Saturday, October 10, 2009

Majlis Hari Raya



Lambat sikit sekolah aku buat jamuan raya.
Kebanyakan sekolah dah buat minggu lepas.
tapi sebab masih dalam Syawal, maka tak
kisah lah kan?

Majlis ni dibuat sekali dengan majlis perpisahan
bagi seorang guru dan 2 orang kakitangan
yang telah bertukar. Kira jimat sikit kos buat
2 dalam 1.

Budak-budak semua dibenarkan berpakaian baju
raya masing-masing. Yang paling bergaya tentulah
budak perempuan sebab macam-macam fesyen ada.
Boys mana ada fdesyen lain selain baju melayu teluk
belanga atau cekak musang dan baju stail penyanyi
nasyid.


Tengok la minah-minah kenit ni bergaya.


Tutup la mulut tu Fareez...


Kaunter air untuk budak-budak yang sentiasa penuh


Cheese...Semua pakat senyum bila nampak kamera

Ok, nantikan part 2 punya gambar pulak.

2 comments:

Kak Long Mawar Merah said...

Salam Saliza,
Seronok berjamuan ya..
Sekolah kak long tak ada pun buat jamuan raya utk seisi sekolah.

Saliza said...

Kak Long,
Sesekali buat majlis macam ni memang seronok.