Sunday, September 27, 2009

Diari Raya

Ha, sambung lagi pasal raya aku.

Selasa (Raya Ketiga)

Hari ni aku duduk rumah je. Sebab kat blok ada
kenduri bertunang. Jauh sikit dari rumah, so mak
aje yang pergi.

Petang sikit ada dua pupu datang beraya.


Rabu (Raya Keempat)

Hari ni pergi beraya ke rumah mak sedara di
Felda Jenderak Selatan. Janji dengan akak aku
tunggu kat simpang keluar highway temerloh
sebab dia dari rumah mertuanya.

Hampir-hampir sesat juga mencari rumah sebab
adik aku tak ikut. Masa last pegi dulu, dia yang
drive.

Balik tu, terus ke Temerloh beli barang-barang
rumah untuk bulan ni.

Khamis (Raya Kelima)

Tak ke mana-mana hari ni. Tunggu tetamu datang
beraya je. Ada pak cik dan makcik dari kampung
datang beraya hari ni.

Jumaat (Raya Keenam)

Balik kampung lagi sebab mak sedara dah balik
dari Kedah. Sebelum ni dia raya sana.

Sabtu (Raya ketujuh)

Pergi kenduri merangkap beraya ke Kampung
Peragap. Kat sini la nak berjumpa semua sedara
mara.

kalau nak pergi setiap rumah tu memang tak
mampu la.

Ahad (Raya Kelapan)

Pergi beraya ke rumah pak sedara di Taman
Seri Kemuning.


Ha, itulah aktiviti raya aku tahun ni. Sakan
beraya aku tahun ni. Kalau tak, ada la sehari
dua je berjalan. Yang lain, lepak tunggu rumah
je. Tapi tahun ni memang banyak sikit tempat
mak nak pergi..

Monday, September 21, 2009

Update Raya

Salam Aidilfitri.

Lama tak update. Rindu kat blog ni dah.
Tapi nak buat macam mana. Dah raya, mesti la
sibuk dengan segala persiapan. Meh, aku update
cerita start hari Jumaat sampai la raya kedua.
Maaf la, entry tak bergambar ni sebab sibuk ya amat
sampai tak dan nak bergambar.

Jumaat

  • Buka daun palas
  • Goreng dan blender kacang untuk kuah nasi impit
  • Pasang langsir
  • Sapu2 rumah

Sabtu

  • rebus nasi impit segera
  • buat ketupat
  • buat rendang daging, kari ayam, rendang hati dan sup tulang
Memang tak tunggu pengumuman raya dah. main gamble je buat
semua tu. Masa buka puasa tu, semua dah settle kecuali rendang
daging dan kuah kacang.

Ahad

Yes, hari raya. Aktivitinya:

  • Pergi kubur arwah ayah lepas sembahyang
  • Melayan tetamu yang datang
  • Balik kampung lepas asar
  • malam tu berjalan lagi ke rumah jiran
  • terima sms raya tak berhenti2 macam bursa saham
Isnin

  • Jalan-jalan raya lagi
  • Masuk bandar temerloh, penuh gak orang
  • terima tetamu lagi
Ha, lebih kurang macam orang lain juga aktiviti
raya aku.



Friday, September 18, 2009

Majlis Khatam Al-Quran


Basi ke tak basi ke. Aku nak cerita jugak ni.
Aku ingatkan majlis khatam al-quran kat sekolah
dah dijalankan masa aku kursus tu. Rupanya
aku silap. Yang dah jalan tu majlis khatam
yang dianjurkan oleh kelompok jengka.

Sempat gak la aku join dalam majlis khatam
peringkat sekolah ni. Seramai 42 orang murid
lelaki dan perempuan tahun 4 dan 5 yang
terlibat. Majlis dihandle oleh Ustaz.


The girls


The boys..


Penonton setia..


The cikgu's


sedang memperdengarkan bacaan..

Yang bestnya, murid-murid yang tak terlibat pun
turut sama membaca surah. Lebih kuat dari peserta
pun ada..

Thursday, September 17, 2009

Last Day School Before Raya

Sehari je aku sekolah minggu ni. Banyak aktiviti
yang aku tak dapat join. Kalau tak silap aku, ada
penutupan bulan kemerdekaan dan majlis khatam
al-quran. Nak buat camana, bukan sengaja tapi
sebab tugas.

Hari ni ialah hari last sebelum cuti raya. Hari Jumaat
sekolah cuti peristiwa. Elok juga untuk sesiapa yang
nak berjalan jauh. Tak adalah terkejar-kejar masa
kalau balik pagi berbanding selepas solat jumaat.

So, hari ni ialah hari mengagihkan duit raya kepada
murid. Aku bagi pada kelas yang aku ajar saja la.
tapi Kelab Guru bagi untuk semua budak.


Ni dari aku untuk budak2 yang aku ajar dan anak2
sahabat. Mengantuk, tapi sempat gak masukkan dalam
sampul tu...

Wednesday, September 16, 2009

Cerita Kursus

Macam yang aku cerita hari Isnin ari tu, aku
pegi KL naik bas je. Aku ingatkan geng-geng
perempuan je yang naik bas, rupanya yang
lelaki pun ada juga. Tak nak drive ke KL katanya.
Siap PPD pun naik bas sekali.

Sampai Cititel dlm pukul 3.30 petang. Check in dan
terus rehat. Ok juga biliknya. Meh, kita tengok
dalam biliknya...



Bilik aku kat tingkat 7. Gambar kat bawah ni view
dari bilik aku.

First day tu, taklimat kursus diadakan pukul 6.
Habis taklimat ngam-ngam je masa untuk ambik
makanan berbuka. Ok la juga makanan kat sini.

Slot malam start pukul 10 sebab nak beri ruang
kepada sesiapa yang nak solat terawih. Slot hari Selasa
start pukul 8.30 dan non stop sampai pukul 3.30 petang.

Nasib baik aku dah prepare semua benda yang nak
dibuat, jadi belum 3.30 aku dah siap semua. Print dan
masukkan soft copy dalam komputer PPD. Kalau sapa
tak prepare dan tak bawa semua data memang masalah
la sikit.

Petang tu, aktiviti bebas. So, apa lagi merayau la sampai
ke Sogo, Pertama. Tapi aku setakat tengok je la. Malas
nak berebut sama dengan orang KL yang memilih baju, kasut
dan hand bag yang tengah sale gila-gila kat situ.

Malam tu ada lagi slot tapi sebab aku dah settle semua,
dibenarkan untuk tak masuk dewan. Merayau lagi kat
area bawah tu. Betul macam Eyna kata, brooch memang
banyak pattern baru dan murah. Beli la juga untuk
buat souvenier kat kawan-kawan sekolah.

First time aku merasa bersahur di hotel. Tak best betul
rasa sebab kena bersiap-siap bagai nak turun makan.
Teringat zaman-zaman duduk asrama. Tapi menunya
ialah menu sarapan pagi. Ok la tu...

Pandai gak PPD buat kursus kat sini. Sebab kalau
buat kat Maran, mesti banyak yang tak siap. Bila
buat kat tempat macam ni, nak tak nak kena pulun
la buat sebab takkan nak tengok je orang gi shopping.

Majlis penutup tadi dirasmikan oleh Tuan PPD sendiri.
So, hari ni aku sampai rumah dalam pukul 2.45 petang.
Penat giler weh...

Gambar tak dapat nak snap banyak sebab bateri kamera aku lupa cas...


Tuesday, September 15, 2009

Kad Raya Lagi..

Sebab aku tengah kursus ni, jadi korang layan
la kad raya yang aku dapat ni. Dulu aku dah tayang
kad raya dari anak murid aku. Ha, kali ni aku dapat
dari teman blogger. Rajin deme ni buat kad, aku tak
reti sangat.

Apa-apa pun, meh la kita tengok..First kad, datangnya
daripada adik aku yang rajin memasak ni. Sapa lagi
kalau bukan Sue dari Sarawak ni.



