Sunday, August 23, 2009

Luahan Rasa

Cuti pertengahan semester kedua telah bermula
semalam, Sabtu (22/8/2009). Memang best la bagi
guru-guru yang berkhidmat jauh dari tempat asal.
Kena pulak dengan hari pertama ramadhan. Tentu
cuti ini lebih bermakna.

Bagi orang yang dekat, macam aku ni, tak ada la
teruja mana. Sebab kampung aku pun dekat je dengan
tempat aku tinggal. Setengah jam perjalanan dah
sampai. Tapi aki dan wan semua dah tak ada. Yang
ada sedara mara saja.

Berbalik kepada kisah cuti ni, aku rasa ramai juga guru
yang terpaksa mengorbankan cuti masing2. Nak2 lagi
yang mengajar kelas2 peperiksaan. Kalau di sekolah rendah,
yang mengajar tahun 6 la, nak UPSR tak berapa lama
lagi.

GPK 1 aku ada merungut juga masa hari Jumaat baru ni.
Bukan merungut pasal guru tetapi pasal murid2 thn 6 ni la.
Cikgu2 yang jauh dah sanggup berkorban balik kampung
lambat sikit sebab ada kelas tambahan tapi bila dibuat
survey, ada murid yang selamba beri tahu dia tak dapat
datang kelas tu. Alasannya mudah saja, nak balik kampung.
Ada juga bagi alasan nak balik jumpa parents sbb kat sini
tinggal dengan atuk.

GPK cakap, cikgu dah sanggup berkorban masa cuti tapi
bila budak2 ramai tak datang kan ke melemahkan semangat
je. Nak-nak lagi dah dekat nak periksa, mesti la ada banyak
tips baru nak diberikan.

Dari satu segi, bagus la ramai tak datang sebab boleh beri
tumpuan lebih. Tapi bagi yang tak datang tentu banyak
ilmu yang tertinggal. Budak2 ni bukan macam pelajar U
yang pandai cari bahan sendiri. Kalau ponteng kuliah pun
tetap maintain. Semua kita yang cari dan sumbat.

Apa-apa pun, itulah dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi.
Jadual dah diedarkan, kalau sepuluh orang tak datang pun, kelas
tetap akan berjalan kerana itulah komitmen kami para guru.



7 comments:

Eyna's said...

Slamat berjuang bg saat2 terakhir....

Relevan said...

Guru banyak berkorban..sesekali kena juga bercuti..selamat bercuti yer cikgu saliza..nanti kim slm anak murid..

MuMMy 2 Haqq said...

sabo je la ye jadi cikgu ni..tu psl sy tak layak jadi cikgu..

Saliza said...

Eyna,
Thanks. Ko dah banyak tahun relax kan?

Saliza said...

Encik Relevan,
Betul, mmg setuju dengan anda tapi kadang2 para pentadbir yang tak faham. Semuanya kena ikut arahan dia, dan kami ni "saya yang menurut perintah" saja..

Saliza said...

Arni,
Cikgu juga kepada anak2 sendiri...

Eyna's said...

A'ah kak...sy dah banyak tahun relax...
Suka sgt...hehehhe