Monday, November 21, 2011

Year End Dinner


Assalamualaikum.

Merasalah berdinner bagai bila dah mengajar kat Klang ni.
Dulu kat Jengka tak ada dinner-dinner macam ni. Dinner
akhir tahun ni dibuat di Menara KL. Tapi bukan dekat
restoran berputar tu.. Setingkat atas dari restoran berputar
tu.

Tak ramai cikgu yang dapat join dinner ni. Dalam 60 orang
aje tapi meriah sangat. Makanan yang disediakan oleh D'Saji
pun sedap. @ buah bas disediakan untuk mengangkut kami
dari Klang. Tapi aku naik kereta dengan Ustazah Shaly dan
Anida. Kiranya kami gerak dulu la..

Meh layan gambar la.. nak cerita pun tak pandai..Let the
pictures do the talking la ye?


Ini Anida


Sebab sampai awal sempat posing kat luar, tapi hari hujan..


Ha, ni la driver kami.. Tau dia jalan short cut nak gi KL Tower tu..


Di luar dewan..


Ini dessertnya.. sedappp


Acara berposing selepas makan..


ni pun lepas makan...


Cantik, kan?


Posing ramai-ramai...


Meja kami

Dan makanan kami malam tu ialah....


Kari ayam


Udang masak lemak


Sayur brokoli +cendawan


Isi ikan sambal


Kambing


Ulaman

Paling kelakar bila semua tenagh best menyuap makanan, ada
yang berbunyi, "sedap la kambing ni..". tetiba ada yang berhenti
makan, rupanya dia tak makan kambing tapi tak tahu yang
daging yang dia tengah sedap makan tu kambing...hehehe

Okay..that's all..

Monday, November 14, 2011

Maharaja Lawak Mega

Assalamualaikum.

Hari ni nak menjadi juri tak bertauliah nak mengomen
pasal Maharaja Lawak Mega(MLM) ni. Aku punyalah
semangat nak tengok MLM ni. Siap tutup channel kartun
dan order Mustika ni.

Mula-mula tu pelik juga kenapa 3 orang juri tetap tu yang
terpilih. Tapi bila dengar komen jujur dari mereka, memang
sama dengan apa yang kita sebagai penonton ni rasa.

Masa tengok Apa Kata M yang tanya peserta yang dapat
undian terendah tentang komen mereka, aku tak puas hati
betul bila ada yang kata "kitorang baru, lawan dgn otai2,
memang la.. otai ni, diorang bersin pun orang gelak.."

Apa kes komen macam tu..? Dah memang tak lawak, takkan
la juri nak puji dan orang nak undi kan? Yang aku tak setujunya
ialah bila diorang kata yang lain tu otai..dorang amatur la konon.
tapi cuba tengok balik Raja Lawak. Bila ada homework, isi ada,
pun orang akan gelak gak..contohnya Man, Kumpulan R2 dan
budak Fendi dan Syukri(lupa nama kumpulan) dalam Raja Lawak
5.

Lepas tu si Ifa Raziah tu nak salahkan juri juga. Dah memang tak
lawak, takkan nak kata lawak sebab nak jaga hati. Aku masa
persembahan kumpulan Syok tu dalam episod 3 dah tukar channel
berapa kali sebab boring sangat. Dia rasa dia boleh berlawak sebab
banyak berlakon drama komedi. Tapi itu scripted.. Skrip tu yang
lawak, bukan dia..

Aku cuma nak menyatakan pendapat aku aje pun...

Sunday, November 13, 2011

Aidil Adha 2011



Assalamualaikum.

Raya Haji kali ni aku beraya kat Jengka. Gerak dari Klang
pukul 9 lebih hari Sabtu (5/11) hari tu. Masa lepas dari
tol Gombak tu, dengar kat radio bagi tahu yang jalan sesak
2km dari tol Bentong dan tol Karak.

Tapi masa kami lalu tu, belum sampai terowong tu pun dah
sesak. Tapi masih bergerak la kereta tu bukannya tak bergerak
langsung. Tapi biasa la kan, aku tidur je kat sebelah hubby, hehehe.