Terima kasih ye Sue. Cantik kadnya, warna favorite
aku ni, biru... Dan the second one ni daripada adik
aku yang rajin memberikan award. Sapa lagi kalau
bukan si Nur ni.


Cantikkan? Thanks, Nur.

Monday, September 14, 2009

Sebelum Kursus

Sebenarnya, aku la antara yang selalu tau maklumat
awal tentang sesuatu kursus. Sebab aku adalah antara
orang yang rajin buka emel sekolah. Bila balik rumah, aku
selalu mengadap internet, so sambil2 tu aku buka emel.

Bila aku tau kena gi kursus dan di KL pulak tu, aku dah
risau sangat. Macam mana nak pergi? Last year buat kat
Cherating je tapi siap sediakan bas. Tahun ni buat kat
KL tapi bas tak ada. Mula-mula tu aku call sorang cikgu
lelaki, janji nak follow dia.

Lepas tu bermula lah episod bursa saham. Ya, banyak
call keluar dan masuk. Yang tak best, ramai member
kamceng tak dapat pergi. Kak Tie GB dia tak bagi pegi,
Shikin tengah tunggu hari, Sab pulak anak menyusu badan.
Bak kata Kak Wi, "Kita je yang tak ada alasan Za, konfem
kena pergi"

Hari Jumaat tu, Kak Wi call kata ada bas tapi tempat terhad.
Wah, ni sudah bagus. Tak payah la nak drive ke tempat
yang aku tak tau tu. Tapi kak Wi lagi cekap, dia call utk bg
tau yang dia dah reserved tempat untuk aku dan Rina.

So, masa korang baca entry ni aku on the way ke bus
stand nak naik bas. Semoga aku selamat sampai..
Balik kursus nanti, kalau aku rajin, aku citer la. Kalau tak,
kita cerita pasal raya je la..

Korang dah bayar Fitrah ke?

Saturday, September 12, 2009

Kena Kursus Lagi...

Wa... ni yang rasa nak nangis ni. Orang tengah
mood nak raya tetiba kena gi kursus pulak. Bukan
sehari tapi 3 hari. Dah tu pulak bukan dekat. Kat
KL nun.

Kalau bulan tak puasa, tak dekat nak raya memang
la best boleh rehatkan fikiran. Ni dah dekat nak raya
sangat. alamak, tak bestnya lah..

Start Isnin sampai Rabu depan aku kena kursus di
Cititel Express. Ha, aku google tadi nak tengok kat
mana la tempat ni. Rupanya dekat dengan Chow Kit.


Ni la tempat aku bakal berkursus itu..

Friday, September 11, 2009

Kenangan Balik Raya

Kenangan balik raya aku hanya ada semasa aku
duduk di asrama dan semasa aku di maktab. Masa
di asrama, kalau time nak raya, ada pak cik konduktor
bas yang rajin tolong carikan bas @ belikan tiket
untuk balik ke Temerloh. Tapi ada juga satu tahun tu,
aku kena balik naik teksi sebab dah terlepas bas.

Yang paling aku ingat, tahun 1992 masa aku form 4.
Lagi 2 minggu nak raya masa tu. Kelas tuisyen mate
tu hanya ada 2 orang pelajar perempuan, aku dan
sorang member. Time tu pulak musim chicken-pox.
Member aku ni kena penyakit tu. Aku masa tu, terus
berdoa agar aku kena juga sebab tak mahu pegi
kelas tuisyen sorang.

Nak jadi cerita, esoknya aku tengok ada bintat berisi
air kat tangan aku. Dengan suka hatinya aku jumpa
warden cakap tak nak gi sekolah tapi nak gi klinik.
Bila sampai klinik, konfem memang chicken-pox.
So 2 minggu doktor bagi cuti.

Parents member aku ni datang jemput dia balik.
parents aku memang tak datang la sebab diorang tak
tahu pun aku sakit. Masa tu zaman susah, telefon
pun tak ada kat rumah. Parents dia kesian kat aku
sebab sakit so, diorang bawa aku balik ke Mempaga 1.

Dua hari kat sana, barulah diorang berani lepaskan
aku balik. Masa naikkan bas tu, kakak member aku ni
bagi tau cam ni: "Bas ni direct ke Temerloh. Jangan turun
selagi belum sampai."

Yang aku sepanjang jalan dari Bentong dok tidur, sedar-sedar
je bas dah berhenti. Aku pandang keliling, tak kenal pun
tempat tu. Aku ingatkan Bas Stand Temerloh dah tukar tempat.
Aku pun turun la tanpa bertanya orang. Puas aku pusing, cari
bas nak balik Jengka tak jumpa. Rupanya bas tu berhenti di
stesen bas Mentakab. Aku mana pernah pegi Mentakab masa
tu.

Dah jadi satu hal pulak aku kena beli tiket lain nak ke Temerloh.
Sebab bas yang aku naik tadi dah jalan. Petang baru aku sampai
balik rumah. Mak punyalah terkejut sebab balik dengan muka
penuh bintik-bintik. Terus cari daun mambu untuk buat ubat.

Tapi ini jugalah tahun yang paling tak best aku beraya. Orang
makan ayam dan daging tapi aku kena pantang makan. Masa
buka puasa pun hanya boleh tengok je masakan mak yang
sedap-sedap. Ha, itulah kenangan balik raya yang aku ingat
sampai sekarang sebab bila balik asrama tu aku kena rotan
sebab tak pakai uniform asrama.

Aku balik dengan parents member aku dan aku lupa pack
uniform asrama. Bila balik asrama, aku pakai baju biasa je, tu
yang kena sedas tu..

Thursday, September 10, 2009

Tanda Penghargaan

Hari ni last day UPSR. Lepas la siksa untuk budak2 ni.
Kalau selama ni, asyik kena belajar saja, lepas ni dah
boleh rilek sikit. Tapi ada juga aktiviti selepas UPSR
yang akan dijalankan nanti.

Hari ni juga last untuk aktiviti bacaan Yasin dari kaum
ibu. Tahun ni, alhamdulillah sambutan amat menggalakkan
berbanding tahun lepas. Kalau tahun lepas dalam belas2 je
yang hadir tapi tahun ni mencecah 30 orang.

Ini semua jasa baik daripada Pengerusi GPW la. Dia ajak
semua ketua2 blok wanita yang tak ada anak di sekolah
pun join sekali. Jadi sebagai tanda penghargaan, pihak
sekolah telah menyediakan sedikit tanda mata.



Sorry la, blur gambar. Malas nak snap sekali lagi.
Kami bagi kurma kepada semua kaum ibu yang
sudi hadir.



Macam yang GPK HEM bagi tau tadi, ini bukan
upah tapi dah jadi adat orang melayu kita. Bak
kata pepatah, orang dah berbudi, kita kenalah
berbahasa.

Wednesday, September 9, 2009

Kad Raya


Ini kad raya pertama yang aku terima untuk tahun ni.
Daripada seorang murid perempuan tahun 5. Kenapa
kad ni begitu special? ha, meh kita tengok kat dalamnya.



Ha, nampak tak tu? Selain daripada tulisan yang
panjang berjela tu, kat page sebelahnya ada sampul
pulak. Meh, kita kasi zoom in sikit lagi..



Ya, aku dapat duit raya pulak dah.. RM2 tu.

Tak sangka pulak budak ni siap bagi duit pulak.
Masa bagi kad tu dia dah dok tersengih2 je..

Ha, ni simbol nak minta duit raya la gamaknya.

Tuesday, September 8, 2009

First Day UPSR

Wah, gile semangat aku gi sekolah hari ni.
Lepas tanda kedatangan, aku terus pegi cari
budak2 yang tak datang semalam untuk beri
pencil case tu.

Lepas tu, GB sampai dan cek suhu badan semua
murid. Ini prosedur standard untuk tahun ni pasal
takut ada yang positif H1N1. Lepas tu aku sibuk
nak edarkan borang akuan calon. So, memang
tak sempat nak snap gambar.

Minta Ketua Murid bacakan doa dan diorang dipanggil
masuk ke dewan. Masa ni mak2 dan bapak2 budak2 ni
ada yang dah sampai ke surau sekolah untuk bacaan
Yasin. Memang dah jadi tradisi kat sini, setiap kali
UPSR, kitorang adakan bacaan Yasin dgn mak bapak.

Lepas habis paper BM1, budak2 berkumpul semula
di kantin. Masa ni dengar la budak2 tu cerita pasal
soalan yang baru habis dijawab tadi. Suruh budak2
tu ulangkaji untuk paper seterusnya, BM2.


Boys tengah sibuk meneliti contoh2 karangan.


Budak2 kena pakai mask sebab memang dibekalkan.
Ada juga yang tak mahu pakai. Rimas, katanya. Tapi
bila masuk dalam dewan, wajib pakai.

Lepas BM2, ada Mate Paper 2. Ha, ni subjek aku ajar.
Punyalah risau, takut2 keluar soalan yang susah2 dan
budak2 tu tak boleh nak jawab.

Bila diaorang keluar pukul 12.30 tu, terus tanya pada
budak target aku: " Mi, ada soalan pelik2 tak?"
Jawapan dari dia menyenangkan hati aku.
"Tak ada teacher, alhamdulillah semua senang. Soalan
3 markah pun suruh cari area je.."

Tapi ada sorang yang jawab:"Mi memang tak jumpa
soalan pelik, tapi saya jumpa sebab saya tak tahu
nak jawab."

Aku tergelak dah dengar jawapan dia ni. Tapi rata-ratanya
berkata semua soalan boleh dijawab. Ha, risau juga aku
sebab kalau ikut tahun lepas, paper 2 senang tapi paper 1
dia susah ya amat.

Apapun, GPK 1 berikan soalan ulangkaji dan lepaskan budak2
tu balik dengan pesanan supaya menjaga diri. Harap Paper 1
esok juga berjalan lancar seperti Paper 2 tadi.


Award Lagi



Ha, dapat award lagi ni. Kali ni daripada Nur.

Rajin Nur ni bagi award pada pengomen2 di blognya.

Memang selalu masuk rumah Nur ni tapi jarang juga
mengomen. Suka masuk sini sebab Nur juga seorang
guru macam aku. Bila dia buat entry pasal anak2
murid ribena dia, suka sangat baca sebab macam
lebih kurang anak2 murid aku juga.

Terima kasih daun keladi, Nur.

Monday, September 7, 2009

Pecutan Akhir

Hari ni cuti Nuzul Quran tapi aku tetap ke sekolah.
Buat extra kelas dengan budak2 tu. Esok dah nak
masuk dewan periksa. Cikgu yang kecut perut. Budak2
selamba je. Fikir nak raya ada la..

Tapi bila slow talk dengan diorang tadi, memang
diorang pun kecut perut juga. Kehadiran agak
memuaskan. Kelas aku sorang je yang tak datang.
Sebenarnya dia datang tapi dihantar balik sebab demam.
Tu yang risau sebab esok dah nak periksa ni.
Kena kuarantin la kalau masih demam esok.

Kelas satu lagi, 6 orang tak datang. Cikgu dah
sanggup korban cuti, dia malas nak datang. Padahal
duduk situ je. Tapi tak kisahlah, jangan dia buat hal masa
periksa nanti dah la.

Sebelum diaorang balik, bagi la alat tulis kat diaorang.
Memang tiap2 tahun, bagi barang ni kat semua calon.
Cuma minta diaorang tambah lagi la apa yang patut.

Budak2 tu siap berebut nak pencil case warna hitam tu.
Isi dalamnya, pensel 2 batang, pemadam dan pembaris.
Pengasah tak letak sebab pasang pengasah besi kat
dewan. Nak lebih2 lagi, mak bapak dia orang la tambah
sendiri...

Sunday, September 6, 2009

Pergi Klinik



Ha, ni la klinik yang paling popular di Kg Awah.
Dah berapa kali tukar tempat. Ni dia punya latest
port la kiranya.

Aku kalau demam memang pergi klinik ni la.
Tapi dah lama aku tak pergi. Kalau setakat
demam sikit dan aku boleh drive, memang
still pegi sekolah. Tak pun ambil cuti rehat khas je.

Petang semalam aku pergi klinik ni bawa mak.
Mak mengadu sakit urat. So, untuk periksa dan
dapat 3 jenis ubat kena RM22. So, itu kisah
semalam.




Friday, September 4, 2009

Titisan Ilmu

Kat sekolah tadi ada buat sedikit majlis yang
dipanggil Titisan Ilmu. Tahun ni buat je simple
sikit berbanding tahun lepas.

Majlis ni dibuat untuk murid tahun 6 yang akan
ambil UPSR minggu depan. Bila dah berkumpul
semua tadi, ustazah beri la tazkirah pada
budak2 tu.

Lepas tu, ustazah minta semua murid jumpa
dengan semua guru dan minta dihalalkan ilmu
yang telah dicurahkan selama ini. Aku part
ni la yang paling tak tahan. Aku kan cengeng,
tu yang airmata tak leh tahan bila sorang2 datang
salam, minta maaf dan minta doakan mereka.

Tahun2 yang lepas, sedih juga tapi airmata tak
ada la semurah tadi. Sebab biasanya aku ambil
budak2 tu bila dorang masuk tahun 6 je. Tapi budak
sekarang ni memang dengan aku start tahun 4 lagi.
Tu yang sebak terlebih tu.

Sebab dah lama dengan dorang, sayang tu memang
lebih sikit la. Perangai sorang2 memang dah dalam
poket aku je. Dorang pun memang boleh bercerita
apa saja dengan aku. Memang aku ikhlas mengajar
mereka dan redha dengan segala apa yang dah
aku bagi pada mereka.

Aku mengharapkan yang terbaik untuk semua
anak2 didikku dan semua murid yang akan menduduki
UPSR Selasa nanti.

Thursday, September 3, 2009

Bunga Api!!!



Best pulak tengok
anak-anak sedara ni main bunga api.
Teringat pulak zaman aku dan adik kecik2 dulu.

Main bunga api cap kucing ni la juga.



Dulu-dulu satu paket bunga api ni berapa sen je.
Sekarang ni punyalah mahal. Isi dalam satu
paket tu
dah la ada 8 batang je. Tapi sebab nak
biar dorang
merasa meriahnya puasa macam
zaman2 aku dulu,
beli juga la..




Tambah-tambah lagi dorang puasa pun masih
tak tinggal. Layankan aje la.
Ni pun belum masuk
7 likur lagi, nanti bila dah pasang pelita, mesti
lagi meriah..

Kisah Benar di Bulan Puasa

Kisah 1

Aku tak ingat tahun bila kejadian ni berlaku. Yang pasti
masa tu aku masih sekolah rendah. Kebetulan hari
tu Ayah De aku ada datang nak berbuka puasa di
rumah kami.

Yang aku ingat mak masak macam-macam la. Maklum
la adik dia datang. Sampai masa nak berbuka, sibuk
la dia mengajak berkumpul. Memang tradisi kami
berbuka dengan makan nasi.

Bila dah azan, masing-masing sibuk minum air.
Lepas tu pandang mak sebab mangkuk nasi
tak ada. Mak pun bangun dan menuju ke
dapur, lepas tu...

Mak : Lah, koi tok masok nasi ghupenye....

Sudahnya, makan kuih sajalah dulu sementara
menunggu nasi masak semula.

.........................................................................................

Kisah 2

Kisah ni pulak masa adik aku darjah 1, so maknanya aku
dah darjah 3 la. Adik aku dah start belajar puasa masa ni.
Kejadian masa berlaku masa petang, mak tengah sibuk
buat kuih karipap masa tu.

adik pulak tetiba masuk ke dapur dan memanggil-manggil
mak. Mak yang sibuk tengah nak menggoreng karipap
tak peduli sangat mula-mula. Adik yang tak puas hati
terus panggil lagi.

Mak : Apa aok nok ni Ri? Mok , mok, mok..Tok nampok
ke mok banyok kerja ni? Nah, ambik ni.

