Monday, August 31, 2009

Pening Kepala...

Pening kepala bila tengok tulisan budak-budak
Tahun 1. Dah nak masuk hujung tahun, ada yang
nak tulis nama pun tak tahu.

Tapi itulah yang hebatnya jadi guru Tahun 1 yang
guru Tahun2 lain susah nak challenge. Bukan apa,
kot macam mana comotnya tulisan budak-budak
tu pun, guru Tahun 1 pasti dapat teka siapakah
yang empunya tulisan itu.

Moh kita layan penyebab pening kepala aku.

Ada ke dia tulis namanya FAQ
Nama betul guna pen merah tu ye.
Ok, next..


Blur sikit kan? Dia tulis NORALIASYA tapi masih
tak lengkap sebenarnya. NOR ALIA SYAFIQAH
yang sebetulnya. Tu la, mak ayah bagi nama
panjang sangat..


Ini yang paling memeningkan. ARIFUL SANMIN.
Bila la budak ni pandai nak tulis nama sendiri.
Pada hal tu, dah ajar suruh tulis AMIN je, nak
juga tulis panjang2..


Yang ni cuma masalah ejaan je. Adriana yang
dieja jadi ADERIYANA.

Ok, last but not least..

Ha, yang ni siap dengan nama atuk dia tulis.
Syairah binti Sairuddin binti Idrus. Tu dia, binti
pulak...

Tapi aku enjoy mengajar budak-budak Tahun 1 ni.
Kalau nak marah pun selalu tak jadi bila tengok wajah2
yang masih mulus suci tu..

Sunday, August 30, 2009

Mari Memasak..

Actually aku tengah boring ni. Penat menanda
kertas periksa budak-budak. Tu yang buat entry
merapu-rapu ni. Ini sebenarnya aku buat hari
Jumaat tu. Jom layan...

Nak masak apa sebenarnya ni? Bukan lauk tapi
buat popia jer.. Aku memang suka makan popia.
Tapi kalau yang beli tu, intinya cuma tauge dan
karot kan? adik aku tak makan semua tu, so sebagai
kakak mithali, aku kena buat inti lain.

Intinya apa? Mix vege yang segera tu je. Tumiskan
campur dengan lada hitam dan telur. Mari kita lihat
hasilnya.


Lepas tu, semua orang tau nak buat apa dengan inti nikan?
Ya, betul..Isikan ke dalam kulit popia segera tu ya...
Kuantitinya ikut suka ya adik2..


Dah tu tunggu apa lagi, gulung la sesuka hati.
dan tada..., siap satu.


Ok, sila ulangi langkah di atas sehingga habis intinya
ya kawan-kawan. Dan kat bawah ni ialah hasilnya
setelah habis inti.


Ok, step seterusnya ialah menggoreng.


Dan hasilnya...


Aku goreng sikit je. yang banyak2 tu, simpan la dalam
fridge. Esok2 boleh goreng lagi. Tak pun tengah2 malam
kalau tak ada benda nak makan boleh la goreng lagi.
Sambil2 layan bola Manchester lawan Arsenal tu ke...

Ok, dah habis merapu...

Friday, August 28, 2009

Award dan Tag



Yes, dapat award lagi. Tapi kali dapat pakej punya.
Award dan tag sekali. Dapat dari dua orang sahabat.
Seorang sahabat nun jauh di Kelantan dan seorang lagi
sedang bermusafir di Kuala Lumpur sempena cuti sekolah.
Bila buka sekolah, automatik dia akan jadi warga Pahang.
So, sementara menantikan waktu
berbuka puasa, apa kata
kita layan la award dan tag yang aku dapat ni.

Syarat menerima award ini:

1. Link the person who tagged you
2. Copy the image above, the rules and the questionnaire in this post
3. Post this in one or all of your blogs
4. Answer the four questions following this Rules
5. Recruit at least seven (7) friends on your Blog Roll by sharing this with them
6. Come back to BLoGGista iNFo Corner
(PLEASE DO NOT CHANGE THIS LINK)
at http://bloggistame.blogspot.com and leave the URL of your Post in
order for you/your blog to be added to the Master List
7. Have fun


Questions & Your Answers

1. The person who tagged you

Eyna and Zalina


2. His / her site's title and url

Eyna

http://www.ayang-adleyna.blogspot.com/
...........@.............

Zalina

http://prasekolahskmataayer.blogspot.com
Prasekolah SK Mata Ayer

3. Date you were tagged


August 26 (Zalina) and August 28 (Eyna)

4. Persons you tagged:
Mari kita lihat siapa yang kena

Projek Tanam Cili




Ha, ni la anak2 cili yang mak aku tanam. Actually ini ialah
projek dari Felda. Benih, tanah dan baja semua diberi. Tugas
peneroka cuma tolong jaga je.. Kalu tak silap pasaran pun
dorang yang uruskan..

Tu la pasal, semalam mak ajak aku gi Temerloh. Nak beli jaring
buat pagar anak2 cili ni sebab ayam suka sangat nak
menjahanamkan anak2 cili yang baru nak naik ni.

