Thursday, December 30, 2010

Surprise untuk Along




Ha, kisah ni dah basi sebab berlaku pada hari keluarnya result
UPSR hari tu. Tapi tak pe, tetap nak storykan juga. Sayang la
sebab gambar dah ambil kan?

Kisahnya, pada hari keluar result tu, abang ipar aku cuti. Biasa la,
excited nak tengok result nak sulung dia kan? Jadi, result pun dah
tau, semua happy bila Along dapat 5A. Sekolah Along pun catat sejarah
juga bila 15 orang dapat 5A, sebelum ni tak pernah sebanyak tu.
Dari 15 orang tu, 2 orang saja budak lelaki yang lain semua perempuan.
Rezeki Along.

Lepas balik sekolah tu, abang ipar nak la bawa mak keluar beli barang
kat Temerloh. Tapi Along kata dia nak pegi sekolah agama. Yang kelakar,
angah pulak yang sibuk tak nak sekolah agama, dia nak ikut ke Temerloh.
Mak call aku kat sekolah masa tu bagi tau nak keluar.

Nila diorang balik petang tu, angah terus ketuk bilik aku. Ingatkan nak
apa, rupanya dia nak suruh aku ambil gambar. Dia kata dia nak buat
surprise kat Along. Masa ni along tak balik sekolah agama lagi.
aku pun layan je la.

Meh kita tengok gambar.


Abis tudung ibunya diguna utk tutup mata along


Tengok la betapa seriusnya si angah tu


Ok, hampir ready dah..


Yeay, cake cutting time


Si kenit yang pantang nampak kek, semua birthday dia...

2 comments:

Jejaka Desa said...

Suke sangat cinonet tu tengok kek yek...

Saliza said...

JD,

tunggu je la si Ecah aok ter beso sikit, rasanya jadi gini jugek la....