Mak menghulurkan seketul karipap yang baru digoreng
kepada adik yang masa tu masih lagi puasa. Adik pun
ambil dan terus ngap...

Mak : La Ri, awok kan pose? Ngape makan?
Mak baru sedar yang adik dah terbuka puasa.

Adik : Dah mok bagi, koi makan la..

Itulah sehari adik tinggal puasa. Sebab mak terbagi
makan secara tak sengaja...

..........................................................................................








Wednesday, September 2, 2009

Zaman Puasa di Asrama



Ha, ni la asrama yang aku rindu sangat-sangat.
Puas aku google, yg nampak anjung putera ni je
yang aku jumpa. Anjung puteri tak ada pulak..
Bila tiba time puasa ni, mesti teringat balik zaman2
berpuasa di sini dulu. Bila dekat nak berpuasa,
setiap dorm kena hantar meja panjang ke dewan makan.
Sebab meja di dewan makan tak cukup untuk semua
pelajar duduk sekaligus masa berbuka.

Dan setiap petang, ada dua dorm kena duty untuk
susun tray di dewan makan. Satu dorm girls dan
satu dorm boys. Gang aku biasanya, bila buka puasa mesti
bawa tupperware. Untuk isi nasi sebab kitorang jarang
makan nasi masa berbuka.

Lauk buka puasa selalunya memang best la. Lengkap
dengan buah dan dessert. Paling best masa duduk
ramai2 tunggu waktu berbuka. Lepas tu, semua rushing
balik bilik untuk sembahyang maghrib dan kelas prep.

Pukul 10 habis prep tu, semua kena pegi dewan besar
untuk berterawih. Memang inilah yang paling aku miss.
Lepas terawih ada supper pulak tapi aku jarang pegi.
Sebab nasi yang ditapau tadi menunggu untuk dimakan.

Untuk bersahur pula kami akan dikejutkan dengan bunyi
loceng kecemasan tu. Kalau tak sedar juga memang tak
tahu la, punyalah kuat bunyi. Tapi yang malas sikit sebab
kena bersiap sikit la nak gi dewan makan.






Tuesday, September 1, 2009

Menjawab Tag

Aku telah di tag oleh Kak Long. So, mari
kita layan.

1. Copy award dan letakkan di blog anda.

Malu nak letak sebenarnya tapi... tengoklah kat bawah ni.



2. Nyatakan 6 fakta menarik mengenai pemberi award ini.

  1. Seorang pendidik
  2. Suka membaca
  3. kenalan alam mayaku
  4. Suka mengadap komputer
  5. Mengajar di sekolah menengah
  6. Baru dapat anak segera seramai... (tak ingat berapa orang)
3. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta / hobi diri sendiri
  1. Suka membaca novel, cerita feeling2 la..
  2. Cengeng, even baca or tengok cerita sedih pun boleh nangis
  3. Tak suka barang kemas
  4. Suka surf internet
  5. Kaki bola especially BPL
  6. Peminat Harry Potter, buku dan movie
  7. Hanya dengar Sinar FM saja
  8. Layan F1 dan Moto GP juga
  9. Suka main game hidden objects
4. Pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka

Rasanya nak biar tag ni berakhir disini la.Tapi kalau ada sesapa
yang terasa nak buat dipersilakanlah ya.

Soalan-soalan tambahan

5. Nama timangan : Noor, Saliza, Teh, Ija, Mak Teh, Manja

6. Anda seorang yang : simple, macam orang lain juga..

7. Insan teristimewa : family and friends

8. Lagu Kesukaan : banyak tapi yang oldies la 80an, 90an punya

9. Makanan kesukaan : tak memilih sangat, belasah jer..

10. Sikap yang membuat anda stress : talam yang banyak muka

11. Warna kegemaran : biru dan hijau

12. Benda mesti ada dalam beg : wallet, sapu tangan, pen, phone

13. Kali terakhir anda menangis : masa kehilangan arwah ayah April lalu..

Ok, Kak Long. Harap puas hati ye...