Lepas pada exit Bentong/Raub/ Kuala Lipis tu dah okay jalan.
Sebab kereta yang berduyun tu semuanya nak balik ke Kelantan.
Pukul 1 kot baru sampai Jengka. Mak tak mengisi ketupat palas
pun lagi masa tu sebab tunggu akak aku beli beras pulut.
Nak tambah lagi sekilo sebab ada makcik yang nak tempah
ketupat tu....

Jadi, sempat la aku tolong mak mengisi ketupat. Akak aku pun
memang suruh aku tolong sebab dia kata dia tak pandai ikat
ketupat jantan macam mak. Bila dia ikat mesti nak jadi ketupat
betina. Aku pun, bertahun juga nak jadi pandai buat ketupat
jantan tu.... Tapi gambar tak de la ye..

Meh tengok gambar pagi raya..


Si kecik yg sokmo menyelit. Tak boleh langsung mak teh dan pak teh nak posing berdua..


Ini pun nasib baik abangnya bawa lari kejap. Boleh la posing berdua. hehehe



Family kakak..


dgn mak


dgn kakak

Macam yang korang tengok kat gambar atas sekali tu, anak
sedara aku ramai lelaki. So, bayangkan la kalau nak mengemas
atau membasuh pinggan tu. Yang kecik tu je perempuan, tapi
ganasnya mengalahkan abang2nya. Bayangkan, gigi depan dia
dah takde sebab patah dia jatuh dari basikal. Bukan jatuh yang
biasa tu, dia boleh berdiri atas basikal dia, tu yang jatuh tertumus
ke lantai.. Abangnya dulu masa kecik tak ada la senakal dia..
Nanti2 la aku buat satu entry pasal si kecik kesayangan aku tu..

Okay, dah...

Saturday, October 22, 2011

Bila Tetiba Rajin...



Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama pun buat puding roti marble ni. Tapi ni resepi
derhaka sebab sepatutnya marble coklat. Kisahnya, aku ingatkan
serbuk koko ada lagi kat rumah tapi rupanya dah habis. So, aku gantikan
la dengan pewarna hijau. Cantik juga hasilnya tu..

Maafkan la marble aku yang tak semenggah tu..Saya budak baru belajar
la katakan.. Resepi ni seperti biasa aku ambil dari blog Hasue. Dah banyak
kali juga aku buat puding roti ni. Kisahnya, aku tak tahu nak bawa apa
untuk pot luck kat sekolah. Search kat blog Hasue ni cari apa yang senang
nak buat so, itulah hasilnya.



Kek coklat ni pulak aku buat untuk jamuan raya kat sekolah. Buat untuk
kelas aku. Takkan cikgunya tak bawa apa-apa kan? Tapi kek ni aku pakai
tepung yang segera tu aje. Cuma tambahkan la apa yang disuruhnya tu.
Alhamdulillah, selesai juga...

Dan, kek ni aku kukus aje sebab kat rumah aku ni tak ada oven...hehehe

Promosi



Assalamualaikum.

Sebenarnya ini aku nak tolong kakak ipar aku yang duduk
kat Bandar Jengka sana. Dia baru start nak mulakan perniagaan
kecil-kecilan. Dia jual kuah pecal, belum bancuh la ya..

250 g harganya RM5.00 saja. So, kalau ada sapa-sapa yang
berminat boleh la mencuba ya? Kalau nak buat kenduri ke dan nak try
ubah selera, boleh jamu pecal ni.

Sunday, October 2, 2011

Di Hari Raya


Assalamualaikum.

Wah, dah habis raya baru nak cerita pasal raya kan?
Alah, dah ada gambar share aje la ye.

Before that, nak cerita la kat korang pasal first time beraya kat
rumah mak mertua. Ye la, selama ni raya mesti dengan mak kan?
So, ada la rasa lain sikit. Malam raya tu call mak kat Jengka, dengar
je suara mak, dah sayu. Mak start nangis, aku pun nangis jugak.

