Thursday, December 30, 2010

Surprise untuk Along




Ha, kisah ni dah basi sebab berlaku pada hari keluarnya result
UPSR hari tu. Tapi tak pe, tetap nak storykan juga. Sayang la
sebab gambar dah ambil kan?

Kisahnya, pada hari keluar result tu, abang ipar aku cuti. Biasa la,
excited nak tengok result nak sulung dia kan? Jadi, result pun dah
tau, semua happy bila Along dapat 5A. Sekolah Along pun catat sejarah
juga bila 15 orang dapat 5A, sebelum ni tak pernah sebanyak tu.
Dari 15 orang tu, 2 orang saja budak lelaki yang lain semua perempuan.
Rezeki Along.

Lepas balik sekolah tu, abang ipar nak la bawa mak keluar beli barang
kat Temerloh. Tapi Along kata dia nak pegi sekolah agama. Yang kelakar,
angah pulak yang sibuk tak nak sekolah agama, dia nak ikut ke Temerloh.
Mak call aku kat sekolah masa tu bagi tau nak keluar.

Nila diorang balik petang tu, angah terus ketuk bilik aku. Ingatkan nak
apa, rupanya dia nak suruh aku ambil gambar. Dia kata dia nak buat
surprise kat Along. Masa ni along tak balik sekolah agama lagi.
aku pun layan je la.

Meh kita tengok gambar.


Abis tudung ibunya diguna utk tutup mata along


Tengok la betapa seriusnya si angah tu


Ok, hampir ready dah..


Yeay, cake cutting time


Si kenit yang pantang nampak kek, semua birthday dia...

Wednesday, December 29, 2010

Short Update

Assalamualaikum.

Just nak share ngan korang. Aku dah dapat surat penempatan baru.
Aku dapat Sk rantau Panjang, sekolah anak tiri aku. Suka sangat dia
bila aku bagi tahu.

So, 27/12 ari tu, aku pergi lapor diri. Dah jumpa GB, GPK 1 dan GPK Ko.
Asasnya, aku dah tahu apa yang akan diajar dan apa tugas dalam Ko. First
impression, GB rasanya ok, begitu juga dengan GPK nya.

Tapi sekolah besar la. Ada sesi pagi dan petang. Masa mula jumpa GB tu
dia kata aku may be akan ajar sesi petang sebab cikgu mate yang tukar adalah
sesi petang. Mean, akan ajar Year 1,2 or 3 la.. Tapi GB suruh aku jumpa dengan
GPK 1 untuk confirmkan.

Bila jumapa PK 1, dia kata dia tarik aku sesi pagi. Akan ajar mate untuk Year 5,
4 kelas semuanya dan akan pegang kelas 5J. So, aku happy sebab dapat sesi pagi.
PK bagi tau cikgu je ada seratus lebih dan murid semua sekali 3 ribu lebih kot.

Esok, ada meeting. Aku tengah berdebar ni. Maklum le, tempat baru. Harap
aku akan dapat sesuaikan diri.

Thursday, December 16, 2010

Miss Them So Much


Sejak duduk kat Klang ni, rindu betul aku dengan 3 orang anak sedara
aku tu. Selalunya mereka ada depan mata tapi kini dah berjauhan.
Nak wat camana kan? Mak Teh dia dah ada keluarga sendiri pula.

Tiap kali aku call rumah, mesti ada along tanya :"bila mak teh nak balik?"
Ha, soalan yang susah nak jawab tu. Sebab pak teh bukan kerja cikgu macam
mak teh yang tengah cuti...

Ha, ini anak sedara yang sulung. Panggilannya Along.



Dah 12 tahun umurnya. Tahun depan dah masuk form one. Sekarang
ni tengah tunggu panggilan untuk masuk asrama. Aku harap dia akan
dapat masuk mana-mana asrama penuh. Dari segi pelajaran, alhamdulillah
dah buktikan dengan dapat 5A dalam UPSR baru ni. Al-quran pun dah
khatam, dan sedang ulang baca sekarang ni.

Kat sekolah, semua cikgu panggil dia "lelaki melayu terakhir" sebab hanya
dia yang menyerlah dalam segala aspek, baik sukan mahupun pelajaran.
Guru Besar pun bagi tau kat akak aku:"sy dah tak nampak orang lain
dah, nampak Aizul je". Semua sukan dia main, ada la sampai ke Daerah.

Ha, trofi tu dia dapat sebab dianugerahkan sebagai tokoh murid dan galakan
sukan di hari anugerah cemerlang sekolahnya akhir tahun harimtu.

Ha, ini pulak adik pada Along. Angah@abang ngah dia bahasakan dirinya.



Si Angah ni opposite sikit dari Along. Dia jenis yang cepat marah dan
keras hati. Dari umur 3 tahun akak aku dah hantar ke kelas Literasi (kat
felda je ada kot). Dan cikgu dia nampak yang dia ada bakat so, ada la
hantar dia untuk pergi pertandingan sajak. Dia nampak minat tapi bila
masuk sekolah rendah, dia dah tak nak terlibat dengan semua tu.

