Wednesday, August 17, 2011

17 Ramadan


Assalamualaikum.

Diam tak diam dah masuk 17 hari kita berpuasa. Dan hari
ni ialah Hari Nuzul Al-Quran.

Menu hari ni ialah tilapia masak lemak cili api, bayam
goreng dan ikan goreng. Untuk anak, aku gorengkan telur
mata sebab ingatkan dia tak nak makan ikan tilapia tu...
Tapi rupanya dia makan aje walaupun pedas. Selalunya
kalau pedas sikit pun dah tak nak makan...

Aku hari ni buat agar-agar santan aje. Boleh la hantar
kat rumah jiran-jiran. Dah tu, jiran yang depan tu balas
dengan spaghetti pulak. Dah bertambah menu berbuka.

Minggu ni hubby kerja malam, so dia sempat la berbuka
di rumah. Lepas berbuka, terus la gerak ke kilangnya.
Start minngu ni la masuk malam pukul 8, kalau tak masuk
pukul 4 dan pukul 12 setengah dah sampai rumah.

Tapi bila dah masuk 8 malam so, 8 pagi esok la baru balik.
So, sahur untuk minggu ni hanya aku berdua beranak aje
la. Pergi sekolah pun hubby tak balik lagi. Bila balik sekolah,
dia mesti tengah tidur, nak cover balik yang dia berjaga
malam tu.

Okay, bebelan hari ini diakhiri dengan gambar agar-agar
santan aku. Tak ada la berapa cun sangat tapi nak juga
tayang... hehehe


pandangan atas


Pandangan sisi


2 comments:

NuR si CiKGu RiBeNa said...

sedapnye sis..
warna pink lagi tu..

Saliza said...

Nur,

pilih pink sebab sebelum ni dah try hijau. hehehe