Friday, September 4, 2009

Titisan Ilmu

Kat sekolah tadi ada buat sedikit majlis yang
dipanggil Titisan Ilmu. Tahun ni buat je simple
sikit berbanding tahun lepas.

Majlis ni dibuat untuk murid tahun 6 yang akan
ambil UPSR minggu depan. Bila dah berkumpul
semua tadi, ustazah beri la tazkirah pada
budak2 tu.

Lepas tu, ustazah minta semua murid jumpa
dengan semua guru dan minta dihalalkan ilmu
yang telah dicurahkan selama ini. Aku part
ni la yang paling tak tahan. Aku kan cengeng,
tu yang airmata tak leh tahan bila sorang2 datang
salam, minta maaf dan minta doakan mereka.

Tahun2 yang lepas, sedih juga tapi airmata tak
ada la semurah tadi. Sebab biasanya aku ambil
budak2 tu bila dorang masuk tahun 6 je. Tapi budak
sekarang ni memang dengan aku start tahun 4 lagi.
Tu yang sebak terlebih tu.

Sebab dah lama dengan dorang, sayang tu memang
lebih sikit la. Perangai sorang2 memang dah dalam
poket aku je. Dorang pun memang boleh bercerita
apa saja dengan aku. Memang aku ikhlas mengajar
mereka dan redha dengan segala apa yang dah
aku bagi pada mereka.

Aku mengharapkan yang terbaik untuk semua
anak2 didikku dan semua murid yang akan menduduki
UPSR Selasa nanti.

9 comments:

NuR said...

salam kak..
cantiknya blog akak..
semoga anak murid akak akan dpt jawab soalan upsr nanti...

Webmaster@Echam said...

Salam Cikgu saliza,
Best jadi anok murid aok. Semua perangai diorang dh dalam poket aok. untung dapat cikgu camni....

Saliza said...

Nur,
Thanks..
Itulah harapan semua guru pun.

Saliza said...

Echam,
ha, tu la pasal dorang tak bole kelentong dah. Dorang baru nak buka mulut dah boleh sambung ayat apa yang nak keluar..

eyna said...

Skolah kitorang pun buat ari ni gak...tapi panggil Majlis Restu Ilmu...

Sy langsung tak kenal bebudak jah 6 thn ni...so stakat besalam je lah...heheh

relevan said...

Semoga anak2 murid cikgu berjaya dlm UPSR..amin..

syahbandar87 said...

jika mendidik anak murid dan menganggapnye spt anak sendiri tu yg sdh sket tu bila nk berpisah..cikgu akan lebih disayangin jika beliau memandang anak2 murid nye sebagai seorang anak.dlu sy ada 2orang cikgu time skolah.dia suh sy panggil mama kt dia.dan da jg sorang cikgu laki,dia suh sy panggil abah kt.hehe..mmg lbh merasai ksh syng mereka.rse mcm mak dan ayah sndri plak
:)

Saliza said...

Encik Relevan,
Terima kasih. Amin..

Saliza said...

Syah,
Setuju dgn Syah.
Mmg anggap budak2 tu macam anak sendiri dah. In fact, ada 2 org tu anak cikgu yang akak tengok membesar depan mata dari kecik..