Saturday, November 21, 2009

Result UPSR


Result UPSR yang ditunggu-tunggu telah diumumkan
pada 19/11/2009 (Khamis) baru-baru ni. Hilang la
segala ketar lutut dan sakit perut cikgu yang menanti
dengan penuh debaran.

Aku bukan apa, kat sekolah aku ni sampai percubaan
UPSR pun, tak ada seorang pun yang dapat 5A. Tapi
bila GB balik dari PPD, aku tengok mood dia macam ok
je. Tak sabar tunggu kat bawah, aku lari naik pejabat
nak dengar sendiri.

Alhamdulillah, ada 5 orang calon dapat 5A, 2 orang
dapat 4A 1B dan 3 orang dapat 3A 2B. Peratus lulus
ialah 65% saja. Turun berbanding tahun lepas. Ada
seorang calon tu dapat 4A 1C. Yang C tu pulak ialah
Matematik. Frust betul aku...

Gambar hanya dapat dirakamkan pd hari Jumaat sebab
masa hari Khamis tu telah berlaku kebanjiran airmata
kegembiraan. Banyak la habuan yang diterima oleh
pelajar-pelajar ni baik dari sekolah, individu, guru dan pihak
pengurusan Felda.


Malu-malu dah budak2 ni nak suruh duduk dekat2


Nor Hidayah bt Ahmad Safari


Nurul Azmira Bt Razali


Siti Nooreliza Ilyana bt Mohd Ghazali


Mohamad Syafiq bin Hassan


Mohamad Aniq Najmi bin Abu Nisa

Tahniah buat semua pelajar UPSR 2009.

Terima Kasih buat semua warga SK LKTP Jengka 20.

4 comments:

Relevan said...

Ok..tq Saliza..kira ok lah pencapaian ni..harap anak2 felda ini kan berjaya dan terus berjaya..

DIARI PKGMEN said...

Tahniah cikgu.Teruskan usaha anda.

Hanisham Ab Halim said...

Tahniah2 kepada yang berjaya dan tahniah jugak kepada Cikgu Saliza atas usaha selama bertahun-tahun....

Nora bt Ishak said...

Hai Saliza....syok jugak baca kisah awok tu, kawan orang pahang juga..Kota Gelanggi 1..