Tuesday, September 8, 2009

First Day UPSR

Wah, gile semangat aku gi sekolah hari ni.
Lepas tanda kedatangan, aku terus pegi cari
budak2 yang tak datang semalam untuk beri
pencil case tu.

Lepas tu, GB sampai dan cek suhu badan semua
murid. Ini prosedur standard untuk tahun ni pasal
takut ada yang positif H1N1. Lepas tu aku sibuk
nak edarkan borang akuan calon. So, memang
tak sempat nak snap gambar.

Minta Ketua Murid bacakan doa dan diorang dipanggil
masuk ke dewan. Masa ni mak2 dan bapak2 budak2 ni
ada yang dah sampai ke surau sekolah untuk bacaan
Yasin. Memang dah jadi tradisi kat sini, setiap kali
UPSR, kitorang adakan bacaan Yasin dgn mak bapak.

Lepas habis paper BM1, budak2 berkumpul semula
di kantin. Masa ni dengar la budak2 tu cerita pasal
soalan yang baru habis dijawab tadi. Suruh budak2
tu ulangkaji untuk paper seterusnya, BM2.


Boys tengah sibuk meneliti contoh2 karangan.


Budak2 kena pakai mask sebab memang dibekalkan.
Ada juga yang tak mahu pakai. Rimas, katanya. Tapi
bila masuk dalam dewan, wajib pakai.

Lepas BM2, ada Mate Paper 2. Ha, ni subjek aku ajar.
Punyalah risau, takut2 keluar soalan yang susah2 dan
budak2 tu tak boleh nak jawab.

Bila diaorang keluar pukul 12.30 tu, terus tanya pada
budak target aku: " Mi, ada soalan pelik2 tak?"
Jawapan dari dia menyenangkan hati aku.
"Tak ada teacher, alhamdulillah semua senang. Soalan
3 markah pun suruh cari area je.."

Tapi ada sorang yang jawab:"Mi memang tak jumpa
soalan pelik, tapi saya jumpa sebab saya tak tahu
nak jawab."

Aku tergelak dah dengar jawapan dia ni. Tapi rata-ratanya
berkata semua soalan boleh dijawab. Ha, risau juga aku
sebab kalau ikut tahun lepas, paper 2 senang tapi paper 1
dia susah ya amat.

Apapun, GPK 1 berikan soalan ulangkaji dan lepaskan budak2
tu balik dengan pesanan supaya menjaga diri. Harap Paper 1
esok juga berjalan lancar seperti Paper 2 tadi.


6 comments:

Hanisham Ab Halim said...

Orang rumaoh koi start jaga budok peksa arini. Pagi2 lagi koi doh ngantor dia ke sekoloh tu....

Saliza said...

Echam,
Akak mmg tak minta jaga peksa sebab nak duduk dgn budak2 yg kita ajar..
Ada gak la pengalaman 3 tahun jaga peksa dulu

eyna said...

Bebudak skolah sy td...ada gak yg kena dok kat kelas kuarantin beberapa orang... kebetulan kelas tu setentang dgn makmal...so panjang le leher nak mengintai dr jauh...hehehhe

Relevan said...

Topeng tu wajib pakai ke cigku Saliza?..tak ke menganggu konsitrasi murid?..

Saliza said...

Eyna,
kat sekolah akak tak ada yg kena kuarantin. tapi ada sorang tu tetiba je hari semalam dok berdarah hidung.. dari pagi pulak tu..
Mujur tak de pape..

Saliza said...

Encik Relevan,
Ada juga yang tak pakai, tapi lekat je pada telinga..
ganggu ke tak tu, tak tau le pasal selamba je budak2 tu..