Thursday, October 22, 2009

Tension...!

Hari ni aku kena pegi satu mesyuarat di Maran.
Sebenarnya lebih kepada nak buat kerja sebab
data tu hendak dikumpulkan. Sebab tu kena
siapkan hari ni juga.

PPD memang dah bagi software yang nak digunakan
tu dalam bulan 5/6 hari tu. Tapi dia tulis dalam emel,
dia nak bagi versi baru. So, aku tak de la sibuk nak
installkan software lama tu dalam laptop aku.

Jadi bila sampai tadi, diberitahu kena guna software
lama dan import je ke dalam versi baru. Aku tak gabra
lagi sebab installer tu ada dalam pendrive. Tapi dah
install, tak boleh buka pulak. Jadi aku mengadap la
PPD tu tunjuk segala problem.

Puas digodek segalanya baru la tau, aku punya office 2003
tu tak ada microsoft access. So, dia install la microsoft office
yang baru dan buang version lama. Tapi lepas tu, tak
boleh juga nak gabung data dari yang lama ke yang baru.

Sakit hati betul aku. Tak tahu apa problemnya. Orang lain
ramai yang dah siap. Ye la, sapa siap cepat boleh balik cepat.
Dekat pukul 12 aku tetap tak tahu apa problem dengan
software tu. Yang pegawai PPD tadi dah rehat nak pegi
makan. Last-last aku terpaksa pinjam laptop member
yang dah siap kerja. Macam lipas kudung aku key in data.

Dekat pukul 2 baru aku gerak balik. Sepanjang perjalanan
aku dok memikirkan pasal apa tak boleh nak buat dalam
laptop aku.

Ni baru kejap tadi aku godek2 lagi. Baru nampak apa yang
silap. Sikit je silap rupanya. Aku ingat problem dengan laptop,
memang nak mengamuk dah rasanya, pasal laptop baru tapi
macam-macam pulak tak betul. Rupanya setting software tu
yang tak betul...

Hangin betul la...

9 comments:

relevan said...

Jangan tension2 cikgu..nanti darah naik..

Cikgu Jang .. said...

aok key in data program "SIMALAS" tu ye.....koi beres dah...

MuMMy 2 Haqq said...

huhuhu...sabar cikgu...

Red said...

byk2 bersabar kak hehe sib baik xhempas lappy tu kalo x kena beli baru.

Saliza said...

Encik Relevan,

masa tu memang la tensen, serba tak kena je tapi dah cool ni..

Saliza said...

Cikgu Jang,
Aok pun penyelaras ladap ye?
Koi pun beres gak dah cuma antara yang terpaksa balik lambat la semalam tu..

Saliza said...

Arni,

Ye ye.. memang kena banyak sabar bila kena kes cam ni..

Saliza said...

Reds,

Tu la pasal, sib baik tak lepas geram pd lappy tu..

Kak Long Mawar Merah said...

Nasib baik dapat cari punca.
Semoga semua kerja jadi senang lepas ni.