Wednesday, August 12, 2009

Perasmian Bulan Kemerdekaan

Hari ni sekolah aku buat perasmian bulan kemerdekaan.
Pada mulanya, aku ingatkan tak jadi la sebab hujan..
Ye, hari ni pagi-pagi lagi dah hujan. Tp masa tu, aku dah sampai
ke sekolah dah.


Gini la keadaan pagi tadi. Masa ni tak la lebat sangat lagi
tapi memang dah basah la dataran kejat ni. Bila GPK KO
sampai semua tanya apa plan B, sebab rasa kesian la kat
budak2 ni yang dah beria-ia bawa basikal yang berhias dengan
bendera. Janji dengan budak2 tu nak konvoi pusing2 jengka.

Last2, perasmian dibuat dalam dewan. Yang jadi sgt teruja
upacara dibuat di dewan ialah bdk2 thn 6 sebab pada asalnya
mereka tak terlibat krn ada program utk UPSR di dewan. Jadi
bila upacara dibuat di dewan, mereka boleh terlibat sekali..


Bersemangat sungguh mereka mengibarkan bendera.


Persembahan dari murid tahun 5 - nyanyian lagu patriotik

Upacara di dewan dr pukul 9 sampai la rehat. Lepas rehat hujan
reda, jadi acara konvoi berbasikal dan berjalan kaki bg yang
tiada basikal pun dijalankan la juga.

Kali ni aku tak join berjalan sebab sibuk memfotostat bahan
di pejabat. Ingatkan bdk2 aku yg thn 6 tu tak ikut tp rupa2nya
semua pakat pegi. Aku sempat snap gambar bdk2 yang dah balik
dr berkonvoi ni dari tingakat atas. Layan..


See, besar gedabak bendera bdk2 ni pasang


Masing2 teruja bercerita dan menunggu yang masih belum
sampai..

Hujan renyai2 turun semasa bdk2 ni berkonvoi tapi masing2 dah
tak pedulikan hujan pun. Yg geng2 kena berjalan pulak, bknnya
berjalan tapi pakat berlari. Berlumba siapa yang sampai dulu..

4 comments:

Eyna's said...

Oh...dah buat pelancaran bulan kemerdekaan ek...
skolah sy kalau jd jumaat ni tak silapnya....

Saliza said...

Memula tu cadang ari Jumaat gak tp sbb dah 2 kali buat program ari jumaat(pembukaan/penutup bulan kecergasan), tkr le ari rabu pulak

Alin's said...

Wah..kak Saliza meriahnye sambutan kat sek. akak, siap pusing2 Jengka lg...Sekolah kome gitu jelh acaranye setiap tahun nyanyi + sajak..Wat yg lain sikit sekali-sekala best juge ye..

Saliza said...

Alin,
Sesekali buat yg lain ckit apa salahnya...
tp awak sekolah bandar, ssh la nak konvoi berbasikal. kena tutup jalan la pulak nnt.