikgu-cikginya pun
sama berpeluh. Ye la, dah terbiasa naik kereta, kena
berjalan kaki memang la terasa penatnya.

Selepas berarak, semua murid diberi minum percuma.
Jemputan semua dijemput menikmati sedikit jamuan
ringan dan acara bersambung di dewan dengan pertandingan
Pandai Azan.

Mari kita lihat gambar.

Semasa perhimpunan mingguan


Dari angle lain pula


Khusyuk dengar tazkirah


Comel-comel belaka


Pembawa bunga manggar


Semasa pertandingan Pandai Azan


Salah seorang peserta

Kelakar betul tengok gelagat murid-murid ni.
Ada yang memang ada gaya tapi ada juga yang
takut sampai tersilap azan.