Monday, September 7, 2009

Pecutan Akhir

Hari ni cuti Nuzul Quran tapi aku tetap ke sekolah.
Buat extra kelas dengan budak2 tu. Esok dah nak
masuk dewan periksa. Cikgu yang kecut perut. Budak2
selamba je. Fikir nak raya ada la..

Tapi bila slow talk dengan diorang tadi, memang
diorang pun kecut perut juga. Kehadiran agak
memuaskan. Kelas aku sorang je yang tak datang.
Sebenarnya dia datang tapi dihantar balik sebab demam.
Tu yang risau sebab esok dah nak periksa ni.
Kena kuarantin la kalau masih demam esok.

Kelas satu lagi, 6 orang tak datang. Cikgu dah
sanggup korban cuti, dia malas nak datang. Padahal
duduk situ je. Tapi tak kisahlah, jangan dia buat hal masa
periksa nanti dah la.

Sebelum diaorang balik, bagi la alat tulis kat diaorang.
Memang tiap2 tahun, bagi barang ni kat semua calon.
Cuma minta diaorang tambah lagi la apa yang patut.

Budak2 tu siap berebut nak pencil case warna hitam tu.
Isi dalamnya, pensel 2 batang, pemadam dan pembaris.
Pengasah tak letak sebab pasang pengasah besi kat
dewan. Nak lebih2 lagi, mak bapak dia orang la tambah
sendiri...

5 comments:

relevan said...

Esok UPSR?..cepat nor masa berlalu yer cikgu Saliza..tahun ni mencabar bg murid2 jah 6..dh la wabak H1N1 masih berleluasa..peh tu fikir nk nyambut raya pula..

Saliza said...

Encik Relevan,
Betul sgt tu, cepatnya masa berlalu.

Tapi mengikut perkiraan kawan, tahun depan lagi nyaya, sebab lepas cuti raya tu nak UPSR..tengah pening dgn lemang ketupat nak jawab peksa tu...

NuR said...

beshnyer kak..
dpt pencil box sumer..
hehe..zaman nur dulu takde pun..
nur ni yg tak ajar pun bdk2 upsr terasa kecutnya
tambah lak anak buah 2 org tahun ni amik upsr..

kak, jadi pengawas peperiksaan ke?

Saliza said...

Nur,
tak jadi pengawas pun.
Ada la 3 kali jadi, nak cari pengalaman tapi lepas tu rela ddk sekolah dengan budak2..

dr.todak said...

mudahan anak murid akak semuanye cemerlang.Amin.