Monday, August 24, 2009

Lawak Bulan Puasa


Kejadian ini berlaku lama dah. Dekat 17 tahun kot..
Abang ini, asalnya orang Melaka. Dia kahwin dengan
akak yang asalnya di kampung aku dan menetap
di situ. Kejadian ni masa dia baru duduk kat kampung aku.

Pada suatu petang di bulan puasa dia dalam perjalanan
nak ke pasar ramadhan. Tak jauh dari rumah tu dia
jumpa la sekumpulan pakcik sedang berborak. Dia
berhenti la, bila ditahan.

Pakcik : Nak ke mana?

Abang : Pasar ramadhan

Pakcik : Aku nak kirim boleh?

Abang : Boleh

Pakcik : Kejap aku blik ambik duit. Aku nak kirim
lompat tikam.

Lepas berapa minit, Pakcik tu datang balik dan hulur RM2.

Abang : Nak tikam nombor berapa?

Pakcik : Lompat tikam dua ringgit..

Abang : Ye la dua ringgit tapi nak tikam nombor berapa?

Pakcik : Eh, apa ke jadah aku nak tikam nombor pulak?
Lompat tikam tu kuih, kamu tau?

Abang : La, ye ke? Ingat pakcik nak tikam nombor.

Dia bagi tau kat Ayah De aku, dia siap kutuk2 lagi pakcik tu
dalam hati. Tak padan dengan tua nak main tikam nombor lagi.
Dia tak pernah tahu ada kuih nama lompat tikam...

8 comments:

Eyna's said...

Heheh..ada gak silap faham sampai tahap mcm ni ek...

MuMMy 2 Haqq said...

hahahha..lompat tikam feveret sy tu!

tangan hitam said...

hahahaha...kuih2 ptai timur cam tu la nama pelik2....

Saliza said...

Eyna,
Tu la pasal..Akak tiap kali tengok lompat tikam mesti ingat citer ni..

Saliza said...

Arni,
sedapkan..?

Saliza said...

TH,
nama pelik2 tak apa, janji sedap..

relevan said...

Dah lah lompat..kena tikam pulak tu..manis weh kueh ni..

Saliza said...

Encik relevan,
sampai sekarang saya pun pelik apasal namanya lompat tikam...