Ada la juga aktiviti untuk mak. Maklum la sejak arwah ayah
tak ada ni, mak macam tak ada semangat aje. Bila ada
benda nak dibuat tentu masa nak layan blues tak
ada. Selain cili, mak juga ada beli benih kubis, terung dan
kacang buncis.


Thursday, August 27, 2009

Ubat

Dah dua tiga hari rasa tak sedap badan. Tekak pun
rasa ketat je. Dah sah, kena demam dan selesema.
Ni berjangkit dari akak aku la ni. So, bila dah makan
ubat, boleh tahan lah rasanya.

Petang tadi, dah boleh drive ke Temerloh bawa mak.
Mak nak beli jaring untuk buat pagar pada keliling anak
cili yang dia baru tanam.

Ubat batuk yang aku makan adalah dalam bentuk biji.
Tekak aku tak boleh terima apa juga ubat dalam bentuk
cecair. Tak kiralah manis ke pahit ke, aku tetap tak nak.
Kalau dalam bentuk biji, tak kiralah banyak mana yang
kena makan, aku on je..



Ubat ni aku beli hari Selasa ari tu. Tak boleh nak ikut rutin
dia la sebab aku cuma makan lepas berbuka dan masa
sahur aje. Tapi yang ni tak membuatkan aku mengantuk.
Ada satu jenis lagi yang cepat je nak tutup mata.

Singgah di pasar ramadhan la tadi. Puas aku dan mak
tawaf satu pasar, tak tahu nak beli apa. Last-last mak
beli gulai patin dan kuih akok. Aku pulak beli sambal paru
dan bergedil. Terjumpa pulak dengan sorang sepupu yang
kebetulan meniaga air tebu, dia bagi sebungkus air tebu free.
Nak bayar dia tak nak. Murah rezeki ko, dik..


Ni masa mula-mula sampai. Tak ramai lagi orang. Masa nak
balik tadi dah penuh umat manusia..

Wednesday, August 26, 2009

Layan..


Sebenarnya lama dah ambil ni dari blog Nur. Tapi baru hari ni berpeluang menggayakan di blog. Thanks, Nur.




Ha, yang ni pulak daripada HaSue.Thanks, Sue.

Tuesday, August 25, 2009

Peperiksaan Tahap Kecekapan

Hari ni ada PTK bagi guru-guru yang memegang gred DGA29
dan esok bagi DGA32. Bagi DGA41 pulak hari Khamis.

Aku ingin mengucapkan "good luck" kepada semua guru yang
menghadapi PTK ini. Ni, nak story sikit kisah aku dan PTK ni.
Aku terlibat dengan PTK ni dari awal ianya diperkenalkan.
Tahun 2003/2004 aku tak ingat la.

First time ambil, aku kantoi kertas Umum tapi lulus Khusus.
Masa tu ia tak de tulis pangkat I,II,III da IV tapi lulus/kandas.
Bapak la tak sedap dengar "kandas" Kan? First year tu, cuma 0.1%
je cikgu yang lulus kalau tak silap aku. So dia buat semakan semula
dan grednya ada yang "Lulus Bersyarat" pulak..

Ni kisah aku masa terima result PTK bulan Ogos tahun lepas.
Masa tu dah dekat nak cuti sekolah dan sekolah aku adakan
jamuan akhir tahun. Member-member lain sibuk nak tengok slip
result yang guru data baru ambil kat PPD. Aku tak kisah sangat
sebab aku dah check melalui sms dan result Umum aku still
sama lagi, III jugak.

Masa makan, cikgu depan aku tu borak2 la pasal result. Lepas
tu keluar ayat ni:
" Tak ramai yang dapat IV kat sekolah kita. Saliza..."

Aku serta merta terhenti menyuap dan pandang dia. Aku rasa
masa tu mata aku bulat terbeliak pandang dia. Dia pun pandang
aku macam terkejut.
"Ye kan? Ke Kak Sal salah tapi rasanya betul. Kak Sal tengok
kat atas tadi."

"Jangan gurau la. Saya check guna sms kata dapat III je"

"Sungguh..., tak caya tanya Miza (guru data)"

Aku pun segeralah siasat dengan cikgu data ni. Konfem,
aku lulus. Yang aku check kat sms pagi tu, result untuk
Mac lagi. Masa tu belum update lagi result di website PTK.

Tapi rezeki lulus tu tak melayakkan aku untuk kenaikan
gaji pasal masa tu juga aku baru dapat kenaikan gred
yang dibackdated ke 1 April 2008. So, aku dikira tak layak ambil
exam DGA29 pada Ogos sebab masa tu aku dah gred DGA32.
Pada hal, result kenaikan tu bulan Oktober baru keluar..
Nak buat camana, bukan rezeki di situ, kan?

So, masa tu ada secara bergurau membuat teori bahawa
KPM sengaja beri lulus PTK untuk kes-kes macam ni supaya
tak banyak orang dapat kenaikan gaji..
Boleh pakai ke teori ni? Hmmm...