Selama ni bila tiba hari raya, hidangan utama kat rumah ialah
ketupat palas, rendang, nasi impit dan kuah kacang. Tapi kat
rumah mertua ni hidangannya lain sikit. Family hubby kan orang
jawa, so first day tu mak mertua buat pecal. (Sorry, gambar pecal tak ada la pulak..)
Yang sempat ambil gambar ialah hidangan kat bawah ni...


Kari ayam


rendang ayam


Sambal tahun yg dah siap...

Lepas sembahyang raya, tradisi kat rumah mertua ialah mesti pergi
beraya ke rumah adik beradik yang paling tua. Sebab kakak sulung
mak mertua baru meninggal, maka kami pergi ke rumah abang mak
di Sungai Besar. Kat sini baru aku jumpa lemang.. wah, suka ati aku...

Lepas tu, balik rumah sebab nak tunggu saudara mara yang lain sebab
kiranya mak mertua yang paling tua so anak2 sedaranya kena gi rumah
mak la.... Ada byk lg gambar tp punyalah lama nak upload so, malas nak
tunggu dah.. stop sini aje la dulu..

Monday, September 12, 2011

Pra Raya

Assalamualaikum.

Kami gerak balik kampung dah pukul 10.30 lebih kurang.
Pagi tu dalam pukul 7 hubby gi ambil anak dari rumah maknya.
Lepas tu dia pergi cuci kereta pulak. Takkan la nak balik beraya
dengan kereta yang comot kan? Kebetulan minggu tu asyik hujan
saja, tu yang kereta jadi comot sangat.

Masa kat rumah lagi hubby janji dengan maknya nak kaitkan daun
kelapa untuk buat ketupat. Sekali masa lalu nak balik tu jumpa la
orang jual daun kelapa. Hubby pun berhenti la beli sebab dia kata
tak payah la nak dikait lagi. Satu daun sepuluh sen dan kalau beli
sarung ketupat yang dah siap anyam tu 50 sen satu..


Sempat lagi posing dengan daun kelapa...

Sebelum balik rumah mak mertua, kami singgah dulu kat
Sungai Besar untuk ambil baju raya suami dan anak yang dah
ditempah hari tu. Beli songkok dan sampin anak sekali. Dalam
pukul 12.30 kami sampai kat kampung. Kakak ipar dari Pahang
dah sampai dulu..

Kakak ipar dan mak tengah bersihkan lengkuas untuk buat sambal
tahun. Makcik hubby dan mak mertua yang anyam ketupat sebab
aku memang tak pandai. Kak ipar pun tak pandai juga rupanya.
Anak-anak hanya tau mengacau aje la...


Hubby cuba menganyam tapi tak reti nak sudahkan...


tengok la budak2 tu sibuk mengacau embahnya(makcik hubby)


tara,, dah siap! hasil kerja tangan mak mertua dan makcik


Ha, ni la sambal tahun tapi ni tak siap lagi...

Sambal tahun ni pedas betul.. tengok aje la cili api tu.. Aku cuma
berani ambil kuah dan kerang serta belulang lembu je. Tu pun dah
berair-air mata aku makan...

Okay, malam tu hubby melayan anak-anak buahnya main bunga
api dan mercun. Anak aku siap pesan: jangan habiskan, nanti Fasihah
nak main apa.. Ingat juga dia kat anak sedara aku yang kecik tu.
Ingatkan dia lupa...

That's all for now..

Friday, September 9, 2011

Last Day buka puasa kat Klang

Assalamualaikum.

Tahun ni aku beraya di rumah mak mertua dulu.
Hubby masih lagi kerja pada hari Sabtu (27/8) tu.
So, aku tinggal kat rumah dan bersihkan apa yang
patut dan start packing baju dan kuih raya yang nak
dibawa balik kampung.

Anak pulak maknya ambil pagi Sabtu tu untuk berbuka
last dengannya sebab tahun ni turn kami yang raya dengan
anak. Plannya hubby akan ambik anak pagi Ahad tu
untuk balik kampung sama dengan kami.

So, aku pun ajak la hubby berbuka kat luar. Sebab aku
asyik masak je bulan puasa ni jadi nak la rasa berbuka
kat luar kononnya. So, petang tu lepas hubby balik kerja
kami pun keluar la cari kedai. Kedai yang biasa kami
pergi masa bulan tak puasa tu tutup la pulak. Dah balik
beraya agaknya....

