Monday, August 31, 2009

Pening Kepala...

Pening kepala bila tengok tulisan budak-budak
Tahun 1. Dah nak masuk hujung tahun, ada yang
nak tulis nama pun tak tahu.

Tapi itulah yang hebatnya jadi guru Tahun 1 yang
guru Tahun2 lain susah nak challenge. Bukan apa,
kot macam mana comotnya tulisan budak-budak
tu pun, guru Tahun 1 pasti dapat teka siapakah
yang empunya tulisan itu.

Moh kita layan penyebab pening kepala aku.

Ada ke dia tulis namanya FAQ
Nama betul guna pen merah tu ye.
Ok, next..


Blur sikit kan? Dia tulis NORALIASYA tapi masih
tak lengkap sebenarnya. NOR ALIA SYAFIQAH
yang sebetulnya. Tu la, mak ayah bagi nama
panjang sangat..


Ini yang paling memeningkan. ARIFUL SANMIN.
Bila la budak ni pandai nak tulis nama sendiri.
Pada hal tu, dah ajar suruh tulis AMIN je, nak
juga tulis panjang2..


Yang ni cuma masalah ejaan je. Adriana yang
dieja jadi ADERIYANA.

Ok, last but not least..

Ha, yang ni siap dengan nama atuk dia tulis.
Syairah binti Sairuddin binti Idrus. Tu dia, binti
pulak...

Tapi aku enjoy mengajar budak-budak Tahun 1 ni.
Kalau nak marah pun selalu tak jadi bila tengok wajah2
yang masih mulus suci tu..

10 comments:

relevan said...

Sabar jer lah cikgu..

Saliza said...

Encik Relevan,
Ye, take it easy kate orang putih tu kan?

eyna said...

Sy mmg respek pd org yg bleh senang ati ngajar bebudak year 1...sbb sy memang tak mampu nak melakukannya... masuk relief sekejap je pun dah rasa seksa sgt...huhuhu

Saliza said...

Eyna,
Akak dah 2 tahun memang minta nak ajar year 1. Mmg seronok dapat ajar bdk2 kecik ni walaupun penat nak menjawab soalan yang sama berkali-kali..

Jess said...

Apa kata jika dia orang tulis tulisan cina ?lagi challenge

syahbandar87 said...

haha..dh nama pun bdk2..dlu sy pun sme jgk kak..cbe byngkn nama sy je 17huruf..klu campur skali nga nama ayah jd 35huruf semuanya..hehe..bnyk tul..dan slalu huruf yg slalu silap adlh s..jd terbalik..x tau la nape.hehE

ooye betul tu kak..sy setuju..bdk2 ni suci lg hati diorng..klu nk mrh pun hnya la untuk mendidik..x leh smpi bawak ke dlm hati dan ikutkn perasaan sngt.nanti kte plak jd cam bdk2.hehe..

kelambuharimau said...

sabo bebanyak cikgu..bulan pose ni memang gitu..aduih..kalu bab budak budak ni memang tak habis..pening kepala kawan dibuatnya

Saliza said...

Jess,
kalau tulisan Cina, cikgu pun tak pandai baca tu...

Saliza said...

Syah,
O, kiranya Syah ni tergolong dalam budak2 yg nama panjang la ye..
Mesti ada borang2 yang tak muat nak isi nama kan?

Kalau cikgu ni marah pada budak, itu tandanya masih lagi ingin mendidik.
Tapi kalau dah buat tak tahu jer, ha..something wrong somewhere

Saliza said...

Kelambuharimau,
Pening, pening juga dengan budak2 ni tapi bila tengok muka sorang2 tu, mesti nak ketawa juga..