Monday, August 24, 2009

Lawak Bulan Puasa


Kejadian ini berlaku lama dah. Dekat 17 tahun kot..
Abang ini, asalnya orang Melaka. Dia kahwin dengan
akak yang asalnya di kampung aku dan menetap
di situ. Kejadian ni masa dia baru duduk kat kampung aku.

Pada suatu petang di bulan puasa dia dalam perjalanan
nak ke pasar ramadhan. Tak jauh dari rumah tu dia
jumpa la sekumpulan pakcik sedang berborak. Dia
berhenti la, bila ditahan.

Pakcik : Nak ke mana?

Abang : Pasar ramadhan

Pakcik : Aku nak kirim boleh?

Abang : Boleh

Pakcik : Kejap aku blik ambik duit. Aku nak kirim
lompat tikam.

Lepas berapa minit, Pakcik tu datang balik dan hulur RM2.

Abang : Nak tikam nombor berapa?

Pakcik : Lompat tikam dua ringgit..

Abang : Ye la dua ringgit tapi nak tikam nombor berapa?

Pakcik : Eh, apa ke jadah aku nak tikam nombor pulak?
Lompat tikam tu kuih, kamu tau?

Abang : La, ye ke? Ingat pakcik nak tikam nombor.

Dia bagi tau kat Ayah De aku, dia siap kutuk2 lagi pakcik tu
dalam hati. Tak padan dengan tua nak main tikam nombor lagi.
Dia tak pernah tahu ada kuih nama lompat tikam...

Sunday, August 23, 2009

Luahan Rasa

Cuti pertengahan semester kedua telah bermula
semalam, Sabtu (22/8/2009). Memang best la bagi
guru-guru yang berkhidmat jauh dari tempat asal.
Kena pulak dengan hari pertama ramadhan. Tentu
cuti ini lebih bermakna.

Bagi orang yang dekat, macam aku ni, tak ada la
teruja mana. Sebab kampung aku pun dekat je dengan
tempat aku tinggal. Setengah jam perjalanan dah
sampai. Tapi aki dan wan semua dah tak ada. Yang
ada sedara mara saja.

Berbalik kepada kisah cuti ni, aku rasa ramai juga guru
yang terpaksa mengorbankan cuti masing2. Nak2 lagi
yang mengajar kelas2 peperiksaan. Kalau di sekolah rendah,
yang mengajar tahun 6 la, nak UPSR tak berapa lama
lagi.

GPK 1 aku ada merungut juga masa hari Jumaat baru ni.
Bukan merungut pasal guru tetapi pasal murid2 thn 6 ni la.
Cikgu2 yang jauh dah sanggup berkorban balik kampung
lambat sikit sebab ada kelas tambahan tapi bila dibuat
survey, ada murid yang selamba beri tahu dia tak dapat
datang kelas tu. Alasannya mudah saja, nak balik kampung.
Ada juga bagi alasan nak balik jumpa parents sbb kat sini
tinggal dengan atuk.

GPK cakap, cikgu dah sanggup berkorban masa cuti tapi
bila budak2 ramai tak datang kan ke melemahkan semangat
je. Nak-nak lagi dah dekat nak periksa, mesti la ada banyak
tips baru nak diberikan.

Dari satu segi, bagus la ramai tak datang sebab boleh beri
tumpuan lebih. Tapi bagi yang tak datang tentu banyak
ilmu yang tertinggal. Budak2 ni bukan macam pelajar U
yang pandai cari bahan sendiri. Kalau ponteng kuliah pun
tetap maintain. Semua kita yang cari dan sumbat.

Apa-apa pun, itulah dugaan dan cabaran yang perlu dihadapi.
Jadual dah diedarkan, kalau sepuluh orang tak datang pun, kelas
tetap akan berjalan kerana itulah komitmen kami para guru.



Saturday, August 22, 2009

First Day Puasa

Alhamdulillah, selamat dah sehari berpuasa.
Sebenarnya aku n famili ni risaukan anak
sedara yang kedua, angah. Dia baru darjah satu.
Tapi masa tadika tahun lepas, sehari pun tak dapat
puasa. Bila kita pujuk-pujuk, ada saja alasannya.

Dia tak macam Along, abangnya. Along sangat
mudah diasuh. Masa dia tadika, banyak hari juga dia
puasa. Masa darjah satu, sehari je tinggal, first day
puasa sebab bila balik sekolah, lepas sorang, sorang
lagi tanya larat ke tak nak puasa. Mula2 ayah dia tanya,
lepas tu ibu dia pulak, lepas tu tok, masuk kali keempat
atok pulak tanya , terus tak larat..


Anak sedara yang sulung, Along.

Bila kenangkan balik, adik aku pun senang je nak puasa.
Start darjah 2 dah penuh puasanya. Sampai la sekarang.
Walaupun ada sesetengah lelaki yang ambil mudah puasa
ni tapi alhamdulillah adik aku tak la. Tu yang risau, kot-kot
angah ni akan mula buat perangai.

