Saturday, October 3, 2009

Aktiviti Selepas UPSR

Ok, hari ni nak cerita aktiviti budak-budak
di sekolah aku yang dah habis UPSR. Masa
bulan puasa hari tu, aktiviti dorang tadarus.
Bila lepas raya ni, memang banyak la sikit
aktiviti yang disusun sebab kalau tak, asyik
nak merayau je keliling sekolah.

Setiap hari, lepas perhimpunan adalah aktiviti
permainan. Lupa pulak nak ambil gambar sebab
aku sibuk jadi time keeper untuk dorang.
(Sibuk menjerit sebenarnya..sebab aku kan kaki bola.)

Buat masa ni, permainan yang dijalankan ialah
futsal. Lepas tu, ada macam-macam aktiviti
lagi yang dibuat. Antaranya ialah mewarnakan
bahan-bahan untuk digunakan oleh murid tahun 1.
Ini aktiviti untuk budak perempuan.


Tengoklah tu, macam-macam gaya ada


Yang ni pulak tak nak duduk di meja

Bagi yang lelaki pulak, tugasan lain menanti.
Mari kita lihat apa tugas untuk boys before
flowers ni..


Ha, boys kena warnakan mural yang belum siap ni


Mural yang ni nak dipulihkan semula...

Yang pakai baju batik tu GPK KO. Semua projek seni
ni di bawah kelolaan dia sebab dia opsyen seni dan
memang berseni orangnya. Lukis free hand je..

Ok, nanti aku publishkan hasil kerja tangan budak2
ni. Tak kira la siap ke tak siap, kita tunggu...

No comments: