Thursday, December 3, 2009

Pengalaman Berkereta

Kawan ni dapat lesen tahun 2001. Nama je anak peneroka tapi
kawan bukan pandai bawa motor. Jadi penumpang pandai le.
Dah dari form 1 sampai form 5 duduk di asrama. Balik sesekali
cuti sekolah je, tak belajar juga.

Masa belajar di maktab perguruan juga tak de perlu sangat untuk
kawan belajar motor ke kereta. Jadi bila kawan start posting, baru
la tahu pentingnya pandai bawa motor. Keknya sebab kawan ni
penakut, maka kawan belajar kereta je la. Sampai ke sudah tak
reti bermotor.

Kawan dapat lesen tahun 2001. Kawan ingat lagi kereta pertama
yang kawan beli ialah kereta kancil yang berwarna samudra blue.
Kereta tu keluar hari Jumaat (14/2/2001). Hari Isnin (16/2), arwah
ayah kawan follow dari belakang masa kawan drive dari rumah ke
sekolah. Selamat sampai....

Tapi masa balik tu, kawan ingat nak singgah dulu kat rumah guru
yang kawan duduk sebab nak ambil barang. Ye la, dah ada kereta
baik la berulang dari rumah kan? nak jadi ceritanya, kawan telah
melanggar rumah guru yang kawan duduk tu. Terduduk rasanya...
Kawan tak ada apa-apa kecederaan. Enjin kancil pun ok tapi rumah
tu teruk juga la. Rumah tu bawah bukit, kawan rasa kawan tekan
brek, rupanya kawan tekan minyak.

Lepas kejadian tu, kereta tu masuk bengkel. Dah ambil balik pun
kawan tak berani nak drive, adalah dalam sebulan kawan tak sentuh
pun kereta tu. Tapi bila fikir apa pulak sudahnya kan? Kereta ada
tapi asyik tumpang orang. Last2, kawan drive juga la. Kawan sampai
sekolah masa tu masa budak2 takde lagi, dalam pukul 6.45 gitu.
Balik pulak bila semua orang dah tak ada juga sebab takut nak
reverse.

Yang kelakarnya, Guru Besar(masa kawan langgar rumah tu) ada
datang ke sekolah tahun 2007 hari tu. Dia dah pencen la. Datang nak
menjemput ke kenduri kahwin anak dia. Dia tak ingat nama kawan tapi
dia boleh tanya pada cikgu2 lain tu macam ni:

"Cikgu yang langgar rumah dulu tu ada lagi kat sini ke?"

Habis semua orang yang ada kat kantin tu tergelak. Kejadian tu
memang jadi sebutan lah. Sampaikan ada pakcik peneroka yang
kalau jumpa kawan pun still sebut kejadian tu.

7 comments:

musang said...

hahaha camne bleh tertukar brek ngan minyak tu kak..

sib baek la langgar rumh klu langgar org dh jdi kes polis

Relevan said...

Heh heh..seronok kan memula pakai kereta dan dapat lesen memandu..

Hanisham Ab Halim said...

Hahhahaha.. akak cite kelakar plak arini... Kesian rumah tu... Indah pengalaman tu...

Saliza said...

Red,
Tu la pasalnya, benda dah nak jadi.
Start kejadian tu, akak drive skrg ni tak pakai kasut/selipar sebab takut tak terasa mana brek mana minyak..

Saliza said...

Encik Relevan,

memang seronok sangat la. dari belajar sampai la dapat lesen semua ok je tapi bila dapat kereta, terus langgar rumah...

Saliza said...

Echam,

Bila cerita balik sekarang, memang la kelakar. tapi masa kena tu...ha Allah je tahu camana rtasanya

Nizam Awang Brahim said...

Buat tringat kat rodong koi je ni.Dia bawok trektar bahan langgor ke tiang beranda.Runtoh sebeloh...