Wednesday, September 2, 2009

Zaman Puasa di Asrama



Ha, ni la asrama yang aku rindu sangat-sangat.
Puas aku google, yg nampak anjung putera ni je
yang aku jumpa. Anjung puteri tak ada pulak..
Bila tiba time puasa ni, mesti teringat balik zaman2
berpuasa di sini dulu. Bila dekat nak berpuasa,
setiap dorm kena hantar meja panjang ke dewan makan.
Sebab meja di dewan makan tak cukup untuk semua
pelajar duduk sekaligus masa berbuka.

Dan setiap petang, ada dua dorm kena duty untuk
susun tray di dewan makan. Satu dorm girls dan
satu dorm boys. Gang aku biasanya, bila buka puasa mesti
bawa tupperware. Untuk isi nasi sebab kitorang jarang
makan nasi masa berbuka.

Lauk buka puasa selalunya memang best la. Lengkap
dengan buah dan dessert. Paling best masa duduk
ramai2 tunggu waktu berbuka. Lepas tu, semua rushing
balik bilik untuk sembahyang maghrib dan kelas prep.

Pukul 10 habis prep tu, semua kena pegi dewan besar
untuk berterawih. Memang inilah yang paling aku miss.
Lepas terawih ada supper pulak tapi aku jarang pegi.
Sebab nasi yang ditapau tadi menunggu untuk dimakan.

Untuk bersahur pula kami akan dikejutkan dengan bunyi
loceng kecemasan tu. Kalau tak sedar juga memang tak
tahu la, punyalah kuat bunyi. Tapi yang malas sikit sebab
kena bersiap sikit la nak gi dewan makan.






6 comments:

AzMas said...

saya sempat sekali jek berpuasa kat asrama ni. kitorang bawak makanan masuk dorm. bukak ramai2 ngan bebudak dorm.

Eyna's said...

Amboi...lambatnya terawih...after prep... sure dah mula ngantuk mase tu... nak2 bg yg dah tersandar kekenyangan....

Saliza said...

Mas,
O, pernah gak duk hostel ni ya?
Junior akak le ni..

Saliza said...

Eyna,
Masa tu muda remaja lagi..
mana reti penat2 ni.

relevan said...

Masa kome kat asrama dulu bersahur
makan beskut marie jer..malas turun..togok air sejuk jer..

Saliza said...

Encik Relevan,
Asrama kome best juga masaknya tapi kome yang malas nak bersiap2 bagai nak turun sahur..