Thursday, September 10, 2009

Tanda Penghargaan

Hari ni last day UPSR. Lepas la siksa untuk budak2 ni.
Kalau selama ni, asyik kena belajar saja, lepas ni dah
boleh rilek sikit. Tapi ada juga aktiviti selepas UPSR
yang akan dijalankan nanti.

Hari ni juga last untuk aktiviti bacaan Yasin dari kaum
ibu. Tahun ni, alhamdulillah sambutan amat menggalakkan
berbanding tahun lepas. Kalau tahun lepas dalam belas2 je
yang hadir tapi tahun ni mencecah 30 orang.

Ini semua jasa baik daripada Pengerusi GPW la. Dia ajak
semua ketua2 blok wanita yang tak ada anak di sekolah
pun join sekali. Jadi sebagai tanda penghargaan, pihak
sekolah telah menyediakan sedikit tanda mata.



Sorry la, blur gambar. Malas nak snap sekali lagi.
Kami bagi kurma kepada semua kaum ibu yang
sudi hadir.



Macam yang GPK HEM bagi tau tadi, ini bukan
upah tapi dah jadi adat orang melayu kita. Bak
kata pepatah, orang dah berbudi, kita kenalah
berbahasa.

8 comments:

dr.todak said...

kurma?!!! alamak kurma kt umah dh abis,kene p bli jap lagi ni

relevan said...

Tanda mata tu bg tanda ingat murid2 kpd guru guru nya..

Webmaster@Echam said...

Kak,
Konsep yang bagus ni. Anak tgh peksa mok ayoh baca Yassin....

Saliza said...

Dr Todak,
beli jangan tak beli..

Saliza said...

Encik Relevan,
Tanda mata dari murid2 cukuplah sekadar dengan kejayaan yang cemerlang..

Saliza said...

Echam,
memang dah lama kome buat macam ni. Sekolah org rumah aok tak buat ke?
banyak sekolah dah buat macam ni..

syahbandar87 said...

bgs tul..idea sape ye
:)

Saliza said...

Syah,
Kat sekolah akak ni asalnya idea daripada seorang GPK. Skrg GPK ni dah jadi Guru Besar...