Hari ni ada PTK bagi guru-guru yang memegang gred DGA29
dan esok bagi DGA32. Bagi DGA41 pulak hari Khamis.
Aku ingin mengucapkan "good luck" kepada semua guru yang
menghadapi PTK ini. Ni, nak story sikit kisah aku dan PTK ni.
Aku terlibat dengan PTK ni dari awal ianya diperkenalkan.
Tahun 2003/2004 aku tak ingat la.
First time ambil, aku kantoi kertas Umum tapi lulus Khusus.
Masa tu ia tak de tulis pangkat I,II,III da IV tapi lulus/kandas.
Bapak la tak sedap dengar "kandas" Kan? First year tu, cuma 0.1%
je cikgu yang lulus kalau tak silap aku. So dia buat semakan semula
dan grednya ada yang "Lulus Bersyarat" pulak..
Ni kisah aku masa terima result PTK bulan Ogos tahun lepas.
Masa tu dah dekat nak cuti sekolah dan sekolah aku adakan
jamuan akhir tahun. Member-member lain sibuk nak tengok slip
result yang guru data baru ambil kat PPD. Aku tak kisah sangat
sebab aku dah check melalui sms dan result Umum aku still
sama lagi, III jugak.
Masa makan, cikgu depan aku tu borak2 la pasal result. Lepas
tu keluar ayat ni:
" Tak ramai yang dapat IV kat sekolah kita. Saliza..."
Aku serta merta terhenti menyuap dan pandang dia. Aku rasa
masa tu mata aku bulat terbeliak pandang dia. Dia pun pandang
aku macam terkejut.
"Ye kan? Ke Kak Sal salah tapi rasanya betul. Kak Sal tengok
kat atas tadi."
"Jangan gurau la. Saya check guna sms kata dapat III je"
"Sungguh..., tak caya tanya Miza (guru data)"
Aku pun segeralah siasat dengan cikgu data ni. Konfem,
aku lulus. Yang aku check kat sms pagi tu, result untuk
Mac lagi. Masa tu belum update lagi result di website PTK.
Tapi rezeki lulus tu tak melayakkan aku untuk kenaikan
gaji pasal masa tu juga aku baru dapat kenaikan gred
yang dibackdated ke 1 April 2008. So, aku dikira tak layak ambil
exam DGA29 pada Ogos sebab masa tu aku dah gred DGA32.
Pada hal, result kenaikan tu bulan Oktober baru keluar..
Nak buat camana, bukan rezeki di situ, kan?
So, masa tu ada secara bergurau membuat teori bahawa
KPM sengaja beri lulus PTK untuk kes-kes macam ni supaya
tak banyak orang dapat kenaikan gaji..
Boleh pakai ke teori ni? Hmmm...
8 comments:
huhu..ada spekulasi mcm tu ke kak?
hukhuk teringin nak amik exam tu
waaaa....isk isk isk.
Nur,
Biasa la speku2 pasal PTK ni macam-macam ada..
Tak apa, bila dah sah jawatan, boleh la ambil PTK tu.
Nur mesti rajin study kan?
wawa..isk..iskk..
akak
sedih lak dgr sah jawatan tuh..
hukhuk...
Tapi kak liza...sy mcm bersetuju je dgn teori tu, w/pun tiada bukti yg kukuh... sbb majoriti memember skolah lama dan skolah baru yg dpt IV...smua tak bleh diguna pakai...sbb dah dpt DG32 tu... nampak sgt tak nak bagi kenaikan....
Sy pun sesekali ada tselit rasa rindu nak amik PTK...dah hampir 3 tahun tak amik... tapi bila kena amik...malas plak tu nak study... masaelah2....
Nur,
Nape, ada citer sedih pasal konfem ke? Err.. sorry ye, akak x tau.
Jangan le sedih2..
Eyna,
Ada juga kes macam akak ye?
nak buat camana. Anggap je la tak de rezeki..
Huish, ko memang terror la. Amik PTK sokmo lepas..
hmm..sembang2 antara cikgu rpenye..no komen la..sbb sy x kje lg.x tau semuanya ni.huhu..dh bce kn so sj2 la nk menyibuk kt komen ni.hehe
Syah,
Tak apa, jadikan panduan bila dah kerja nanti..
Post a Comment