Thursday, August 27, 2009

Ubat

Dah dua tiga hari rasa tak sedap badan. Tekak pun
rasa ketat je. Dah sah, kena demam dan selesema.
Ni berjangkit dari akak aku la ni. So, bila dah makan
ubat, boleh tahan lah rasanya.

Petang tadi, dah boleh drive ke Temerloh bawa mak.
Mak nak beli jaring untuk buat pagar pada keliling anak
cili yang dia baru tanam.

Ubat batuk yang aku makan adalah dalam bentuk biji.
Tekak aku tak boleh terima apa juga ubat dalam bentuk
cecair. Tak kiralah manis ke pahit ke, aku tetap tak nak.
Kalau dalam bentuk biji, tak kiralah banyak mana yang
kena makan, aku on je..



Ubat ni aku beli hari Selasa ari tu. Tak boleh nak ikut rutin
dia la sebab aku cuma makan lepas berbuka dan masa
sahur aje. Tapi yang ni tak membuatkan aku mengantuk.
Ada satu jenis lagi yang cepat je nak tutup mata.

Singgah di pasar ramadhan la tadi. Puas aku dan mak
tawaf satu pasar, tak tahu nak beli apa. Last-last mak
beli gulai patin dan kuih akok. Aku pulak beli sambal paru
dan bergedil. Terjumpa pulak dengan sorang sepupu yang
kebetulan meniaga air tebu, dia bagi sebungkus air tebu free.
Nak bayar dia tak nak. Murah rezeki ko, dik..


Ni masa mula-mula sampai. Tak ramai lagi orang. Masa nak
balik tadi dah penuh umat manusia..

13 comments:

AzMas said...

Makanan kat Pasar Ramadhan Temerloh pon boleh tahan harga dia ek..

Eyna's said...

ni pasar ramadhan mana kak?

DaliaLiyana said...

jaga diri elok kak..jgn biase kan diri ngn ubat..nnt ade long term effect...akak try ke blog saya yang ade ttg kolostrum k..
saya ada 3 blog..satu utk kesihatan...satu utk penjimatan dan satu lagi utk citer ttg saya dan keluarga..heheheh...
salam ramdahn

relevan said...

Ni mesti banyak minum ais time berbuka ni..

Webmaster@Echam said...

Salam rodong,
Jaga wehh kesihatan time bulan pose ni. kekurangan air dalam badan boleh wat kita demam....

Saliza said...

AzMas,
Mmg boleh tahan reganya, tapi kuantitinya secoet jer...

Saliza said...

Eyna,
pasar ramadhan Temerloh

Saliza said...

Dalia,
Thanks 4 ur concern. Nanti akak gi jenguk ye?
Akak makan ubat ni bila perlu jer...

Saliza said...

Encik Relevan,
Mana ada ais, teh o panas jer...

Saliza said...

Echam,
Insyaallah...

tangan hitam said...

ingatkan sy sorang je demam & batuk2 rupenya ade jugak yg senasib

Saliza said...

TH,
Senasib gak ye..Ok la tuh, ade geng

pakcikli00 said...

Asalamualaikum

salam kenal
nak melawat laman blog cikgu yang baik hati tu kata kak Long

Terima kaseh salam hormat.