Thursday, December 31, 2009

Pindah Rumah

Sibuk betul aku sekarang ni. Mana taknya, dah dekat nak
buka sekolah ni,asyik berulang ke sekolah je la kerjanya.
Meeting tak habis-habis.

Lagi satu projek, aku tengah dalam proses nak renovate rumah
yang aku duduk sekarang. Kiranya nak buang terus la pattern
rumah felda yang lama tu. Tengah cari rumah nak disewa.
Tengah sibuk kemas barang. Tak tahu mana satu nak di buat
dulu.

Yang aku risau tu pasal tak dapat la nak surf internet. Bayar
free je la streamyx aku tu nanti..Wa, boringnya..

Wednesday, December 30, 2009

Meeting



Start hari Isnin 28/12/2009, sekolah aku telah mengadakan
meeting awal tahun. Dan berterusan pulak dengan meeting
Kurikulum dan Hal Ehwal Murid pada hari Selasa. Diikuti pula
oleh meeting Ko Kurikulum pada hari Rabu.

Jadual dan buku perancangan serta takwim untuk tahun 2101
juga dah diedarkan. Biasa la, ada yang berat dan ada juga
bahagian yang kurang berat. Untuk aku, pemberatan tugas
lebih banyak di bahagian Kurikulum dan Ko. Untuk HEM, aku
cuma AJK bawahan je. Kira seimbang la untuk semua orang.

Yang tak laratnya, setiap hari meeting berlarutan sampai
pukul 2 petang. Bukan bincang banyak agenda pun. Kena
tadah telinga je la..


Bila dah boring nak dengar, posing la pulak...


Buku Ringkasan dan Buku Perancangan



Sibuk membelek2 apa tugas baru next year


Smile...

Monday, December 21, 2009

Al Kisah Semalam....



Semalam kan kawan tengah pening kepala memikirkan jadual
yang tak siap-siap tu. Tengah hari tu, kawan pergi ke kenduri
kahwin anak peneroka di Jengka 20. Dah beria-ia makcik tu
menjemput, tak sedap la pulak kalau tak pergi. Kawan dengan
makcik tu memang baik dari kawan mula posting dulu lagi..

Balik tu sekali lagi ngadap lappy buat jadual. Tapi masih juga
tak sudah. Sekali masa dekat nak Isyak dapat pulak call dari
member satu sekolah kata nak makan-makan. Sebab ada
member yang dah pindah kelantan tahun 2004 dulu datang
Jengka semula. Dia pulak bagi tau kalau kawan nak join,
dia akan masuk ambil kawan. Kalau nak drive sendiri malam-
malam buta memang mak kawan tak lepas la...



Terus aje kawan setuju. Biar la jadual tu tak siap, yang
penting jumpa member yang dah lama tak jumpa tu. Kitorang
kumpul kat Bandar Pusat je. Borak-borak, makan-makan sampai
dekat pukul 11.30 baru gerak balik.

Sampai rumah dah pukul 12 lebih. Tapi sebab nak hantar jadual
tu, kawan pulun gak la buat. Sampai pukul 2 pagi baru siap.
rasa-rasanya betul dah. Pagi tadi kawan dah hantar pun pada
GPK. harap-harap tak ada la salah atau nak ubah lagi.

Sunday, December 20, 2009

Pusing kepala

Assalamualaikum semua..

Dah lama juga kawan try nak menyiapkan jadual
waktu persekolahan untuk tahun depan ni. Minggu-
minggu awal hari tu, kawan dah buat. Dah siap pun.
Tapi lepas tu GPK ada buat adjustment sikit. Tu
yang sampai hari ni tak siap-siap lagi.

Kawan buat jadual ni secara manual saja. Sebab
cikgu sekolah kawan tak ramai, tu pasal la senang
buat manual. Kalau cikgu ramai, sengaja cari nahas
la buat manual ni.

Yang buat kawan pening kepala ni, sebab kawan baru
perasan yang untuk kelas tahun 3 tu untuk subjek
Englishnya sampai 4 kali dalam sehari. Sebelum rehat
ada, lepas rehat pun ada juga. Ah sudah, puas la
pulak nak mengadjustnya. Kawan rasa kawan dah
susun molek dah, cantik sangat dah tapi ada juga
salah...

Nak mengadjustnya pulak, bukan senang. Yang silapnya,
satu subjek je, tapi terpaksa melibatkan subjek lain,
kelas lain dan guru-guru lain jugak..

Ish..pening kepala lah kawan..

Ini entry luahan perasaan. Kalau simpan karang, rasa nak meletup dah kepala ni..

Friday, December 18, 2009

Review Novel

Ha, ni satu lagi aktiviti kawan masa cuti sekolah. Masa tak
cuti pun buat juga aktiviti ni tapi tengok masa juga la.
Aktivitinya ialah membaca novel.

kalau waktu sekolah tu, kena baca sikit-sikit la. Tapi bila cuti
macam ni boleh baca tanpa gangguan. Meh nak cerita sikit
pasal satu buku yang dah dua kali aku ulang baca. Penulisnya
tentulah Norhayati Berahim. Kata die hard fan dia kan...

Buku ni buku pinjam sebenarnya. Tapi sayang lak nak pulangkan
cepat sebab best ceritanya. Walaupun ada orang kata cerita
yang ditulisnya dah kurang "umph" ke tapi bagi aku dia tetap
nombor satu dalam list aku. Ok, ni bukunya.



Tajuknya Chinta. Watak utama dalam novel ni ialah Chinta dan
Raja Akid. Kisahnya Chinta ni tidak mendapat kasih sayang yang
sepatutnya daripada seorang ayah. Ayahnya melebihkan abangnya
saja dalam segala hal. Sampai kena pijak sebab nak masuk asrama.
Mak, mak sedara dan adik-adiknya yang lebih sayangkan dia.

Raja Akid ni pulak, tak suka dengan perempuan sebab dia jumpa
mak dia dengan lelaki lain atas katil. Dia pendam perasaan sorang2
tanpa bagi tahu ayah dia sebab dia kesian dengan ayah dia. Tapi
sejak tu dia tak hormatkan mak dia dah.

Pendekkan cerita, lepas tamat belajar Chinta kerja di kilang ayah Akid.
Masa tu, Chinta ni dah ada pakwe nama Saiful yang mak ayahnya
buta. Raja Akid ni pulak memang takde perasaan langsung dgn
perempuan tapi dia boleh jadi best friend dengan Chinta.

Lepas dah kerja, barulah ayah Chinta sedar yang anak yang diharap
dah tak boleh harap tapi anak yang dipijak tu la yang membantu.
Lepas tu hubungan anak beranak ni pulihla semula tapi tak lama
ayahnya meninggal lepas bergaduh dengan si abang dalam telefon.
Barulah Chinta tahu yang tanah yang maknya duduk dah digadaikan
oleh abang dan dah nak kena lelong.

Macam-macam konflik yang terjadi dalam masa yang hampir sama.
Saiful pulak mintak clash dan Raja Akid yang menghulurkan bantuan.

Ok la, kawan cerita sampai situ je. Kalau korang minat baca novel,
kawan cadangkan korang beli la. kawan pun ingat nak beli juga,
saja nak tambahkan koleksi novel. Tak rugi la beli novel ni.. First
time kawan baca, samapi pukul 2 pagi tak tidur lagi...


Thursday, December 17, 2009

Kembali Bersiaran...

Assalamualaikum semua.

Sorry la lama dah kawan tak buat entry. Selain tak ada idea sebab
tengah bercuti kawan juga sebenarnya telah demam. Jadinya blog
ni terpaksa la dibiarkan sekejap.

Selalunya kawan bercerita perihal di sekolah tapi sebab cuti, maka
tak ada la idea yang datang bertandang. Aktiviti kawan pada musim
cuti sekolah ni, selain dari menghadiri kenduri kahwin ialah memasak.
Sesuatu yang jarang dilakukan kalau bukan musim cuti.