Pukul 7 tu jumpa la satu kedai. Orang pun tak ramai dan
ada la dua tiga meja yang tengah disiapkan. Duduk aje, dah
ada budak datang tanya pesanan. kami pesan la siakap stim,
kailan goreng, udang celup tepung dan air tembikai satu jag.
Sekali servisnya punya la lambat.

Dah sampai waktu berbuka, air pun tak sampai lagi. Dah habis
azan, baru la ada yang datang hantarkan air mineral. Tak lama
lepas tu ada satu family datang dan bagi tahu yang abangnya
dah order makanan pukul 3 petang dan nak tahu mana meja.
Sekali ha kau, kat mejanya cuma ada pinggan, sudu dan air
basuh tangan aje....

Aku cakap ngan hubby: " nak sangat buka kat luar kan?"
Hubby kata; "jangan cakap cam tu..."

Tapi serius, aku kesian ngan satu family (father n 3 kids) yang
dah tunggu kat situ masa aku sampai.. Aku agak, wifenya kerja
shift dan dia bawa anaknya buka kat luar la tu... Yang sampai
kat diorang cuma air, itu pun dah lepas waktu berbuka. Anaknya
siap cakap:"kalau cam ni sampai sahur pun tak dapat makan..".
Sian tau.... Last-last ayahnya bangun dan gi kaunter, tanya
makanan diorang dah siap belum, kalau belum dia nak kansel
dan bayar harga minuman aje.... Aku tengok dia ajak anak dia
blah dari situ.

Hubby cakap: kalau pergi KFC sure dah kenyang masa ni....

At last, pukul 8 baru makanan kitorang sampai. Dan itu satu
peringatan pada kami yang takkan jejak lagi ke situ. Foodnya
pun biasa-biasa saja. Sedap lagi kat kedai yang kami selalu
pergi tu...

Sunday, September 4, 2011

Salam Aidil Fitri 2011


Assalamualaikum.

Yes, i'm back!!!!

Tak puas rasanya cuti seminggu ni. Di kesempatan ini nak
ucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin untuk semua
yang dikenali dan mengenali di blog ini.

Tak sempat nak update banyak ni sebab baru sampai rumah.
Nak kena kemas dan biskut belum masuk dalam bekas.

Ok, nanti update lagi. Insyaallah.....

Monday, August 22, 2011

Mood Raya ke?

Assalamualaikum.

Sekarang ni dah masuk 22 Ramadan. Dalam seminggu lagi
kita akan menyambut hari raya. Mood nak raya dah datang
bila dengar lagu raya dan menerima kuih raya yang ditempah
bulan lepas tu...

Nak-nak lagi bila dah tukar duit raya dan balik jengka baru ni
ambil pula baju saya yang dah siap jahit tu... Patutnya mood
nak raya tu mesti la lebih kan? Tapi kali ni terganggu la sikit
mood nak raya ni...

Pasal apa? Bukan sebab kena raya rumah mertua tapi sebab
budak-budak sekolah aku baru start ari ni ujian bulanan. Dah
tentu-tentu nak menanda kertas periksa tu, tentu la mood
raya terjejas. Kalau budak jawab yang bagus tak apa la, ini
jawab macam apa tah.. Macam la selama ni tak belajar apa-
apa pun... Sakit hati masa menanda kertas 2 tadi.

Budak-budak pun dah mood raya, tu yang menjawab tah apa-
apa... Layu je menjawab soalan periksa. Kita yang menjaga
kelas pun ikut sama menguap.. hehehe

Okay, la. Kena stop sekarang. Nak menggoogle resepi nak masak
apa pulak la hari ni....

Saturday, August 20, 2011

Balik Jengka

Assalamualaikum.

Yeay, hari ni nak balik Jengka. Dapat la berbuka dengan mak.
Sebabnya raya kali ni balik raya ke kampung hubby so, minggu
ni hubby kata balik Jengka la, Boleh la bagi kerepek dan kuih
raya sikit untuk mak...

Aku dah settele semua barang, dah letak tepi pintu pun. Tengah
tunggu hubby balik kerja je ;agi. Hubby keluar kerja pukul 8 dan
dekat-dekat pukul 9 nanti baru sampai rumah. Tapi tak kisah la.
Aku yang akan drive balik nanti, hubby akan cover tidurnya dalam
kereta nanti.

Wah, taksabarnya nak balik,..... Walaupun bukan balik raya lagi.
Raya kedua nanti baru jumpa mak semula.

Thursday, August 18, 2011

Duit Raya n Bonus

Assalamualaikum.

Korang dah tukar duit kecik untuk bagi duit raya? Aku baru
petang tadi pergi dengan hubby. Mula-mula pergi Bank Islam
tapi diberitahu pertukaran duit hanya sehingga pukul 12 t/hari
saja.

Lepas tu kami pergi la pulak kat CIMB, pun sama juga. Bila hubby
tanya kena amik nombor ke tak, dia kata kena isi borang dulu pulak.
Last-last ajak hubby balik aje tapi hubby nak pergi amik duit dia
kat OCBC. Saja je cakap kat hubby try la tanya kat situ. Hubby kata
esok pagi je dia pergi, balik kerja terus pergi.

Aku pun tunggu la dalam kereta sebab tak ada parking. Sekali hubby
call kata boleh tukar kat situ. Alhamdulillah, tak perlu la buat kerja
dua kali. Bonus pun dah masuk, boleh la buat belanja raya kan?
Masa tengah tunggu tu tetiba je rasa panas semacam. Padahal aircond
mmg pasang.

Hmm, lepas hubby keluar dari bank, terus pergi cari bengkel. Minta
check apa problemnya. Kena pulak la servis aircond. Memang kereta
aku tu tak pernahnya servis aircond sejak beli, dah 5 tahun tu.. Aku
memang tahu drive aje...

Tapi betul la, setiap duit tu memang ada rezeki untuk apa-apa kan?
Walaupun kita kadang2 plan lain tapi ada je guna untuk yang lain...


Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadan


Assalamualaikum.

Diam tak diam dah masuk 17 hari kita berpuasa. Dan hari
ni ialah Hari Nuzul Al-Quran.

Menu hari ni ialah tilapia masak lemak cili api, bayam
goreng dan ikan goreng. Untuk anak, aku gorengkan telur
mata sebab ingatkan dia tak nak makan ikan tilapia tu...
Tapi rupanya dia makan aje walaupun pedas. Selalunya
kalau pedas sikit pun dah tak nak makan...

Aku hari ni buat agar-agar santan aje. Boleh la hantar
kat rumah jiran-jiran. Dah tu, jiran yang depan tu balas
dengan spaghetti pulak. Dah bertambah menu berbuka.

Minggu ni hubby kerja malam, so dia sempat la berbuka
di rumah. Lepas berbuka, terus la gerak ke kilangnya.
Start minngu ni la masuk malam pukul 8, kalau tak masuk
pukul 4 dan pukul 12 setengah dah sampai rumah.

Tapi bila dah masuk 8 malam so, 8 pagi esok la baru balik.
So, sahur untuk minggu ni hanya aku berdua beranak aje
la. Pergi sekolah pun hubby tak balik lagi. Bila balik sekolah,
dia mesti tengah tidur, nak cover balik yang dia berjaga
malam tu.

Okay, bebelan hari ini diakhiri dengan gambar agar-agar
santan aku. Tak ada la berapa cun sangat tapi nak juga
tayang... hehehe


pandangan atas


Pandangan sisi


Monday, August 15, 2011

Shopping Raya


Assalamualaikum.

Korang semua dah shopping raya ke? Hari Jumaat malam Sabtu
12/8 baru ni pergi shopping. Ala, takat The Store Klang aje.. Ya
Allah, punya la ramai orang. The Store kan buat sales..

Rupa-rupanya ekspo raya pun dah start. banyak la gerai-gerai
kecil sepanjang jalan tu. Pendek kata, semua barang ada. Tinggal
pilih aje. Paling best aku tengok gerai yang jual dodol siap kacau
dodol kat situ juga.

