Saturday, September 12, 2009

Kena Kursus Lagi...

Wa... ni yang rasa nak nangis ni. Orang tengah
mood nak raya tetiba kena gi kursus pulak. Bukan
sehari tapi 3 hari. Dah tu pulak bukan dekat. Kat
KL nun.

Kalau bulan tak puasa, tak dekat nak raya memang
la best boleh rehatkan fikiran. Ni dah dekat nak raya
sangat. alamak, tak bestnya lah..

Start Isnin sampai Rabu depan aku kena kursus di
Cititel Express. Ha, aku google tadi nak tengok kat
mana la tempat ni. Rupanya dekat dengan Chow Kit.


Ni la tempat aku bakal berkursus itu..

5 comments:

Webmaster@Echam said...

Kak Saliza,
Hehehhehe.. syok kak kat chow kit. Kursus siang pastu malam pegilah terjah Jalan Masjid India. Macam-amacam boleh bawak balik Jengka...

relevan said...

Ok lah tu Cikgu Saliza..boleh lah kursus sambil menyoping..

Saliza said...

Echam,
Kot kalau boleh memang best la. tapi tengok jadual dia bagi, malam pun ada..Guane nak jenjalan..

Saliza said...

Encik Relevan,
Agaknya saja dipilih hotel yang dekat Chow Kit tu supaya boleh shopping..
Minta2 la jadual tu atas kertas je., br boleh shopping

Eyna's said...

Kak...

Tu tandanya dia soh soping raye tu...hehehe...

p/s:- keronsang murah2 tu kak...