Sunday, October 18, 2009
Aktiviti Makan Beragam
Aktiviti ni adalah salah satu slot dalam Kem Motivasi Sentuhan Hati.
Aku tak pernah lagi mendengar atau melihat aktiviti ini. Jadi aku
nak share dengan semua orang. Pada aku aktiviti ini adalah unik.
Nampak macam kejam tapi sebenarnya ia adalah untuk mendidik
para pelajar ini.
Aktiviti ni dijalankan pada masa makan tengahari. Meja makan
disusun memanjang mengikut jumlah ahli kumpulan. Dua kumpulan
akan duduk berhadapan. Macam di Maran ni, satu kumpulan ada
16 orang. Masa penyediaan makanan dilakukan, pelajar ni terlibat
dengan aktiviti lain. Jadi mereka tak tahu apa yang bakal berlaku.
Di setiap tempat duduk, akan diletakkan satu jenis makanan dalam
kuantiti yang banyak. Contoh di Maran ni, ada nasi, kari ayam tapi
setiap satunya diasingkan(maknanya kuah lain, ayam lain dan
kentang lain), tembikai, timun, gula garam dan lain-lain la. Tapi
setiap sorang akan dapat benda yang berlainan. Maknanya
kalau yang dapat ayam tu dia dapat 16 ketul ayam, yang dapat
kuah dapat semangkuk penuh kuah saja...
Semua makanan ni di tutup dengan akhbar jadi pelajar akan duduk
tanpa mengetahui apa yang mereka dapat. Pelajar ini tidak dibenarkan
bangun, makan apa yang ada, tidak dibenarkan berkongsi pinggan,
mesti makan semua sampai habis dan dibenarkan balik jika semua
ahli kumpulan habis makan.
Yang kelakarnya, semua pelajar ni tak terfikir langsung bahawa
mereka kena berkongsi makanan tu dengan semua ahli kumpulan.
Cuma tak boleh kongsi pinggan je. Paling lawak ada yang hirup kuah
kari tu dalam satu nafas saja. Tu yang sapa dapat kentang rebus
16 biji merungut macam mana nak habiskan.
Itulah pasalnya budak-budak ni tak faham arahan yang tersirat.
Semua nak guna kepala sendiri je. Tapi bagus aktiviti ni cuma sebab
kesian kat budak-budak ni takut muntah, ada cikgu yang bisik-bisikan
suruh kongsi. Barulah nampak perubahan, kalau tak muka sorang-sorang
dah masam kelat, apa barang makan tengahari cuma kuah kari jer..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment