Wednesday, October 21, 2009

Memang Macam Ni Ke?

Hari ni aku cuti. Bukan cuti sakit la tapi cuti berurusan.
Aku n family kena ke pejabat tanah di Maran untuk
urusan harta pusaka.

Ikut surat yang dihantar, urusan dijadualkan pada
pukul 8.30 pagi. Sebab perjalanan dari rumah lebih
kurang 45 minit, dan biasanya kalau pagi ni jalan
lama Kuantan-Temerloh banyak lori jadi aku decide
nak gerak awal sikit.

Pukul 7.20 aku dah gerak dari rumah. Entah nasib
baik apa, pagi ni jalan clear. Lori sawit ada sebiji je
yang aku jumpa. So pukul 8 lebih sikit dah sampai.
Lepas daftar semua, kami dapat nombor 1.

Tunggu punya tunggu, dah sampai pukul 8.30 tapi
masih tak kena panggil. Pekerja kat situ pulak aku
tengok lepas sekumpulan, sekumpulan lagi keluar.
Abang ipar aku cakap, "biasa la orang pejabat, keluar
minum".

Aku tak biasa sangat berurusan dengan pejabat
kerajaan ni. Tapi aku musykil la juga sebab apa
dalam surat panggil pukul 8.30 kalau nak jumpa
lewat pada tu? Pukul 9 baru kena panggil masuk.
Tak ada la lama sangat urusannya, lebih kurang
setengah jam saja dah selesai.

Ish, tak puas hati betul la..

4 comments:

Webmaster@Echam said...

Kak Saliza,
Biaselah tu kak. Kul 8 sampai 9 pegi minum dulu. Baru bertenaga untuk bekerja sampai kul 10... hehhehehe

relevan said...

Salam cikgu Saliza..
Pegawai kerajaan kuat mengetea..orang2 swasta mcm kawan dan Echam ni kuat bekerja sampai tak ada masa utk mengetea..

Saliza said...

Encik Relevan,

Sebab tu swasta punya bonus pun banyak, tak gitu?

Saliza said...

Echam,

Gitu pulak yer? Dah tradisi, nak wat camana...