Mak kawan memang dah kata, cuti sekolah ni dia nak cuti memasak.
Makanya secara automatik, kawan la yang jadi tukang masak. Payah
juga rupanya jadi tukang masak ni. Sampai tak tahu nak masak apa
pun ada. Takkan nak buat gulai lemak hari-hari kan? Nak juga tukar
selera sekali sekala. Patut la mak kawan suka tanya esok nak makan apa?

Satu lagi aktiviti kawan ialah melayari internet. Aktiviti ni memang
kawan buat setiap hari, tak kira la cuti sekolah ke tidak. Selain
mencari berita, kawan suka membaca blog. Tak kira la blog
gossip ke, kisah family ke.. Apa saja yang menarik, kawan akan baca.

Yang terbaru, kawan telah dihasut oleh seseorang itu untuk buat akaun
facebook. Dah lama dia dok kempen tapi kawan buat dek je. Last-last
kawan pun join la. Bila dah join, ha kau, terus melekat. Bukan hanya
sebab ada game banyak tapi sebab kawan dapat contact balik dengan
member2 zaman sekolah dulu. Yang dulu tak bertudung, sekarang dah
bertudung. Best betul bila dapat jumpa balik dengan kawan lama
walaupun hanya di alam maya.

Eh, kalau ada sesapa yang ada akaun facebook,
meh la kita jadi kawan. Yang kawan tau, Encik Relevan pun
ada facebook, cuma tak aktif je...

Ok la, dah banyak membebel ni. Jumpa lagi..

Thursday, December 3, 2009

Pengalaman Berkereta

Kawan ni dapat lesen tahun 2001. Nama je anak peneroka tapi
kawan bukan pandai bawa motor. Jadi penumpang pandai le.
Dah dari form 1 sampai form 5 duduk di asrama. Balik sesekali
cuti sekolah je, tak belajar juga.

Masa belajar di maktab perguruan juga tak de perlu sangat untuk
kawan belajar motor ke kereta. Jadi bila kawan start posting, baru
la tahu pentingnya pandai bawa motor. Keknya sebab kawan ni
penakut, maka kawan belajar kereta je la. Sampai ke sudah tak
reti bermotor.

Kawan dapat lesen tahun 2001. Kawan ingat lagi kereta pertama
yang kawan beli ialah kereta kancil yang berwarna samudra blue.
Kereta tu keluar hari Jumaat (14/2/2001). Hari Isnin (16/2), arwah
ayah kawan follow dari belakang masa kawan drive dari rumah ke
sekolah. Selamat sampai....

Tapi masa balik tu, kawan ingat nak singgah dulu kat rumah guru
yang kawan duduk sebab nak ambil barang. Ye la, dah ada kereta
baik la berulang dari rumah kan? nak jadi ceritanya, kawan telah
melanggar rumah guru yang kawan duduk tu. Terduduk rasanya...
Kawan tak ada apa-apa kecederaan. Enjin kancil pun ok tapi rumah
tu teruk juga la. Rumah tu bawah bukit, kawan rasa kawan tekan
brek, rupanya kawan tekan minyak.

Lepas kejadian tu, kereta tu masuk bengkel. Dah ambil balik pun
kawan tak berani nak drive, adalah dalam sebulan kawan tak sentuh
pun kereta tu. Tapi bila fikir apa pulak sudahnya kan? Kereta ada
tapi asyik tumpang orang. Last2, kawan drive juga la. Kawan sampai
sekolah masa tu masa budak2 takde lagi, dalam pukul 6.45 gitu.
Balik pulak bila semua orang dah tak ada juga sebab takut nak
reverse.

Yang kelakarnya, Guru Besar(masa kawan langgar rumah tu) ada
datang ke sekolah tahun 2007 hari tu. Dia dah pencen la. Datang nak
menjemput ke kenduri kahwin anak dia. Dia tak ingat nama kawan tapi
dia boleh tanya pada cikgu2 lain tu macam ni:

"Cikgu yang langgar rumah dulu tu ada lagi kat sini ke?"

Habis semua orang yang ada kat kantin tu tergelak. Kejadian tu
memang jadi sebutan lah. Sampaikan ada pakcik peneroka yang
kalau jumpa kawan pun still sebut kejadian tu.