Alhamdulillah, selamat dah sehari berpuasa.
Sebenarnya aku n famili ni risaukan anak
sedara yang kedua, angah. Dia baru darjah satu.
Tapi masa tadika tahun lepas, sehari pun tak dapat
puasa. Bila kita pujuk-pujuk, ada saja alasannya.
Dia tak macam Along, abangnya. Along sangat
mudah diasuh. Masa dia tadika, banyak hari juga dia
puasa. Masa darjah satu, sehari je tinggal, first day
puasa sebab bila balik sekolah, lepas sorang, sorang
lagi tanya larat ke tak nak puasa. Mula2 ayah dia tanya,
lepas tu ibu dia pulak, lepas tu tok, masuk kali keempat
atok pulak tanya , terus tak larat..
Anak sedara yang sulung, Along.
Bila kenangkan balik, adik aku pun senang je nak puasa.
Start darjah 2 dah penuh puasanya. Sampai la sekarang.
Walaupun ada sesetengah lelaki yang ambil mudah puasa
ni tapi alhamdulillah adik aku tak la. Tu yang risau, kot-kot
angah ni akan mula buat perangai.
Korang bayangkan, tahun lepas aku offer dia RM50 kalau
dia dapat puasa walaupun sehari tapi dia jawab "tak dapat
duit pun tak apa la." Tahun ni, memang dari awal cuba pujuk
dia agar puasa.
Dan Alhamdulillah, dapat juga dia menghabiskan puasanya
hari ini. Walaupun pagi tadi dia buat hal juga. Nak lekakan
dia, bagi dia tengok kartun , main computer games..Dan
dia pun tak banyak karenah walaupun akak aku layan
dia sampai ke pasar ramadhan tadi. Bila tanya nak kuih
apa, dia jawab: "tak payah la ibu, tok kan dah buat kuih
kat rumah."
Ini la budak yang pertama kali berpuasa..
Semoga berterusan la hendaknya...
4 comments:
Hehehhe...
Bjaya gak akhirnya angah berpuasa ye...
Kena bg duit raya lebih ni kan angah....heheh
Eyna,
Itupun semalam, ibu dia janji singgit. Masuk ke petang sikit bila dia buat muka muncung, tok pula tambah lagi singgit..
Insya Allah, kalau dah mula puasa, lepas ni tak ada masalah kan?
Mula-mula nak puasa tu terpaksalah umpan apa sahaja....
Selamat beramal di bulan Ramadhan yang ulia ini.
Kak Long,
Betul juga tu.
Hari kedua semalam, dia dah tak minta duit pun...
Post a Comment