Korang bayangkan, tahun lepas aku offer dia RM50 kalau
dia dapat puasa walaupun sehari tapi dia jawab "tak dapat
duit pun tak apa la." Tahun ni, memang dari awal cuba pujuk
dia agar puasa.

Dan Alhamdulillah, dapat juga dia menghabiskan puasanya
hari ini. Walaupun pagi tadi dia buat hal juga. Nak lekakan
dia, bagi dia tengok kartun , main computer games..Dan
dia pun tak banyak karenah walaupun akak aku layan
dia sampai ke pasar ramadhan tadi. Bila tanya nak kuih
apa, dia jawab: "tak payah la ibu, tok kan dah buat kuih
kat rumah."

Ini la budak yang pertama kali berpuasa..

Semoga berterusan la hendaknya...

Friday, August 21, 2009

Pelupa...!

Hari ni hari last sekolah untuk penggal ni. Cuti
seminggu, bukak balik nanti dah bulan 9. Sebab
cuti, maka kertas-kertas periksa yang belum habis
marking, aku kena bawa balik la.

Angkut satu beg masuk keta. Lepas tu angkut
beg lap top pulak. Sekali nampak sorang
cikgu tengah isi air dalam botol. Aku pun berenti la,
nak gak isi dalam botol air aku. Boleh la minum
kot2 haus dalam keta nanti.

Sekali ada ustazah minta aku tolong pulangkan
tupperware kuih kat gerai depan sekolah. sebab
on de way, aku on je la. Lepas antar, aku drive
la balik.

Masa on de way tu, nampak sederet 4 buah lori
balak berenti tepi jalan. Dalam hati kata, mesti
ada polis kat depan tu. Konfem, memang ada lori
yang dah kena tahan.

Drive lagi ke depan. Ada pulak lagi polis kat
simpang masuk rumah kilang 18. Ada 2 kereta
yang kena tahan. Amboi, banyak pulak tempat
dia tunggu..

Sampai kat rumah, nak ambil barang, tengok
seat sebelah kosong. Korang tau apa yang
aku lupa? Hand bag!

hand bag dengan segala barang penting
I/C, lesen, duit, kad2.. tu aku tertinggal kat
sekolah.. Aduh, nasib baik aku x kena tahan
tadi..

Nak pusing balik ke sekolah, takut pulak dah.
Masa tak tau, td selamba la lalu kat polis.
Bila tau tak de satu benda pun, ha dah tak
berani la.

Akak aku cakap call la member sekolah. Masalahnya
semua nombor dlm phone. Phone pulak dlm handbag.
Mujur ingat no phone rumah sorang member, bila
call, dia pun tak balik lagi, anak dia je yang jawab.

Tetiba, phone rumah berbunyi. Rupanya ada member
yang perasan dan dia bawa balik. Yang nak jadi
ceritanya, bukan aku sorang yang tinggal handbag.
Ada lagi sorang yang tertinggal. Dia lagi la awal balik,
lepas bunyi loceng dah cabut balik.

Hahaha, punyalah excited nak cuti, sampaikan boleh lupa
tak bawa hand bag. Ok la, nak pegi rumah member pulak,
nak amik handbag..


Menjelang Ramadhan 2

Sudah konfem kita mula puasa pada hari Sabtu.
Selamat berpuasa kepada semua pembaca budiman sekalian.
Copy info ini dari ibu yg jelita ini. Thanks Arni..


Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan..

"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum
memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:




1) Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang
tuanya (jika masih ada).




2) Tidak bermaafan terlebih dahulu antara suami isteri




3) Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan
yang mengaminkan adalah
Rasullullah dan para sahabat,
dan dilakukan pada hari Jumaat.


Maka, dengan itu saya ingin memohon maaf kepada para pembaca
yang budiman andai ada kesilapan atas talian ini yang saya
lakukan tanpa disedari...



Thursday, August 20, 2009

Menjelang Ramadhan

Saja nak kongsikan sms-sms yang diterima
sempena menyambut ramadhan tahun-tahun yang lepas.
Sesapa ada yang menarik, marilah kita kongsi bersama..

"Sentiasalah setting niat, upgrade iman,download sabar,
upload usaha, delete dosa, update doa, dan top up ilmu,
supaya dapat redeem pahala banyak-banyak. Selamat Berpuasa"

"Ketenangan ada dalam "IMAN", kebahagiaan ada dalam "REDHA",
kesihatan ada dalam "SOLAT", kedamaian ada dalam "ZIKRULLAH"
dan ketabahan dan kesabaran ada dalam "RAMADHAN". Selamat
Menunaikan Ibadat Puasa"

"Jangan lupa renew lesen mulut, serviskan hati, kawal kadar
pencemaran mata dan telinga, peliharalah enjin perut, tax
minda dan cukai kesabaran. Anda mungkin salah seorang pemenang
Anugerah Malam Lailatul Qadar. Marilah perbanyakkan amal
jariaqh pada Ramadhan ini.Amin. Selamat Berpuasa"

Apa yang penting, mesejnya sampai pada penerima. Dan jangan
la tetiba ada yang sakit gastrik pulak...hehehe..
Salam Ramadhan..




Wednesday, August 19, 2009

Kursus Lagi...

Semalam, Selasa(18/8/09), masa tu aku kat dewan.
Pelajar tahun 6 tengah menjawab kertas 1 BM. Tetiba
GB masuk n cakap
"Saliza, awak ada kursus ladap kat SMK Bandar Pusat"

Aku pun angguk je la. Ingatkan kursus biasa je tapi
bila baca surat mak oi, ada banyak benda kena settlekan
sebelum pegi.

Geram gak la, nak banyak benda tapi surat ad hoc je.
Suruh installkan program SPSS la, borang2 yg diemelkan
pun banyak. Sempat ke nak settlekan semua sebelum balik?
SPSS tu aku ada dah tp version 10, dia nak version 11.
Call Eyna, dia kata pegi je dulu, mesti JU ada bawa tu..

Tetiba dapat call dari member sekolah lain. Dia lagi tak tau
nak kena buat apa sbb x de sapa yg buka emel.
Bincang-bincang sikit, amik keputusan utk pegi je la. Tapi
semua borang yg diattachkan tu aku print je dulu.

Hari ni bila pegi, konfem la mcm yang Eyna cakap. Mmg JU
yang bagi program tu. Tapi punyalah lama menunggu nak
install. Dari pagi sampai lepas rehat tu tak siap2 lagi.
Kesimpulannya hari ni aku kena kursus cuma untuk
menginstallkan program SPSS tu aje..


Pegawai PPD bagi taklimat penutup.




Favorite Series

Hari ni nak cerita pasal satu siri TV yang menjadi favorite aku.
Yang best, citer ni yang aku tengok dalam ketiga2
version yang ada. Mula2 keluar dalam versi Taiwan, tajuknya
Meteor Garden.



Awal tahun ni, aku aku jumpa pula citer yang sama
tapi versi Korea. Tajuknya ialah Boys Before Flowers.
Aku tengok online je citer ni.


Masa tengok versi korea ni la aku tahu yang ada gak
citer ni dalam versi Jepun. Asalnya pun dari manga
Jepun. So, aku pun cari la nak tengok. Tajuknya
ialah Hana Yori Dango yang maksudnya sama gak
macam tajuk versi korea tu.



Walaupun pada dasarnya sama tapi setiap satunya
ada sedikit perbezaan. Yang boom sekali, versi korea
sebab dia dah ada 2 siri untuk jadi guide line.
Banyak benda yang longgar dlm versi
taiwan dan jepun ditop up dalam versi korea ni.

Ring Tone aku sekarang pun guna lagu tema citer
korea ni la...

P/S: ini auto published juga sbb skrg ni aku tgh kursus
di SMK Bandar Pusat sampai petang..



Tuesday, August 18, 2009

Vandalisme


Ha, nampak tak apa yang ditulis tu? Inilah satu lagi
perangai budak2 ni yang terlebih kreatif.

Motto sekolah ni digantung dalam dewan. Mmg bdk2
tahun 6 yang selalu guna dewan ni. Suspeknya pun
dah dikenalpasti.

Entah bila masa dia mencontengnya pun tak dapat
dipastikan. Tapi bila dikesan tahu pula takut, siap lari
menyorok lagi.

Apalah nak jadi ni...

Monday, August 17, 2009

Apa Nak Buat..?

Hari ni aku ada kelas dengan murid kumpulan A.
Ye, murid kelas aku yang 19 orang tu sekarang
dibahagi kepada 2 pulak. Group A, 11 orang dan
Group B ada 8 orang.

Macam biasa, sebab aku ada bagi kerja pada hari
Sabtu hari tu, hari ni aku nak bincangkan jawapannya.
Dari 11 orang tu, ada sorang yang tak datang hari
Sabtu. Soal siasat pun berlaku..

Aku : Angah, pasal apa tak datang hari Sabtu?

Angah : Along kata saya tak ada kelas.
(Along ni abang angkat dia. Mak ayah dia ambil Along
ni jd anak angkat sebab lama kahwin tapi tak dapat anak.
Nak jadi rezeki, bila ambil along, mak dia pregnantkan angah.
So, sebayalah budak berdua ni. Cuma kelas lain2)

Aku : Awak percaya cakap along buat apa? Kan teacher cakap ada..

Najmi : Along guna nama saya teacher. Dia cakap saya yang cakap
teacher batalkan..

Angah : Ya, teacher, saya ingat ya la..

Adoi, geram betul aku dengan si Along ni. Dia memang nakal. Tapi tak
sangka la pulak dia pandai menipu macam tu.



Sunday, August 16, 2009

Tak Sabar Menanti Hadirnya

Tak berapa hari lagi Ramadhan akan menjenguk kembali.
Kita akan berpuasa selama sebulan jika diberikan kesihatan
dan kesempatan olehNya. Info ini sebenarnya lebih kepada
peringatan untuk diri sendiri tetapi tidak salah jika
berkongsi bersama pembaca budiman sekelian.

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;

1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia

2. Bulan penuh berkat

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
"Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.

