Saturday, October 3, 2009

Jamuan Raya MPT


Pasal apa aku menyibuk pegi ke jamuan raya
Majlis Perbandaran Temerloh ni? Sebab abang ipar
aku kerja kat situ. Kalau tak, malas nak pegi la.

Jamuan start lebih kurang pukul 3 lebih la. Menu
pun banyak. Tiap-tiap bahagian ada in charge satu
menu. Abang ipar aku kena buat lemang. Subuh Sabtu
la baru balik rumah.

Jamuan ni hari Sabtu, 3/10/2009. Buat kat Taman
Kubang Gajah, Temerloh. Ada mee kari, nasi impit,
lemang, rendang, kambing bakar, mihun, buah2 dan
macam2 lagi la.

Ada persembahan juga. Artis anak-anak tempatan
macam Anak Semantan, Zulaika(masuk bintang klasik
nasional ni), dan ada la 2/3 orang yang aku tak ingat
nama. Artis glamer ada juga iaitu Uji Rashid dan Hail
Amir.

Aku tak tunggu habis sebab dah petang sangat. Yang
paling best YDP MPT turut sporting, siap nyanyi lagu
raya dengan isteri dan anaknya. Meh, kita tengok
gambar yang aku snap tadi.


Ni meja VIP


Org ramai berpusu-pusu ambil makanan


Kumpulan Anak Semantan


Geng Jerantut Biker..(ke Rider) tak sure la..


Masa Datuk YDP n family nyanyi

Yang lain tak sempat nak ambil. Orang ramai dah
bertumpu ke depan. Segan pulak nak menyelit.
Kakak aku tunggu sampai habis, dia kata M. Jamil
pun naik pentas promosikan soundtrack Momok
The Movie.

Tapi suara Uji Rashid n Hail Amir tetap merdu macam
dulu juga..Yang tak best tadi cuma sound system jer..

3 comments:

Relevan said...

<-- Salah seorang bekas pekerja MPT..

Saliza said...

Encik Relevan,
NApe berenti?

Relevan said...

Bukan berenti tapi unit kawan tu dijumudkan..kawan ke sektor swasta..