Kenangan balik raya aku hanya ada semasa aku
duduk di asrama dan semasa aku di maktab. Masa
di asrama, kalau time nak raya, ada pak cik konduktor
bas yang rajin tolong carikan bas @ belikan tiket
untuk balik ke Temerloh. Tapi ada juga satu tahun tu,
aku kena balik naik teksi sebab dah terlepas bas.
Yang paling aku ingat, tahun 1992 masa aku form 4.
Lagi 2 minggu nak raya masa tu. Kelas tuisyen mate
tu hanya ada 2 orang pelajar perempuan, aku dan
sorang member. Time tu pulak musim chicken-pox.
Member aku ni kena penyakit tu. Aku masa tu, terus
berdoa agar aku kena juga sebab tak mahu pegi
kelas tuisyen sorang.
Nak jadi cerita, esoknya aku tengok ada bintat berisi
air kat tangan aku. Dengan suka hatinya aku jumpa
warden cakap tak nak gi sekolah tapi nak gi klinik.
Bila sampai klinik, konfem memang chicken-pox.
So 2 minggu doktor bagi cuti.
Parents member aku ni datang jemput dia balik.
parents aku memang tak datang la sebab diorang tak
tahu pun aku sakit. Masa tu zaman susah, telefon
pun tak ada kat rumah. Parents dia kesian kat aku
sebab sakit so, diorang bawa aku balik ke Mempaga 1.
Dua hari kat sana, barulah diorang berani lepaskan
aku balik. Masa naikkan bas tu, kakak member aku ni
bagi tau cam ni: "Bas ni direct ke Temerloh. Jangan turun
selagi belum sampai."
Yang aku sepanjang jalan dari Bentong dok tidur, sedar-sedar
je bas dah berhenti. Aku pandang keliling, tak kenal pun
tempat tu. Aku ingatkan Bas Stand Temerloh dah tukar tempat.
Aku pun turun la tanpa bertanya orang. Puas aku pusing, cari
bas nak balik Jengka tak jumpa. Rupanya bas tu berhenti di
stesen bas Mentakab. Aku mana pernah pegi Mentakab masa
tu.
Dah jadi satu hal pulak aku kena beli tiket lain nak ke Temerloh.
Sebab bas yang aku naik tadi dah jalan. Petang baru aku sampai
balik rumah. Mak punyalah terkejut sebab balik dengan muka
penuh bintik-bintik. Terus cari daun mambu untuk buat ubat.
Tapi ini jugalah tahun yang paling tak best aku beraya. Orang
makan ayam dan daging tapi aku kena pantang makan. Masa
buka puasa pun hanya boleh tengok je masakan mak yang
sedap-sedap. Ha, itulah kenangan balik raya yang aku ingat
sampai sekarang sebab bila balik asrama tu aku kena rotan
sebab tak pakai uniform asrama.
Aku balik dengan parents member aku dan aku lupa pack
uniform asrama. Bila balik asrama, aku pakai baju biasa je, tu
yang kena sedas tu..
3 comments:
Hehehhe.. tergelak saya baca kenangan akak. Nasib baik turun kat mentakab. Takdelah jauh sgt nak ke temerloh....
Echam,
Akak masa kecik2 mabuk dan muntah teruk kalau naik keta/bas, sbb tu mak selalu tinggal kalau jalan2. Sebab tu, tak tau macam mana rupa Mentakab tu...
Tapi sekarang, akak la yang paling banyak berjalan...Dah tak mabuk
dok asrama felda dulu org hantar sampai depan tangga (cuti sem lah) kalau cuti raya kena book tiket awal, atau sanggup naik bas lompat!!
Post a Comment