3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar

Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.

Sumber:
<"http://www.muftiselangor.gov.my/E-book/KoleksiArtikelIstinbat/IbadatPuasa.htm">

Saturday, August 15, 2009

New Season Begin...


Ha, season baru Barclays Premier League sudah bermula..
Misi mengekalkan takhta juara bagi Manchester akan
bermula esok.

Ya, aku memang peminat bola. Bukan hanya minat pada
pemain bola. Time2 macam ni yang buatkan aku teringat
kat arwah ayah. Kalau tiba malam ahad mesti dia akan
tanya, siapa lawan malam ni? Aku akan bagi tau dan sama2
menonton.

Arwah peminat Liverpool. Dia asyik ulang2 cerita pasal
masa zaman kegemilangan Liverpool dulu2 tu.


Aku suka tengok game yang Arsenal main sebab
permainan dia orang cantik. Cara passing diorang
memang cantik la.


Kalau pemain pula aku suka tengok cara permainan
Steven Gerrard. Aku tengok kalau dia passing bola,
mesti tepat je dapat ke member. Kalau dari jauh pun
boleh kenal itu Gerrard.


First game season ni Chelsea dah menang tadi.
Itu pun dah nyaris nak seri. Winning goal tadi
cantik sebab dari sudut yang tak dijangka pun.

tapi yang paling utama ialah aku penyokong pasukan
ini....

Friday, August 14, 2009

H1N1

Semalam di sekolah aku ada nurse dari jabatan Kesihatan Maran
datang memberikan ceramah berkaitan dengan H1N1. Ye la, wabak
ni dah meragut banyak nyawa. Sesuatu harus dilakukan untuk
menghebahkannya.

Aku takut betul bila baca akhbar dan jumlah kematian semakin
meningkat dari hari ke hari. Langsung tak ada nak menunjukkan
semakin berkurangan.

Kesan yang ketara hari ni ialah dah ramai murid yang datang
ke sekolah pakai mask. kalau sebelum ni, ada yang bawa tapi malu
nak pakai. Macam2 komplen dia orang, panas la, x best la, x boleh
nak bernafas la..Tp bila dah dengar nasihat dr misi2 tu, ada la
perubahan...

Kita kena ambil langkah berjaga2 la. Jangan ambil remeh sebab
virus ni bahaya. Mula2 dulu, sapa yg pegi luar negara je kena
tp sekarang...Ada banyak info di internet pasal virus ni jd
kita kena sebar2kan la pada sesiapa yang tak tahu tu.

Thursday, August 13, 2009

Layan Movie

Aku tau ramai yang dah tengok movie ni.
Aku baru je tengok. Ye la, kat tempat aku ni
mana ada panggung. Aku tengok kat laptop je.

Best la movie ni. Aku ingat nak tayangkan kat
budak2 tahun 6 nanti selepas UPSR. Kasi dia
orang release tension..


Award!!!

Wah, bangga ni. First time dapat award.
Award cute ni dr orang jauh nun di Sarawak.
Sapa lagi kalau bukan HaSue yang rajin
memasak tu. kalau masuk rumah dia mesti rasa lapar..
Sbb masakan yang dia tayang sedap2 belaka..

Terima kasih ye Sue. So, inilah award yang aku dpt.


Dan aku nak memanjangkan lagi award ni kepada
beberapa rumah yang memang selalu menjadi tempat
lepakku. Kadang2 aku tinggal jejak, kekadang tak
tapi mesti aku jenguk setiap hari.

Ingat nak bg kat Eyna juga tp sbb Sue pun dah bagi kat
ko, so inilah dia my penerima award, (drum roll please...)

1) Echam
2) Encik Relevan
3) AzMas
4) Mommy2Haqq

P/S: Ini entry autopublish tau..Jangan ingat aku ponteng mengajar pulak..

Wednesday, August 12, 2009

Lebah..

Lepas rehat, semasa nak menunggu masa konvoi berbasikal,
ada dengar budak2 ni bg tau ada sarang lebah. Dia orang kata
besar. Aku masa tu tak sempat la nak menengoknya.

Selama ni tak ada pun. ingatkan biasa-biasa je la. GB pun
dah pegi tengok, dengarnya la.. Lepas tu, hari ni ada unit
beruniform dan TKRS macam biasa la buat di bilik KH.
Masa tu pun tak teringat pun pasal sarang lebah yang
budak2 dok sebut tu..

Masa nak balik, member cakap pasal sarang lebah tu.
barulah lah aku tengok. Mak oi, besar sgt weh.. Mmg
boleh membahayakan budak2 ni. Dia orang ni lagi kita
larang pegi dekat, lagi dia nak pegi..
Korang tgk la sendiri..


Pandangan jauh..


kasi zoom sikit...

Siapa yang biasa uruskan hal2 macam ni? Bomba ke?

Perasmian Bulan Kemerdekaan

Hari ni sekolah aku buat perasmian bulan kemerdekaan.
Pada mulanya, aku ingatkan tak jadi la sebab hujan..
Ye, hari ni pagi-pagi lagi dah hujan. Tp masa tu, aku dah sampai
ke sekolah dah.