Kalau bukan dengan hubby, rasa-rasanya aku takkan pegi Klang
buat masa yang terdekat ni sebab memang sibuk sangat. Penuh
dengan umat manusia.

Kitorang shopping baju untuk anak aje yang banyak. Kira boleh
tahan la harganya, sebab sales kan? Kalau tak, parah juga nak
membayarnya....

Mari kita lihat apa yang kami beli...


Ake beli kasut aje... Hubby kata, baju dah banyak tempah...hehehe

Ni hubby punya...


Yang ni anak punya....

Ada juga aku belikan jubah untuk mak mertua. Tadi dah
ambil gambar tapi gegar, tu yang tak jadi letak kat sini. Yang
kelakarnya, kononnya nak surprise kan mak tapi tak tahu
saiz, last-last call dia tanya saiz. Dah la sibuk pula dia cakap
jangan beli yang mahal... hehehe

Untuk mak sendiri, aku dah belikan kain pasang yang harganya
lebih kurang je dengan harga jubah mak mertua tu... Sebenarnya
aku ada aim satu barang nak beli.. Hubby dah bagi green light nak
beli. Nanti la kalau jadi, aku share ye..

Aku pun tengah tunggu duit kutu untuk buat cermin mata yang
baru ni. Yang aku pakai sekarang ni dah dekat 2 tahun dan aku
rasa power silau akan bertambah kot sebab dah tak selesa sangat.
Lagipun bila baca novel dah tak boleh dengan cermin mata ni, mesti
tulisan jadi kabur. Kena buka baru boleh baca.

Agak-agak power kena tambah ke kurang ni ya?

Saturday, August 13, 2011

Masak-masak punya cerita

Assalamualaikum.

Diam tak diam dah masuk hari yang ketiga belas kita berpuasa.
Dah dekat setengah bulan pun. Sekarang ni mood nak raya pula
la yang datang kan?

Setakat hari ni, aku pergi pasar ramadhan pun baru 3 kali. Hari
Jumaat 3/8 tu pasal peti sejuk dah kosong. Nak singgah kedai
masa balik sekolah tak sempat. Satu kedai tu tak ada parking dan
satu lagi yang dekat dengan rumah dah tutup untuk solat Jumaat.
Aku punya pe'el pulak, kalau dah masuk rumah, "cinta" sangat nak
keluar semula.

Hari kedua yang aku pergi pasar ramadan ialah 6/8, hari Sabtu. Aku
balik kampung hubby dan mak mertua kata beli aja, maka menantu
yang mithali ni pun ikut aje la, hehehe.... Yang ketiga pada hari Ahad
7/8 sebab balik sampai dari kampung hunny pun dah pukul 6.45 ptg.

Selebihnya aku masak aje la. Sampai mak aku yang kat jengka tu pun
pelik sebab masak. Dia tahu aku la selalu ajak pergi ke pasar ramadhan
sebab nak elak dari memasak. Dia tahu anak dia ni sebenarnya liat sikit
bab masak memasak ni. Bukan apa, aku ni besar di asrama, bila balik cuti
memang tak rajin ke dapur. Lepas tu bila masuk maktab, aku dan beberapa
kawan lain adalah antara yang termuda dalam kelas, 19 tahun. So, ramai
lagi kakak-kakak yang terrer bab masak ni.

Bila posting pun sama juga. Aku yang paling muda. Start 1998 sampai 2003
aku adalah cikgu yang paling muda kat sekolah. So, bila ramai kakak, tentu
la part masak dorang yang take over bila ada apa-apa berkaitan memasak.
Duduk pulak dengan mak sebab posting dekat dengan rumah. Balik sekolah
tinggal makan aje lagi....

Dan bila ada apa-apa majlis kat sekolah, contohnya jamuan raya dan nak
kena bawa apa-apa aku akan minta akak aku buatkan. Aku hanya beli
barang dan akak aku akan buatkan. Manja sungguh aku kan? Tu yang
bila kahwin ni, (aku kahwin lambat, pada sapa yang tak tau...), aku
surprise dengan diri sendiri tau...

