Friday, October 9, 2009

Kan Dah Kata....

Hari Khamis, aku masuk kelas Tahun 1
waktu kedua. Untuk pengetahuan, waktu
pertama adalah waktu PJ@Pendidikan
Jasmani. Biasanya, aku memang beri peluang
semua murid untuk minum air/buang kemuncup
pada seluar dalam 5 minit pertama.

Nak minum air tu pun aku suruh minum di luar
kelas. Memang gitulah setiap hari Khamis. Tapi
tah macam mana, semalam ada la sorang budak
tu telah mengingkari arahan. Masuk kelas je, terus
terkam botol air dia dan togok. Tak lama lepas tu...

Amanina : Teacher, air Aqib tumpah!

Adoi, geram sungguh aku. Si Aqib dah terkebil-kebil
je pandang aku. Takut kena marah. Kena juga
pada kerusi Amanina. Kalau air kosong tak pe la
juga, ni air milo.


Inilah bukti kejadian

Maka, terpaksa la aku jadi tukang cuci pulak.

"Sebab tu la kena dengar cakap teacher.
lain kali kena mop sendiri, nak?"

Aqib yang masih terkejut cepat je menggeleng.


4 comments:

HaSue said...

ahehe..mesti geram jek ngan perangai budak tuh eh kak..pastu mesti budak tuh dah serik nak buat lg.. :)

Saliza said...

Sue,
geram mmg geram tapi nak buat guane, benda dah jadi tapi akak punya membebel tu boleh tahan juga la..
Pasal berulang ke tak tu, kita tunggu dan lihat je minggu depan.

Relevan said...

Sabar cikgu..ingat kalu kawan mboh jer bagi sedas kat murid tu..he he

Saliza said...

Encik Relevan,
Sebab sabar la budak tu cuma kena bebel jer..