Wednesday, October 28, 2009

Cerita PTK Lagi..

Kepada sesapa yang mengambil PTK pada sesi Ogos
baru ni, resultnya telah keluar pada hari Isnin 26/10/09.
Sebab aku tak ambil PTK, aku tak berapa ambik tahu.
Aku tahu pun bila buka satu blog yang buat link ke
halaman result tu.

So, pagi Selasa tu aku bagi tahu la pada member-member
yang ambil PTK yang result dah keluar. Nak check guna
sms atau pun online dah boleh. Bila ada yang tanya
macam mana nak semak guna SMS, dengan konfiden
je aku jawab,

"Taip PTK jarak no ic, hantar ke 39003"

Selepas sesi semak-menyemak, aku pun tanya la kot2
ada yang lulus 4. Tapi katanya tak ada sapa. Dengan
rasa tak puas hati, aku pun cakap "check online la pulak"
Ada pulak yang cakap,
"Kak, kalau check online saya lulus, saya belanja akak
makan hari ni"

"Ok, set.. akak on laptop jap"

"Tapi kalau sama, akak belanja saya"

Sekali bila aku check, betul pulak dia lulus 4. Wah, makan
free la aku masa rehat.

Hari ni baru aku tahu, nombor untuk SMS dah ditukar. Bukan
lagi 39003. Kalau guna nombor tu, dia bagi keputusan bulan
Mac..Patut la semua orang kata sama macam dulu padahal
bila semak online bukan ada pangkat I,II,III,IV dah tapi guna
A,B,C,D pulak dah..

Hah, aku bagi ajaran sesat jer kat diorang.


Thursday, October 22, 2009

Tension...!

Hari ni aku kena pegi satu mesyuarat di Maran.
Sebenarnya lebih kepada nak buat kerja sebab
data tu hendak dikumpulkan. Sebab tu kena
siapkan hari ni juga.

PPD memang dah bagi software yang nak digunakan
tu dalam bulan 5/6 hari tu. Tapi dia tulis dalam emel,
dia nak bagi versi baru. So, aku tak de la sibuk nak
installkan software lama tu dalam laptop aku.

Jadi bila sampai tadi, diberitahu kena guna software
lama dan import je ke dalam versi baru. Aku tak gabra
lagi sebab installer tu ada dalam pendrive. Tapi dah
install, tak boleh buka pulak. Jadi aku mengadap la
PPD tu tunjuk segala problem.

Puas digodek segalanya baru la tau, aku punya office 2003
tu tak ada microsoft access. So, dia install la microsoft office
yang baru dan buang version lama. Tapi lepas tu, tak
boleh juga nak gabung data dari yang lama ke yang baru.

Sakit hati betul aku. Tak tahu apa problemnya. Orang lain
ramai yang dah siap. Ye la, sapa siap cepat boleh balik cepat.
Dekat pukul 12 aku tetap tak tahu apa problem dengan
software tu. Yang pegawai PPD tadi dah rehat nak pegi
makan. Last-last aku terpaksa pinjam laptop member
yang dah siap kerja. Macam lipas kudung aku key in data.

Dekat pukul 2 baru aku gerak balik. Sepanjang perjalanan
aku dok memikirkan pasal apa tak boleh nak buat dalam
laptop aku.

Ni baru kejap tadi aku godek2 lagi. Baru nampak apa yang
silap. Sikit je silap rupanya. Aku ingat problem dengan laptop,
memang nak mengamuk dah rasanya, pasal laptop baru tapi
macam-macam pulak tak betul. Rupanya setting software tu
yang tak betul...

Hangin betul la...

Wednesday, October 21, 2009

Memang Macam Ni Ke?

Hari ni aku cuti. Bukan cuti sakit la tapi cuti berurusan.
Aku n family kena ke pejabat tanah di Maran untuk
urusan harta pusaka.

Ikut surat yang dihantar, urusan dijadualkan pada
pukul 8.30 pagi. Sebab perjalanan dari rumah lebih
kurang 45 minit, dan biasanya kalau pagi ni jalan
lama Kuantan-Temerloh banyak lori jadi aku decide
nak gerak awal sikit.

Pukul 7.20 aku dah gerak dari rumah. Entah nasib
baik apa, pagi ni jalan clear. Lori sawit ada sebiji je
yang aku jumpa. So pukul 8 lebih sikit dah sampai.
Lepas daftar semua, kami dapat nombor 1.

Tunggu punya tunggu, dah sampai pukul 8.30 tapi
masih tak kena panggil. Pekerja kat situ pulak aku
tengok lepas sekumpulan, sekumpulan lagi keluar.
Abang ipar aku cakap, "biasa la orang pejabat, keluar
minum".

Aku tak biasa sangat berurusan dengan pejabat
kerajaan ni. Tapi aku musykil la juga sebab apa
dalam surat panggil pukul 8.30 kalau nak jumpa
lewat pada tu? Pukul 9 baru kena panggil masuk.
Tak ada la lama sangat urusannya, lebih kurang
setengah jam saja dah selesai.

Ish, tak puas hati betul la..

Monday, October 19, 2009

Aktiviti Hari Minggu


Hari minggu kali ni aku n family telah sepakat untuk
tidak duduk di rumah. Boring wei, dah 2 hari duduk
rumah je. Ye, harap maklum bahawasanya aku telah
bercuti start hari Jumaat lagi. (Macam la sekolah aku
ada budak/cikgu India). Habis, dah big boss apply cuti,
terpaksa la aku bercuti..

So, sebab kami tak pernah lagi pergi ke Kuala Gandah,
maka situlah kami tuju. Nama aje duduk Pahang, tapi
tak pernah sampai pun ke kawasan tu. Dari rumah, kami
ikut hiway jadi dalam sejam lebih jugalah nak ke Kuala
Gandah ni.


Tempat ni masuk tak de kena bayar. Cuma kena daftar untuk
dapatkan sticker macam kat atas ni. Ada warna merah, kuning
dan hijau. Ikut aktiviti la.


Antara gajah yang boleh dipegang. Tapi anak sedara aku
takut sangat pegang. Nak suruh bergambar pun payah...


Tengok la tu, cuak je muka dorang. Yang kenit tu pulak,
pelik sangat agaknya tengok gajah. Selalu tengok ayam
dengan kucing je.. Gambar aku tak de pasal aku tukang
snap gambar.

Lepas tengok gajah, kami bergerak pulak ke Deerland. Tak
jauh dari santuari gajah ni juga. Tapi masuk sini kena bayar.
Dewasa RM5 dan kanak-kanak 3~12 tahun RM3. Kat sini
nama aje Deerland tapi ada banyak binatang lain juga.
Best kat sini..


Jinak betul rusa-rusa ni..Pantang orang ada bawa makanan,
mesti dia terus ikut.


Abang ipar aku bagi rusa makan, anak-anak dia nun jauh
kat belakang. Lari.. sebab takut. Pada hal rusa-rusa ni
jinak aje.

Ada banyak binatang lain. Tapi malas nak snap. Bagus
tempat ni sebab pekerja dia ada jelaskan tentang
semua haiwan yang ada. Last sekali ada beruang. Comel
giler je aku tengok.


Budak lelaki tu bagi beruang jilat madu atas tangan dia.


Mak n family kakak

So kesimpulannya, satu aktiviti kekeluargaan yang best.
Lain kali boleh pergi tempat lain pulak..

Sunday, October 18, 2009

Aktiviti Makan Beragam


Aktiviti ni adalah salah satu slot dalam Kem Motivasi Sentuhan Hati.
Aku tak pernah lagi mendengar atau melihat aktiviti ini. Jadi aku
nak share dengan semua orang. Pada aku aktiviti ini adalah unik.
Nampak macam kejam tapi sebenarnya ia adalah untuk mendidik
para pelajar ini.

Aktiviti ni dijalankan pada masa makan tengahari. Meja makan
disusun memanjang mengikut jumlah ahli kumpulan. Dua kumpulan
akan duduk berhadapan. Macam di Maran ni, satu kumpulan ada
16 orang. Masa penyediaan makanan dilakukan, pelajar ni terlibat
dengan aktiviti lain. Jadi mereka tak tahu apa yang bakal berlaku.

Di setiap tempat duduk, akan diletakkan satu jenis makanan dalam
kuantiti yang banyak. Contoh di Maran ni, ada nasi, kari ayam tapi
setiap satunya diasingkan(maknanya kuah lain, ayam lain dan
kentang lain), tembikai, timun, gula garam dan lain-lain la. Tapi
setiap sorang akan dapat benda yang berlainan. Maknanya
kalau yang dapat ayam tu dia dapat 16 ketul ayam, yang dapat
kuah dapat semangkuk penuh kuah saja...

Semua makanan ni di tutup dengan akhbar jadi pelajar akan duduk
tanpa mengetahui apa yang mereka dapat. Pelajar ini tidak dibenarkan
bangun, makan apa yang ada, tidak dibenarkan berkongsi pinggan,
mesti makan semua sampai habis dan dibenarkan balik jika semua
ahli kumpulan habis makan.

Yang kelakarnya, semua pelajar ni tak terfikir langsung bahawa
mereka kena berkongsi makanan tu dengan semua ahli kumpulan.
Cuma tak boleh kongsi pinggan je. Paling lawak ada yang hirup kuah
kari tu dalam satu nafas saja. Tu yang sapa dapat kentang rebus
16 biji merungut macam mana nak habiskan.

Itulah pasalnya budak-budak ni tak faham arahan yang tersirat.
Semua nak guna kepala sendiri je. Tapi bagus aktiviti ni cuma sebab
kesian kat budak-budak ni takut muntah, ada cikgu yang bisik-bisikan
suruh kongsi. Barulah nampak perubahan, kalau tak muka sorang-sorang
dah masam kelat, apa barang makan tengahari cuma kuah kari jer..

Thursday, October 15, 2009

Fesyen Aidil Fitri 2009

Ok, kali ni aku nak tayangkan fesyen yang digayakan
oleh anak murid aku masa jamuan raya baru-baru ni.
Tak banyak gambar yang aku dapat ambil sebab aku
telah ditugaskan sebagai hakim.

So, mari la kita lihat. Aku adalah hakim yang sedikit bias.
Harap maklum ye...


Yang ni comel berkebaya


Gaya yang amat tak boleh blah..


Aksi terhebat tahun ini.. tutup mata


Amacam, ada gaya model tak?


Fuyoo..


Sweetnya dia..


Si manis 12..


Selendang sapa la yang jadi mangsa ni..


Yang ni pemenang untuk tahun 6


Eh, dia lagi? Kan aku dah kata, aku hakim yang bias...

Ok, that's all folks! Enjoy the show....

Wednesday, October 14, 2009

Kem Motivasi Sentuhan Hati


Aku telah dipanggil untuk terlibat sebagai fasilitator
bagi Kem Motivasi ni. Dari hari Selasa sampai Khamis.
Di buat di Kem PLKN Indera Pahlawan, Maran.
Tapi aku tak tunggu sampai Khamis pun. Petang Rabu
aku dah balik. Bagi orang lain pulak bertugas.

Kem ni dibuat untuk pelajar sekolah menengah dari
form one hingga form four dalam daerah Maran. Ada
seramai 158 orang peserta yang dipilih atas sebab
terkenal dengan "hardcore" kenakalan di sekolah.

Sesekali, aku terfikir juga... inikah generasi yang akan
menjadi pemimpin akan datang? sebab kalau tengok
dari segi sikap, masya Allah..Tuhan je tau. Memang tak
hormat dengan kita langsung. Bila disuruh sembahyang,
semua pakat lari menyorok.


Kem PLKN Indera Pahlawan

Tapi itulah sebabkan Kem ini dibuat. Motivatornya dijemput
khas dari Perak, Ustaz Sofian. Ustaz ni memang cakap lepas
habis. Tak ada simpan-simpan dah. Dia maki je budak ni
depan-depan. Ayat famous dia "Kalau nak masuk neraka, pegi
masuk sorang-sorang. Jangan nak tarik orang lain ikut sama"

Memang payah nak mendisiplinkan pelajar-pelajar "hardcore"
ni. Buat la macam mana, tak jejas langsung aku tengok. Malam
Rabu tu, bila suruh tidur, dia merayap sampai kat asrama cikgu
pempuan. Siap ketuk pintu tingkap bagai.


Antara facility yang ada

Lepas tu dalam pukul 2 pagi, semua dipanggil berkumpul sebab
ada program. Punyalah payah nak kumpul pada hal bukannya
dia tidur. kena sembur dengan air paip bomba pun boleh nyanyi
lagi.."beginilah nasib diriku yang malang, oh Tuhan.."


Sesi Celoteh oleh Ustaz Sofian

Pagi Rabu tu, ramai yang tak pegi subuh walaupun puas di kerah.
Nak kumpul untuk riadah pun, ada yang lenggang kangkung. last-
last sapa yang lambat kena denda makan telur mentah sorang
sebiji. Cara Ustaz ni nampak keras, tapi nilai-nilai yang nak diterapkan
tu, memang nampak la.


Ha, teringat masa zaman duduk asrama...

Ok la, nanti aku share satu aktiviti yang dihandle
oleh Ustaz Sofian.

Tuesday, October 13, 2009

Menu Jamuan


Ish, bila la nak abis entry pasal jamuan aku ni kan?
Tak kisah la tu. Masa raya tak dan nak bergambar
bagai, masa jamuan raya pulak yang sakan aku ambil
gambar. Layan kan je la ye?

Menu ni semua masak sendiri tapi bukan aku yang
masak tau. GPK HEM yang masak. Aku jadi bendahari
je. Dia nak duit, aku hulur je, yang penting resit mesti
bagi, kalau tak, susah aku...


Nasi jagung



Ayam Masak Merah


Nasi impit


Dalca dan kuah kacang


Rendang dan tepung pelita


Kuih raya


Pencuci Mulut


Air sunquick

Jamuan bermula lebih kurang pukul 10.30 pagi
dan tamat lebih kurang pukul 12.05. Sedang elok
je tamat waktu persekolahan.

Jemputannya terdiri daripada AJK PIBG, GPW, Staf
Felda, Guru dan kakitangan serta famili. Meriah la
acara jamuan tahun ni.

PIBG ada sponsor hadiah untuk pakaian raya paling
cantik bagi budak-budak. Nantilah next entry aku cerita.
Best gak tengok budak-budak ni posing gaya model.

Monday, October 12, 2009

Al-Kisah Jamuan Lagi

Ha, kisah jamuan tak abis lagi ni. Sebab gambar banyak
sikit daripada biasa maka terpaksa dibahagikan kepada
beberapa part.


Peace!


Antara jemputan yang hadir


Menanti masa jamuan


Posing sebab tahu nak masuk blog...


Persembahan lagu2 raya


Ucapan Pengurus Felda

Saturday, October 10, 2009

Majlis Hari Raya



Lambat sikit sekolah aku buat jamuan raya.
Kebanyakan sekolah dah buat minggu lepas.
tapi sebab masih dalam Syawal, maka tak
kisah lah kan?

Majlis ni dibuat sekali dengan majlis perpisahan
bagi seorang guru dan 2 orang kakitangan
yang telah bertukar. Kira jimat sikit kos buat
2 dalam 1.

Budak-budak semua dibenarkan berpakaian baju
raya masing-masing. Yang paling bergaya tentulah
budak perempuan sebab macam-macam fesyen ada.
Boys mana ada fdesyen lain selain baju melayu teluk
belanga atau cekak musang dan baju stail penyanyi
nasyid.


Tengok la minah-minah kenit ni bergaya.


Tutup la mulut tu Fareez...


Kaunter air untuk budak-budak yang sentiasa penuh


Cheese...Semua pakat senyum bila nampak kamera

Ok, nantikan part 2 punya gambar pulak.

Friday, October 9, 2009

Kan Dah Kata....