Mana taknya, banyak masakan yang aku tak pernah mimpi akan masak,
aku dah berjaya memasaknya. Sedap tak sedap, aku tengok, habis aje anak
dan hubby makan. Bulan puasa ni, first time aku belajar buat kuah laksa,
buat agar-agar laici dan kukus ikan.

Terima kasih juga kepada blog-blog masakan kat internet ni sebab banyak
membantu aku membaiki skill memasak aku. Tak ada la malu aku nak
memulangkan bekas yang dihantar dek jiran-jiran.. hehehe
Okay, that's all for now

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Pertama

Assalamualaikum.

Hari ni first day puasa, 1 Ramadhan. Hari ni juga 1 Ogos
yang merupakan birthday aku. Pertamanya, aku bersyukur
kerana Allah memanjangkan usiaku dan dapat la aku berpuasa
untuk tahun ini.

Birthday kali ni juga aku berada di sekolah yang baru. Kalau
tahun-tahun sebelumnya, aku akan bawa kek dan jamu kawan
sekolah dan setiap kelas yang aku ajar akan dapat la sedikit
"jajan" dari aku. Tapi kali ni, dalam bulan puasa, maka tradisi
itu tak dapat aku teruskan.

Kebetulan juga, sekolah aku ambil cuti peristiwa pada hari ini.
Maka dapatlah aku bersahur bersama keluarga aku di Jengka.
Aku balik hari Sabtu ari tu. Kebetulan hubby kena masuk shift
malam hari ni. Tak dapat la kami berbuka bersama untuk
seminggu ni.

Menu untuk berbuka hari ni ialah patin tempoyak.. Patin fresh
dibeli sebelum balik tadi... kalau kat Klang ni payah nak dapat
patin yang sedap...

Ok, selamatberpuasa, selamat berbuka dan selamat bertarawih
semua...

Saturday, July 30, 2011

Sukan SKRP


Assalamualaikum.

Hahaha... cerita dah basi baru nak update kan? Tapi tak
apa la sebab yang penting update jugak....

Macam yang aku bagi tahu dalam entry yang sebelumnya,
sukan sekolah aku diadakan di Stadium Kota Raja di Klang
pada hari Ahad 24 Julai 2011. Pada hari ni, aku bertugas di
bahagian hadiah.

Aku pergi dengan dihantar oleh hubby. Kalau aku drive sendiri
alamat tak sampai la... So, sebelum ke stadium, singgah di sekolah
dulu untuk ambil mana-mana hadiah/hamper yang boleh dibawa.
Ada juga guru-guru yang naik bas dengan murid-murid. Oh ya,
lupa nak bagi tau yang semua peserta perbarisan dan yang masuk
acara diangkut ke stadium dengan bas. Satu rumah, satu bas.. so
8 bas lah semuanya.

Sampai kat sana semuanya berjalan dengan lancar. Masing-masing
dah tau tugas dan terus la menjalankannya. kalau tak nanti lambat
pula la habisnya. Cuaca pada hari tu kira boleh tahan la. Tak panas
sangat dengan hujan gerimis sekejap-sekejap.. So, biarlah gambar
yang bercerita ye?


Rumah Putra dengan maskot Peter Pan


Rumah Wira dengan maskot ikan Dory (kawan Nemo)


Rumah Waja dengan maskot Lady Bug


Rumah Satria dengan maskot Pikachu


Rumah Exora dengan maskot Chipmunk


Rumah Perdana dengan maskot Ribenaberry


Rumah Inspira dengan maskot Minnie Mouse


Rumah Iswara dengan maskot Puss in Boots


Bacaan ikrar kejohanan


Perasmian kejohanan dengan mercun


Persembahan kompang formasi



Yeah, ini acara guru lelaki.. tarik tali
Acara ini lawan antara guru lelaki pagi dan guru lelaki petang.
Telah dimenangi oleh guru lelaki petang dengan 2-1.


Acara untuk guru perempuan ialah terompah gergasi dan kumpulan
aku dapat nombor tiga...


Pingat yang menanti pemenang


Trofi untuk johan keseluruhan dan olahragawan/wati


Posing sambil tunggu hadiah


Tetap senyum walaupun penat...