Gini la keadaan pagi tadi. Masa ni tak la lebat sangat lagi
tapi memang dah basah la dataran kejat ni. Bila GPK KO
sampai semua tanya apa plan B, sebab rasa kesian la kat
budak2 ni yang dah beria-ia bawa basikal yang berhias dengan
bendera. Janji dengan budak2 tu nak konvoi pusing2 jengka.

Last2, perasmian dibuat dalam dewan. Yang jadi sgt teruja
upacara dibuat di dewan ialah bdk2 thn 6 sebab pada asalnya
mereka tak terlibat krn ada program utk UPSR di dewan. Jadi
bila upacara dibuat di dewan, mereka boleh terlibat sekali..


Bersemangat sungguh mereka mengibarkan bendera.


Persembahan dari murid tahun 5 - nyanyian lagu patriotik

Upacara di dewan dr pukul 9 sampai la rehat. Lepas rehat hujan
reda, jadi acara konvoi berbasikal dan berjalan kaki bg yang
tiada basikal pun dijalankan la juga.

Kali ni aku tak join berjalan sebab sibuk memfotostat bahan
di pejabat. Ingatkan bdk2 aku yg thn 6 tu tak ikut tp rupa2nya
semua pakat pegi. Aku sempat snap gambar bdk2 yang dah balik
dr berkonvoi ni dari tingakat atas. Layan..


See, besar gedabak bendera bdk2 ni pasang


Masing2 teruja bercerita dan menunggu yang masih belum
sampai..

Hujan renyai2 turun semasa bdk2 ni berkonvoi tapi masing2 dah
tak pedulikan hujan pun. Yg geng2 kena berjalan pulak, bknnya
berjalan tapi pakat berlari. Berlumba siapa yang sampai dulu..

Tuesday, August 11, 2009

Bila kan ketemu lagi..?



These are my best friends masa kat maktab. Gambar ni
dirakamkam masa aku n the gang pegi tgk Mas(pakai bib WD tu)
main bola jaring. Kira nak bagi moral support la pd dia.
Yg takde dlm gambar ni ialah Hilal.

Dr kiri pakai tudung biru bercermin mata ialah Nora. Sekarang
mengajar di Kota Tinggi. lama betul tak dengar berita dari
Nora ni.

Yg depan tu Mas. Mas ni room mate Nora. Sebelah bilik aku je..
Sekarang mengajar di Perak sbb suaminya orang Perak,
geng satu maktab juga. Anaknya dah empat sekarang.

Yg nampak cermin mata tu, aku le.
Sebelah aku tu Kak Ziela, room mate ku. Sekarang kak Ziela
mengajar di Selangor(?). Kak Ziela sambung belajar awal dr
aku, so dia ajar sekolah menengah sekarang. Anak Kak Ziela ada
3 dah..

Sebelah Kak Ziela, pakai tudung putih tu Kak Ita. Mengajar di Perak
sbb mmg asal orang Perak. Hubbynya orang perlis, cikgu juga. Rumah
Kak Ita lah yg kami pegi masa tak balik kampung masa hari raya haji.
Anak kak Ita ada 3 jugak, kalau tak salahnya la.

Yg action pegang bola tu As. Anak Terengganu berkhidmat di sana
juga sekarang. Dulu As posting di Kuantan tp bila dah kahwin balik
negeri la. Anak sorang, sambung OUM macam aku tp dia ada satu
semester lagi.

Dgn As la aku selalu berjalan masa cuti2 sekolah dulu. Masa dia belum
kahwin la.. Pergi tgk Sukan Komanwel 98 (tidur rumah Kak Ziela),
pergi Pulau Pangkor, yg ni dgn Kak Ita dan Mas sekali. Balik ikut KL
sbb singgah rumah Kak Ziela juga. Ada satu tahun tu, kitorg jalan
dr rumah As di Kemaman, pastu pegi rumah aku di Jengka dan last
pegi rumah Kak Ziela kat Sepang.

Last kami jumpa masa As kahwin tahun 2002. Bila la nak jumpa
lagi ya? Rindu la dgn korang..

P/S: Aku tak ingat la nama siapa yg posing kat belakang tu..
Dia sibuk enterframe masa kita nak posing, kan?


Monday, August 10, 2009

Review Novel

Ini adalah pandangan aku secara peribadi.
X ada unsur2 iri hati ke paksaan ke. Aku nak
share apa yg aku rasa dgn membaca novel2 ni.
Minta maaf la kpd penulisnya jika apa yg aku tulis
ni mengguris hati..

Aku nak comparekan 2 novel yg baru aku beli n br
abis baca. Novel yg pertama ialah Bila Ada Rindu
tulisan Emma Maizura.


Ceritanya berkisar kpd Dalyla,seorg anak luar nikah yg
diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga.
Ada mamat nak kan dia, family nak jodohkan dgn sepupu,
lps tu ada konflik. Lps segala mcm dugaan, akhirnya
kawin gak dgn mamat yg dia suka w/pun mak mertua
x suka. Ada konflik gak lg walau dah kawin tp happy
ending..

Aku mcm x puas ati sikit la baca novel ni psl mcm byk
sgt persamaan dgn novel2 lain. Ada certain part2nya
dan juga dialog2nya tu. Serupa sgt..Permulaannya dah
ok tp bila msk bab konflik2 dah jd mcm sama dgn novel2
terdahulu. Mcm baca balik novel yg pernah dibaca tp
wataknya lain..

Contohnya, part laki Dalyla (Eriel) nak kena kawin dgn
Shira sbb kena tangkap basah. Dia x nak, lps tu msk
keta, mak dia pun msk n gaduh2 pas tu eksiden. Serupa
sgt cam dlm novel Andai Itu Takdirnya(kalau x silap)
terbitan buku prima.

Ok, buku yg kedua ni aku br beli hr Sabtu lps kat kedai buku
Popular. Kt Temerloh aku x jumpa lg buku terbitan sykt ni.
May be aku akan bias sikit la sbb aku mmg die hard fan
Norhayati Berahim ni. Tajuk novel tu ialah Aku Bukan Billy
Milligan.


Aku baca buku ni satu mlm je. Mmg best dan mmg tipikal
Norhayati Berahim punya stail. Sbb apa aku kata gitu,
sbb watak2nya sentiasa berkait ant satu sama lain.
Tp novel kali ni x de la mengundang air mata aku. Gelak
ketawa lg ada la.

Ceritanya berkisar ttg Adam dan Laura. Adam lelaki yg
beku tp Laura seorang wanita yg hangat dan ceria. Of coz
la ada konflik sana sini tp kesudahannya happy. Aku paling
x suke kalau sad ending. Cerita kan, mesti nak happy2..




Sunday, August 9, 2009

Contest


First time aku join contest. Saje2 utk berseronok.
Aku msk ke rumah si tangan hitam ni dan jumpa
pula dgn contest ni. Saja la nak try.

Sesapa nak join boleh la klik kat ikon kat sudut
kanan atas tu. Lps tu isi la form yg ada disediakan.
Yg nak kena ingat part referral email tu, korg kena
isikan emel aku iaitu: saleyza@gmail.com

Kalau korg isikan alamat emel sendiri, disqualified.
Ada juga kuiz merdeka 10 soalan. Yg ni x de hadiah
la. Aku dah try n aku betul semua.. Wah bangga
aku..padahal soalannya senang sgt..

Ok, la jgn lupa ye, sesapa nak join mskkan emel aku
tu..Kot2 korg menang, aku pun menang juga...

Siaran Tertunda

Semlm, aku pegi Kuantan. Tmpt yg lbh spesifiknya
ialah Berjaya Megamall. Sebenarnya w/pun aku
boleh drive tp aku x pernah drive sesaje gi kuantan.
Aku gi kuantan pun kalau kena kusus, itupun mesti
ada org yg tmpg n tahu jln.

Sbb yg utama ialah aku takut sesat.Sbb aku x tahu sgt
jln di sana n takut la nak drive di bandar, dgn keta byk,
trafik lg.. Jd aku x pernah la pegi shopping kat kuantan.
Bandar aku ialah Temerloh, Mentakab n bandar Jengka..
Jln2 di situ mmg aku mahir la..

Nak tahu psl apa yg aku gi terjah gak Kuantan? Siap
tgk google map lg nak tahu jln ke Berjaya Megamall tu..
Sbb ada Pikom PC Fair. Selalu PC Fair ni ada buat
kat Mentakab tp thn ni kat kuantan je.. Tu yg aku
dlm takut2 tu terjah gak ke kuantan.Tp aku x pegi sorg,
aku angkut mak n adik aku skali.

Gerak dr rmh pkl 8.15, gile awal sbb takut sesat n x tau
mana nak parking nnt. Sampai sana dlm pkl 10.15 gitu.
Lmbt sikit sbb singgah sarapan dulu kat hiway. Sesat pun
ya jugak sbb adik aku ckp lps 3 trafik light yg "besar" (means
simpang 4) turn kanan. Yg aku lps je 3 trafik light terus
turn kanan. Tp x pe, pusing sana sikit, pusing sini sikit
dpt la blk jln utama td.

Bila sampai, tgk parking sume penuh. Adoi, mana aku nak
park keta? Dgn berani2 takut msk parking autopay kat atas.
Ceh, macam terror je aku pusing sampai tingkat 3 br ada
tempat kosong. PC fair diadakan kat ruang legar..
So, mari kita tgk apa yg aku beli..


Jeng.jeng,jeng.. tgk kotak dulu...


Tada.. ini dia rupanya


Kasi buka sikit..


Ini juga sy sambar 1.


Ini free gift dia..


Free gifts lg. Yg tiada dlm gambar: mug adik amik,
flask bg akak n jam bg mak..


Gifts disumbat dlm paper bag ini..

Harganya? Boleh lah tahan...It's a good deal la bg
aku. Sbb kalau kat Temerloh x dpt harga ni..