Thursday, November 19, 2009

Konvo


Sebagaimana yg telah diuar-uarkan, aku telah selamat
berkonvo pada 15/11/2009 yang lepas. Bangga la juga
dengan diri sendiri sebab berjaya drive ke KL walaupun
beberapa kali tersesat jalan. Punyalah panjang doa aku
supaya tak berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.
Paling takut, tersondol kereta orang la.

Aku bawa semua family kecikku pergi. 2 kereta la, aku n
abang ipar satu kereta lagi. Menginap di Hotel Dynasty.
Punyalah lambat baru dapat check in. Dari pukul 3.30 kat
kaunter, dekat pukul 5.30 baru dapat masuk bilik. Tu pun
masa masuk ada mat bangla dan mat indon tengah kemas
bilik.

Tak ada apa yang nak distorykan sangat pasal bukan jalan
ke mana-mana pun sebab kebetulan masa aku di KL tu hari
asyik hujan saja. Lepak dalam bilik je banyak. Moh tengok
gambar je lah..


Ni view dari bilik hotel


Dalam Dewan Merdeka


Barisan akademik. Terima ijazah dari Tan Sri Azman Hashim


Dengan mak. Gambar blur pasal guna phone sbb kamera abis bateri


My small family. Adik snap gambar sbb dia mmg tak suka berposing

4 comments:

Cikgu Jang .. said...

koi pun nak ucapkan tahniah kat awok....semoga dengan ijazah yg diterima dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan gaji......

berapa rm rabak pegi ari tu?....hehehe

relevan said...

Tahniah cikgu Saliza..naik gaji..

Saliza said...

Cikgu Jang,
Sama lah kita apply 41 pulak ye?

RM rabak banyak pun tak apa la, bukan sokmo pun:)

Saliza said...

Encik Relevan,
tima kasih...