Monday, August 17, 2009

Apa Nak Buat..?

Hari ni aku ada kelas dengan murid kumpulan A.
Ye, murid kelas aku yang 19 orang tu sekarang
dibahagi kepada 2 pulak. Group A, 11 orang dan
Group B ada 8 orang.

Macam biasa, sebab aku ada bagi kerja pada hari
Sabtu hari tu, hari ni aku nak bincangkan jawapannya.
Dari 11 orang tu, ada sorang yang tak datang hari
Sabtu. Soal siasat pun berlaku..

Aku : Angah, pasal apa tak datang hari Sabtu?

Angah : Along kata saya tak ada kelas.
(Along ni abang angkat dia. Mak ayah dia ambil Along
ni jd anak angkat sebab lama kahwin tapi tak dapat anak.
Nak jadi rezeki, bila ambil along, mak dia pregnantkan angah.
So, sebayalah budak berdua ni. Cuma kelas lain2)

Aku : Awak percaya cakap along buat apa? Kan teacher cakap ada..

Najmi : Along guna nama saya teacher. Dia cakap saya yang cakap
teacher batalkan..

Angah : Ya, teacher, saya ingat ya la..

Adoi, geram betul aku dengan si Along ni. Dia memang nakal. Tapi tak
sangka la pulak dia pandai menipu macam tu.



6 comments:

Eyna's said...

Bebudak skarang ni lain...
kekadang tu helah dia smpai kita x terjangka...
kecik2 dah pandai kelentong....

Webmaster@Echam said...

Aoiiii lahhhh... Pandailah plak diorang kelentong teacher diorang....

MuMMy 2 Haqq said...

heheheh..along..along...sudah pandai yeeee...

Saliza said...

Betul tu Na..
Besar esok tak tau mcm mana pulak.
Harapnya berubah la..

Saliza said...

Echam,
Nak marah kat angah pun x boleh sbb dia tu lurus sikit.

Saliza said...

Arni,
Bila bab menipu, panjang pulak akalnya...