Oh ya, tahun depan dia akan masuk Tahun 3. Dia jenis yang tak suka
dipaksa. Dari segi pelajaran, nampak macam Along juga la. Tapi dia
nampak tak suka bila orang bandingkan dia dengan Along. Agaknya
dia dah mula rasa tekanan sebab abangnya Ketua Murid dan wakil sekolah
dalam banyak acara sukan.

Dan ini pulak si kenit yang memang aku rindu sangat-sangat.


Bulan depan genap la 2 tahun usianya. Sangat petah bercakap. Tanya
la apa saja, mesti pandai jawab. Masa pelat dulu, kalau tanya nama
mesti dia jawab "jatul piah". Sekarang ok sikit la :zatul pa si ah"
Namanya Nur 'Izzatul Fasihah. Sebab tu memang fasih bercakap kot.

Pantang nampak kamera, mesti nak ambil gambar. pandai posing, tak payah
suruh pun. Nama semua orang dia tau, tapi dalam bahasanya la.
Contoh:
Ibu Ayu - senang nak sebut.
Ayah Tamam - Mustamam sebenarnya
Tok Nor
Pak Cu Yi - nak sebut Ri, tak reti
mak teh ija - Liza actually
pak teh ijam - nizam
abang long Kimi
angah dada - tak pandai sebut Adha....

paling rindu nak dengar dia ketuk pintu bilik dan panggil "ateh". Dia selalu
ketuk pintu bilik bila aku senyap je balik sekolah. Bila tak buka dia akan
kata "ateh tido". Mak cakap sekarang ni, bila cakap mak teh kat klang, dia
marah. Dia kata mak teh dalam bilik, tido.

Alahai, mak teh rindu sangat dengan adik, along n angah...

Tuesday, December 14, 2010

Camping 2010

Acara perkhemahan ni sepatutnya dijalankan selama 2 hari 1 malam.
Tapi kebetulan pulak pada tarikh yang dipilih tu, (12-13 November) air
tak ada jadi pihak sekolah membuat keputusan pelajar tak payah la
bermalam. Jadi cuma satu hari (13/11) saja akriviti dijalankan.

Nak jadi kebetulan juga, masa ni aku diserang selsema yang sangat teruk.
Semua kawan-kawan pun perasan yang condition aku tak berapa baik. Tapi
aku tetap datang menolong apa yang patut.

Banyak aktiviti yang dijalankan tapi aku tak ada mood sangat nak ambik
gambar. Ye la kan, kata tak sihat.... Aku kena handle aktiviti yang dinamakan
"masakan bermenu". Cuma kena sediakan bahan dan bagi pada murid untuk
masak ikut kreativiti mereka. Bahan-bahan utama ialah ayam, kubis dan telur.
Aktiviti ni dijalankan selepas rehat.

Masa ni memang boleh nampak la siapa yang rajin tolong mak dia masak.
Ada satu kumpulan tu, budak lelaki yang lagi pandai pegang sudip dari
budak perempuan. Memang cool je tengok dia masak. Ada juga yang memang
tak reti nak buat apa pun. Tak pandai nak cari kerja nak tolong kumpulan, tolong
tengok aje pun. Kena suruh baru la buat kerja.


Ha, ni la budak lelaki yang cool itu....

Aktiviti lain yang dijalankan ialah kawad kaki, masakan rimba, larian komando
dan aktiviti kebudayaan. Larian komando semua suka sebab hari hujan dan boleh
main lumpur. Saja-saja je dorang menjatuhkan diri dalam lumpur. Tapi gambar
nan ado pasal aku dah malas sangat nak snap.

layan gambar aktiviti yang aku handle aje la ye...


Penonton lagi ramai...


Masak telur dadar


Ayam masak berlada


Hasil dari kumpulan 1


Hasil dari kumpulan 2


Dan ini kumpulan 3

Ha, ada bakat juga mereka ni kan? Kira boleh survive la kalau mak
ayah dia tak ada kat rumah ni....

Monday, December 13, 2010

Sapu sawang

Assalamualaikum semua.

I'm back...! hehehe, dah beli broadband, baru la boleh online
dengan senang hati. Banyak nak story dengan semua orang. Tapi
cerita basi la ye. kata dah lama tak online kan? Terpaksa la jaja
cerita basi.

Okay, first nak kongsikan dengan korang ialah aku dapat transfer
ke Selangor dah. Tapi ke sekolah mana belum tahu lagi. Masa tengok
result tu punya la berdebarnya harti. Bila baca kata diluluskan tu, rasa
nak melompat je. Bayangkan, 15/11 (ari keputusan keluar), celik mata
terus on laptop. Lepas mandi terus check resultnya.

Kali ni 3 orang dari sekolah aku yang dapat tukar. Aku ke Selangor, Na
dapat balik Kelantan dan Waty tukar dalam Daerah saja. Kali ni macam
banyak betul pertukaran yang diluluskan la.

Sepanjang cuti ni aku jadi fulltime house wife la. Ada la sekali dapat
balik Jengka dan sekali balik Sabak, rumah mertua. Selebihnya memang
kat Rantau Panjang ni la. Dah tau mana kedai nak beli ikan sayur semua.

Okay, nanti cerita lagi....