Wednesday, September 16, 2009

Cerita Kursus

Macam yang aku cerita hari Isnin ari tu, aku
pegi KL naik bas je. Aku ingatkan geng-geng
perempuan je yang naik bas, rupanya yang
lelaki pun ada juga. Tak nak drive ke KL katanya.
Siap PPD pun naik bas sekali.

Sampai Cititel dlm pukul 3.30 petang. Check in dan
terus rehat. Ok juga biliknya. Meh, kita tengok
dalam biliknya...



Bilik aku kat tingkat 7. Gambar kat bawah ni view
dari bilik aku.

First day tu, taklimat kursus diadakan pukul 6.
Habis taklimat ngam-ngam je masa untuk ambik
makanan berbuka. Ok la juga makanan kat sini.

Slot malam start pukul 10 sebab nak beri ruang
kepada sesiapa yang nak solat terawih. Slot hari Selasa
start pukul 8.30 dan non stop sampai pukul 3.30 petang.

Nasib baik aku dah prepare semua benda yang nak
dibuat, jadi belum 3.30 aku dah siap semua. Print dan
masukkan soft copy dalam komputer PPD. Kalau sapa
tak prepare dan tak bawa semua data memang masalah
la sikit.

Petang tu, aktiviti bebas. So, apa lagi merayau la sampai
ke Sogo, Pertama. Tapi aku setakat tengok je la. Malas
nak berebut sama dengan orang KL yang memilih baju, kasut
dan hand bag yang tengah sale gila-gila kat situ.

Malam tu ada lagi slot tapi sebab aku dah settle semua,
dibenarkan untuk tak masuk dewan. Merayau lagi kat
area bawah tu. Betul macam Eyna kata, brooch memang
banyak pattern baru dan murah. Beli la juga untuk
buat souvenier kat kawan-kawan sekolah.

First time aku merasa bersahur di hotel. Tak best betul
rasa sebab kena bersiap-siap bagai nak turun makan.
Teringat zaman-zaman duduk asrama. Tapi menunya
ialah menu sarapan pagi. Ok la tu...

Pandai gak PPD buat kursus kat sini. Sebab kalau
buat kat Maran, mesti banyak yang tak siap. Bila
buat kat tempat macam ni, nak tak nak kena pulun
la buat sebab takkan nak tengok je orang gi shopping.

Majlis penutup tadi dirasmikan oleh Tuan PPD sendiri.
So, hari ni aku sampai rumah dalam pukul 2.45 petang.
Penat giler weh...

Gambar tak dapat nak snap banyak sebab bateri kamera aku lupa cas...


2 comments:

Eyna's said...

Lpas ni bleh buat n3 pasal keronsang2 tu plak...hehehhe


Slamat hari raya...
maaf atas smua salah silap selama ni...

Relevan said...

Besh kursus ni cikgu kan?..walaupun penat..