Friday, June 17, 2011

Macam-macam Cerita

Assalamualaikum.

Susah betul nak start blogging semula ni. Ada saja halangan yang
tidak dapat dielakkan. Ingatkan lappy dah ok, tapi masa kat Jengka
hari tu dia buat hal balik. Dah la Windows yang kedai install tu bukan
genuine, sekejap2 keluar warning, nyampah sungguh. Lepas tu bateri
pulak keluar warning, kalau tak tukar, lappy akan shut down sendiri.
Mula-mula buat tak tau je, tapi bila kejap2 dia shut down, kejap2 shut
down lagi, aku pun decide untuk beli bateri baru. So, harap-harapnya
dah tak ada problem lagi la lepas ni.

Masa aku balik Jengka hari tu aku dapat oleh-oleh dari sekolah lama.
Sepatutnya last year lagi dapat barang. Memang tiap tahun akan ada
la sedikit cenderahati untuk guru yang mengajar tahun 6. So, untuk last
year, aku dapat.......



Ye, aku dapat t-shirt.

Meh kasi close up apa dia tulis


Wah, kenangan sangat ni...


Hahaha... ni yang mahal ni...

Ha, ni pulak nak story pasal drama Nora Elena. hahaha, aku
pun memang tak ketinggalan tengok drama ni. Sebabnya novel
Kasih Yang Suci tu memang antara novel kegemaran aku. Balik
Jengka bulan 5 hari tu, aku sanggup geledah stor nak cari balik
buku tu. Masa buat rumah dulu, semua novel aku dah masukkan
dalam kotak.



Memang addicted betul la dengan drama ni. Pada hal
aku jarang sangat layan cerita Melayu,. Channel favorite
aku ialah AXN, FOX ataupun STARWORLD. Tapi nasib baik
aku baca kat akhbar pasal drama ni. Hubby aku pun jadi
suka dengan drama ni. Kalau dia kena OT, memang aku la kena
jadi tukang cerita balik.

Walaupun banyak yang diubah berbanding versi novelnya, tapi
drama ni memang wajib tonton la. Aku tetap suka dengan novel
ni berbanding sirinya..

Okay la.. that's all for now.

2 comments:

Anonymous said...

ramai blogger dok cerita pasal drama nora elena tu...sy xtgk pon huhu

Saliza said...

Red,
ramai yg kena demam nora elena ni...

kat skolah akak, cikgu lelaki pun tgk jugak...

hehehe