Hari Khamis, aku masuk kelas Tahun 1
waktu kedua. Untuk pengetahuan, waktu
pertama adalah waktu PJ@Pendidikan
Jasmani. Biasanya, aku memang beri peluang
semua murid untuk minum air/buang kemuncup
pada seluar dalam 5 minit pertama.

Nak minum air tu pun aku suruh minum di luar
kelas. Memang gitulah setiap hari Khamis. Tapi
tah macam mana, semalam ada la sorang budak
tu telah mengingkari arahan. Masuk kelas je, terus
terkam botol air dia dan togok. Tak lama lepas tu...

Amanina : Teacher, air Aqib tumpah!

Adoi, geram sungguh aku. Si Aqib dah terkebil-kebil
je pandang aku. Takut kena marah. Kena juga
pada kerusi Amanina. Kalau air kosong tak pe la
juga, ni air milo.


Inilah bukti kejadian

Maka, terpaksa la aku jadi tukang cuci pulak.

"Sebab tu la kena dengar cakap teacher.
lain kali kena mop sendiri, nak?"

Aqib yang masih terkejut cepat je menggeleng.


Thursday, October 8, 2009

Jawab Tag Echam

Bagus gak ada tag dari Echam ni. Sebab otak
tengah beku tak tahu nak tulis entry apa. Ada cerita
tapi cam malas je nak taip.

Ok la, sebab aku salah seorang follower ECHAM.COM
ni, maka aku dengan suka hatinya nak menjawab
tag ni...

Nama Penuh:

Noorsaliza binti Mohd Hadad

Nama Panggilan:

Noor, Saliza, Ija, Teh, Mak Teh, Manja

Asal:

Jengka, Pahang

Umur:
33 tahun

Status:

Single....but unavailable

Pekerjaan:
Cikgu

Contact no:

Ish..tak ingat pasal tak pernah dail no sendiri..hahaha

Email / YM:

saleyza@gmail.com

Hobi:


Baca novel, surf internet dan nonton TV

Monday, October 5, 2009

Sesekali Teringat

Aku kan ada beli printer baru masa PC Fair dulu.
Siap boleh scan dan copy bagai. Tapi tak pernah
try. Kalau print, masih guna printer lama.

Jadi, hari Ahad tu aku pun try la nak scan. Puas
la dok fikir nak scan apa. Last-last aku belek album
lama. Best juga kalau sesekali melayan gambar
retro ni..


Atas dari kiri : Fiza, Nor, Nora, Norma, Shiha, Yan, aku, Adib dan Wan
Bawah dari kiri : Yus, Syelly, Zue, Azlin dan Lina

Tak ingat pulak aku ni masa tingkatan berapa. Tapi
yang pasti antara form 4 atau form 5. Masa ni ikatan
antara kami semua memang rapat giler.

Yang best, 8 orang antara kami ni dah dapat jumpa
semula masa reunion tahun lepas. Bila lagi dapat
jumpa semula ya?



Yang ni pulak masa reunion tak rasmi tahun 1997. Masa ni aku
tengah belajar kat maktab. Aku sanggup ponteng kelas sehari
sebab nak pegi reunion ni. Ye la, dorang semua study kat area
KL/Selangor. Aku je jauh kat Penang..

Best sangat, kami ada handle banyak game untuk bebudak
asrama yang nak ambil SPM tahun tu.

Sekarang ni ramai dah jadi bapak dan mak orang. Dah ada
tugas dan tanggungjawab masing-masing. Cuma aku harap
silaturrahim antara kami semua akan berkekalan...

Futsal

Hari ni aktiviti futsal masih berlangsung. Tapi tak lama
sebab bermula lepas perhimpunan mingguan. Cuma
sempat dua game saja. Yang tak dapat main hari ni
semuanya muncung jer..


Budak pempuan, biasalah mesti berkumpul je
setempat, tak reti nak rebut bola..


Keeper sedia menanti bola


Lines man yang tak mahu diambil gambar


Dua "body guard" gol... Langsung tak naik bantu
member.

Suka tengok boys main. Macam pro je masing2..