Tuesday, December 14, 2010

Camping 2010

Acara perkhemahan ni sepatutnya dijalankan selama 2 hari 1 malam.
Tapi kebetulan pulak pada tarikh yang dipilih tu, (12-13 November) air
tak ada jadi pihak sekolah membuat keputusan pelajar tak payah la
bermalam. Jadi cuma satu hari (13/11) saja akriviti dijalankan.

Nak jadi kebetulan juga, masa ni aku diserang selsema yang sangat teruk.
Semua kawan-kawan pun perasan yang condition aku tak berapa baik. Tapi
aku tetap datang menolong apa yang patut.

Banyak aktiviti yang dijalankan tapi aku tak ada mood sangat nak ambik
gambar. Ye la kan, kata tak sihat.... Aku kena handle aktiviti yang dinamakan
"masakan bermenu". Cuma kena sediakan bahan dan bagi pada murid untuk
masak ikut kreativiti mereka. Bahan-bahan utama ialah ayam, kubis dan telur.
Aktiviti ni dijalankan selepas rehat.

Masa ni memang boleh nampak la siapa yang rajin tolong mak dia masak.
Ada satu kumpulan tu, budak lelaki yang lagi pandai pegang sudip dari
budak perempuan. Memang cool je tengok dia masak. Ada juga yang memang
tak reti nak buat apa pun. Tak pandai nak cari kerja nak tolong kumpulan, tolong
tengok aje pun. Kena suruh baru la buat kerja.


Ha, ni la budak lelaki yang cool itu....

Aktiviti lain yang dijalankan ialah kawad kaki, masakan rimba, larian komando
dan aktiviti kebudayaan. Larian komando semua suka sebab hari hujan dan boleh
main lumpur. Saja-saja je dorang menjatuhkan diri dalam lumpur. Tapi gambar
nan ado pasal aku dah malas sangat nak snap.

layan gambar aktiviti yang aku handle aje la ye...


Penonton lagi ramai...


Masak telur dadar


Ayam masak berlada


Hasil dari kumpulan 1


Hasil dari kumpulan 2


Dan ini kumpulan 3

Ha, ada bakat juga mereka ni kan? Kira boleh survive la kalau mak
ayah dia tak ada kat rumah ni....

No comments: