Wednesday, August 19, 2009

Kursus Lagi...

Semalam, Selasa(18/8/09), masa tu aku kat dewan.
Pelajar tahun 6 tengah menjawab kertas 1 BM. Tetiba
GB masuk n cakap
"Saliza, awak ada kursus ladap kat SMK Bandar Pusat"

Aku pun angguk je la. Ingatkan kursus biasa je tapi
bila baca surat mak oi, ada banyak benda kena settlekan
sebelum pegi.

Geram gak la, nak banyak benda tapi surat ad hoc je.
Suruh installkan program SPSS la, borang2 yg diemelkan
pun banyak. Sempat ke nak settlekan semua sebelum balik?
SPSS tu aku ada dah tp version 10, dia nak version 11.
Call Eyna, dia kata pegi je dulu, mesti JU ada bawa tu..

Tetiba dapat call dari member sekolah lain. Dia lagi tak tau
nak kena buat apa sbb x de sapa yg buka emel.
Bincang-bincang sikit, amik keputusan utk pegi je la. Tapi
semua borang yg diattachkan tu aku print je dulu.

Hari ni bila pegi, konfem la mcm yang Eyna cakap. Mmg JU
yang bagi program tu. Tapi punyalah lama menunggu nak
install. Dari pagi sampai lepas rehat tu tak siap2 lagi.
Kesimpulannya hari ni aku kena kursus cuma untuk
menginstallkan program SPSS tu aje..


Pegawai PPD bagi taklimat penutup.




6 comments:

Eyna's said...

Heheheh...
jd kursus install SPSS je plak ek...
Sabo jelah...

Lpas ni mesti dia panggil lg...
tapi kursus tak jd gak...
dia kena ngajo guna SPSS tu dulu...
ialah...bukan smua orang reti guna,
kita dulu pun...nasib baik akk pandai menggodam...

Saliza said...

Na,
Ada la dia ajar camna nak guna.
Sebab dia dah settingkan semua, x payah nak godek2 dah. Bila install je, tapak yg dia bg terus boleh guna..

pecinta_Islam said...

cikgu dan kursus..tidak dpt dipisahkan.hehe..ingt plak time skolah2 dlu,bile cikgu g kursus murid2 semua hepi je..tmbh2 klu x de cikgu ganti..lg la.hehe

MuMMy 2 Haqq said...

kusus dekat2 xpe..jauh2 boring...

Saliza said...

Syah,
mmg budak2 la paling suka bila cikgu tak ada tapi, cikgu dia pun dah pandai. Tinggalkan kerja menimbun, dengan pesanan, "kalau x siap..., kamu yang siap nanti."
Maka secara, otomatiknya, yg baru nak menjerit suka dah mencuka balik...hahaha

Saliza said...

Arni,
Saya tak kisah dekat ke jauh ke tapi yang tak larat tu pasal kerja yang nak dibuat selepas balik tu, mesti menimbun.
Macam la kita tak ada kerja lain nak buat...