Thursday, August 6, 2009

Ada Apa Dengan Nama...?

Masa Hari Guru thn lps, kat Daerah aku ada anjurkan
seminar mengingat nama pelajar. Aku x terpilih utk hadir.
Jd aku x tau la ada ke apa2 formula /cara yg diberi utk
ingat nama bdk2 ni.

Kalau sekolah besar, yg ramai pelajar mungkin berlakunya
kesukaran utk mengingat nama pelajar, terutama bg kelas2
yg kita x pernah msk. Tp, kalau sekolah kecik, aku rasa x jd
masalah sgt.

Tp yg aku nak ceritanya ialah pasal memberi nama anak.
Macam ada trend dlm pemberian nama ni la. Sbb kdg2 dlm
satu kelas tu, ada lebih dr seorang yg mempunyai nama
serupa.Contohnya dlm thn 1 saja ada 2 Danish, 3 Danial
dan 3 Syafikah.Agaknya thn 2002 dulu itulah nama yg
femes utk anak.

Lg satu trend yg dpt dikesan ialah meletakkan nama yg
panjang. Panjang ni maksudnya lebih dr 2 perkataan..
Yg kesiannya ialah guru kelas bila nak menuliskan dlm
register setiap bln. Selalu x cukup ruang. Rasanya ruang
tu dah besar, tp x muat nak ditulis dgn nama ayah sekali.

Agaknya, semua ahli keluarga nak meletakkan nama baby.
Takut kecil hati, ambillah sorang sikit. Tp yg sshnya bila
nak byr yuran, ayah x ingat nama anak. Kes mcm ni aku
pernah kena. Ayah dia dtg ckp nak byr yuran utk si Akmaliah,
puas la aku cr dlm senarai tu, lgsg x de nama Akmaliah.
Bila ckp gitu, br teringat, Akmaliah tu kakak n sebenarnya
nak byr yuran adiknya, Afiqah.

Macam2 kan? Tp itu dulu la, masa aku mula2 kerja.
Skrg dah 12 thn, jd aku boleh kenal la dgn pakcik/makcik/
abg/kakak/adik disitu kalau dia ada anak yg sekolah la..
Jd kalau dia x sebut pun aku tau dah sapa naknya.

Ada satu thn tu, dtg nak byr yuran kat darjah 3 tp
anaknya dah darjah 4. Aku x tau la mcm mana dia boleh
x ingat anak dia dah darjah 4, kelakar sgt..

Ada satu lg kes, nama panggilan lain dr nama sebenar..
Tp ni bkn di sekolah aku la, pakcik yg dekat dgn rmh aku
punya kes. Pegi sekolah n jumpa cikgu nak byr yuran utk
Syafiq. Puas cikgu tu cr, x de nama tu. Last2 dia blk
rmh tanya isteri dia. Rupanya nama anak dia Syaifudin.
Aku pun br tau nama bdk tu, selama ni mmg ingat nama
dia syafiq la gak..

Apa2 pun, harapan aku agar semua nama2 yg diberi tu
mempunyai maksud yg baik.




3 comments:

Eyna's said...

Tahun ni sy memang ada masalah nak ingat nama bebudak...

Mau tak... udahle first time ajar diorang...satu kelas dekat 40 orang... sy plak tahun ni tak pegang kelas...

Tu yang main panggil "yang" je dalam kelas...heheh..

tapi yg nakal2 tu...alhamdulillah...nasib ingat nama depa... senang nak tegur kalau depa buat hal...

relevan said...

Susah dah nak cari nama mcm zainab ,zaitun Hasnah ,Omar,Osman..nama anak2 abad ni kdg nk nyebut nye pun tekelochek lidah..

ummu Masyitah said...

bagusnya Liza ada cita2 nak ingat nama student.