Friday, August 21, 2009

Pelupa...!

Hari ni hari last sekolah untuk penggal ni. Cuti
seminggu, bukak balik nanti dah bulan 9. Sebab
cuti, maka kertas-kertas periksa yang belum habis
marking, aku kena bawa balik la.

Angkut satu beg masuk keta. Lepas tu angkut
beg lap top pulak. Sekali nampak sorang
cikgu tengah isi air dalam botol. Aku pun berenti la,
nak gak isi dalam botol air aku. Boleh la minum
kot2 haus dalam keta nanti.

Sekali ada ustazah minta aku tolong pulangkan
tupperware kuih kat gerai depan sekolah. sebab
on de way, aku on je la. Lepas antar, aku drive
la balik.

Masa on de way tu, nampak sederet 4 buah lori
balak berenti tepi jalan. Dalam hati kata, mesti
ada polis kat depan tu. Konfem, memang ada lori
yang dah kena tahan.

Drive lagi ke depan. Ada pulak lagi polis kat
simpang masuk rumah kilang 18. Ada 2 kereta
yang kena tahan. Amboi, banyak pulak tempat
dia tunggu..

Sampai kat rumah, nak ambil barang, tengok
seat sebelah kosong. Korang tau apa yang
aku lupa? Hand bag!

hand bag dengan segala barang penting
I/C, lesen, duit, kad2.. tu aku tertinggal kat
sekolah.. Aduh, nasib baik aku x kena tahan
tadi..

Nak pusing balik ke sekolah, takut pulak dah.
Masa tak tau, td selamba la lalu kat polis.
Bila tau tak de satu benda pun, ha dah tak
berani la.

Akak aku cakap call la member sekolah. Masalahnya
semua nombor dlm phone. Phone pulak dlm handbag.
Mujur ingat no phone rumah sorang member, bila
call, dia pun tak balik lagi, anak dia je yang jawab.

Tetiba, phone rumah berbunyi. Rupanya ada member
yang perasan dan dia bawa balik. Yang nak jadi
ceritanya, bukan aku sorang yang tinggal handbag.
Ada lagi sorang yang tertinggal. Dia lagi la awal balik,
lepas bunyi loceng dah cabut balik.

Hahaha, punyalah excited nak cuti, sampaikan boleh lupa
tak bawa hand bag. Ok la, nak pegi rumah member pulak,
nak amik handbag..


7 comments:

relevan said...

Selamat bercuti..selamat berposa dan hari Merdeka..selamat juga balik kg ok Saliza..

NuR said...

hikhik
kak liza..kelakarnya
tapi tu la kan.
kita yg lebih excited dr bdk2 ni
sama la mcm nur, bawa balik kertas ke rumah
nak ditanda masa cuti ni...

so selamat menanda kak...
dan selamat berpuasa

Saliza said...

Encik Relevan,
Selamat Berpuasa juga kepada encik sekeluarga.
kampung saya dekat saja dengan Jengka 18. Di batu sawar saja, kalau nak, balik hari saja...

Saliza said...

Nak buat camana Nur, terlupa sangat pasal h/beg tu...

Tapi akak ajar tahun 6, so tak ada istilah cuti dalam kamus akak ni. Tetap kena pegi sekolah juga..

Sama la juga untuk Nur,
selamat menanda and selamat berpuasa..

Eyna's said...

hehehhehe,,,,
lawak btul la akk ni...
alah kak...kalau kena tahan pun
kenyit2 lah mata kat abg polis tu...
kalau dia tak caya...ajk dia g skali amik h.bag kat skolah tu...
sure lpas punya....ngeh3...


Sy dah beres ngadap ketas peksa...tapi buku tulis bebudak plak menimbun tunggu giliran utk ditanda....huhuhuh

Saliza said...

Eyna,
Tu la pasal, x penah lagi lupa psl h/bag tapi ari ni pulak boleh lupa..

mak akak cakap camtu gak, ajak la polis tu pegi amik kat sekolah...

syahbandar87 said...

jngn maen2 kak..skarng klu terlupa bawak ic klu kne tahan mmg kne amik tindakan undng2 tau.hehe..bahaya tul kan
:)