Sunday, June 19, 2011

Hari Persatuan SKRP

Assalamualaikum.

Kat sekolah baru ni aku telah diberi tanggungjawab sebagai
Pengerusi untuk sebuah kelab yang baru tahun ni ditubuhkan.
Sebelum ni tak wujud pun kelab ni di sini. Murid yang jadi ahli
pun tak ramai iaitu 30 orang je. Kelab tu ialah Kelab Pencegahan
Jenayah.

Dah la kelab baru, kehadiran murid untuk aktiviti pun sangat la
tidak menggalakkan. Memang melemahkan semangat cikgu. Ye
la, yang datang paling ramai pun 10 orang. Sedih betul...

Anyway, bila ada hari Persatuan ni, aku dan AJK guru yang seramai
3 orang tu, talah mengadakan 2 pertandingan. Yang oertama ialah
membuat buku skrap dengan mengumpulkan keratan akhbar
berkaitan jenayah. Dan yang kedua ialah Kuiz.

Pertandingan dijalankan pada hari Sabtu 18 Jun 2011 bermula
dari jam 8 hingga 12 tengahari. Kali ni yang datang ada la 10
orang. So, semuanya akan dapat hadiah la nanti.

Jom, tengok gambar....


Leka mencari berita yang sesuai


Cari berita ke baca apa tu?


Dah jumpa, gunting terus...


Ini kumpulan Al Syukur


Kumpulan Al Amin


Kumpulan Jelly Fish


Antara hasil kerja...

Dan pemenang bagi kedua-dua pertandingan ini ialah kumpulan
Jelly Fish.

Tahniah diucapkan....

No comments: