Tuesday, August 11, 2009

Bila kan ketemu lagi..?



These are my best friends masa kat maktab. Gambar ni
dirakamkam masa aku n the gang pegi tgk Mas(pakai bib WD tu)
main bola jaring. Kira nak bagi moral support la pd dia.
Yg takde dlm gambar ni ialah Hilal.

Dr kiri pakai tudung biru bercermin mata ialah Nora. Sekarang
mengajar di Kota Tinggi. lama betul tak dengar berita dari
Nora ni.

Yg depan tu Mas. Mas ni room mate Nora. Sebelah bilik aku je..
Sekarang mengajar di Perak sbb suaminya orang Perak,
geng satu maktab juga. Anaknya dah empat sekarang.

Yg nampak cermin mata tu, aku le.
Sebelah aku tu Kak Ziela, room mate ku. Sekarang kak Ziela
mengajar di Selangor(?). Kak Ziela sambung belajar awal dr
aku, so dia ajar sekolah menengah sekarang. Anak Kak Ziela ada
3 dah..

Sebelah Kak Ziela, pakai tudung putih tu Kak Ita. Mengajar di Perak
sbb mmg asal orang Perak. Hubbynya orang perlis, cikgu juga. Rumah
Kak Ita lah yg kami pegi masa tak balik kampung masa hari raya haji.
Anak kak Ita ada 3 jugak, kalau tak salahnya la.

Yg action pegang bola tu As. Anak Terengganu berkhidmat di sana
juga sekarang. Dulu As posting di Kuantan tp bila dah kahwin balik
negeri la. Anak sorang, sambung OUM macam aku tp dia ada satu
semester lagi.

Dgn As la aku selalu berjalan masa cuti2 sekolah dulu. Masa dia belum
kahwin la.. Pergi tgk Sukan Komanwel 98 (tidur rumah Kak Ziela),
pergi Pulau Pangkor, yg ni dgn Kak Ita dan Mas sekali. Balik ikut KL
sbb singgah rumah Kak Ziela juga. Ada satu tahun tu, kitorg jalan
dr rumah As di Kemaman, pastu pegi rumah aku di Jengka dan last
pegi rumah Kak Ziela kat Sepang.

Last kami jumpa masa As kahwin tahun 2002. Bila la nak jumpa
lagi ya? Rindu la dgn korang..

P/S: Aku tak ingat la nama siapa yg posing kat belakang tu..
Dia sibuk enterframe masa kita nak posing, kan?


2 comments:

Eyna's said...

Dalam ramai2 member akk tu...sy rasa mcm familiar dgn muka Mas tu...

Maybe sbb dia main bola jaring kot...waktu kat maktab dulu sy mmg slalu join geng bola jaring pun...

relevan said...

Jumpa je raya nanti saliza oi..