Friday, August 14, 2009

H1N1

Semalam di sekolah aku ada nurse dari jabatan Kesihatan Maran
datang memberikan ceramah berkaitan dengan H1N1. Ye la, wabak
ni dah meragut banyak nyawa. Sesuatu harus dilakukan untuk
menghebahkannya.

Aku takut betul bila baca akhbar dan jumlah kematian semakin
meningkat dari hari ke hari. Langsung tak ada nak menunjukkan
semakin berkurangan.

Kesan yang ketara hari ni ialah dah ramai murid yang datang
ke sekolah pakai mask. kalau sebelum ni, ada yang bawa tapi malu
nak pakai. Macam2 komplen dia orang, panas la, x best la, x boleh
nak bernafas la..Tp bila dah dengar nasihat dr misi2 tu, ada la
perubahan...

Kita kena ambil langkah berjaga2 la. Jangan ambil remeh sebab
virus ni bahaya. Mula2 dulu, sapa yg pegi luar negara je kena
tp sekarang...Ada banyak info di internet pasal virus ni jd
kita kena sebar2kan la pada sesiapa yang tak tahu tu.

5 comments:

Eyna's said...

Semoga kita semua dilindungi Allah dr penyakit yang berbahaya ni....

AMIN.

relevan said...

Kome pulak kompeni suh pakai mask..wajib..ada yg mcm Zorro..ada yg mcm doktor bedah dan ada pula yg mcm pelombong arang batu di zaman presiden Amerika yang keempat..

MuMMy 2 Haqq said...

mmg betol menakutkan..patut H1N1 tu di upgrade kan jadi H1N2 sbb dah makin ganas!

NuR said...

memang bahaya
mencegah lebih baik dari mengubati
apatah nanti kita bakal tahu kawasan panas h1n1
take care kak..

=)

Saliza said...

Eyna,
begitulah hendaknya

Encik relevan,
Biar apapun rupa, janji kita ikut langkah pencegahan

Arni,
Mmg patut diuar2kan dgn lebih meluas.

Nur,
Akak setuju ttg kawasan panas tu..
U also take care,