Monday, August 22, 2011

Mood Raya ke?

Assalamualaikum.

Sekarang ni dah masuk 22 Ramadan. Dalam seminggu lagi
kita akan menyambut hari raya. Mood nak raya dah datang
bila dengar lagu raya dan menerima kuih raya yang ditempah
bulan lepas tu...

Nak-nak lagi bila dah tukar duit raya dan balik jengka baru ni
ambil pula baju saya yang dah siap jahit tu... Patutnya mood
nak raya tu mesti la lebih kan? Tapi kali ni terganggu la sikit
mood nak raya ni...

Pasal apa? Bukan sebab kena raya rumah mertua tapi sebab
budak-budak sekolah aku baru start ari ni ujian bulanan. Dah
tentu-tentu nak menanda kertas periksa tu, tentu la mood
raya terjejas. Kalau budak jawab yang bagus tak apa la, ini
jawab macam apa tah.. Macam la selama ni tak belajar apa-
apa pun... Sakit hati masa menanda kertas 2 tadi.

Budak-budak pun dah mood raya, tu yang menjawab tah apa-
apa... Layu je menjawab soalan periksa. Kita yang menjaga
kelas pun ikut sama menguap.. hehehe

Okay, la. Kena stop sekarang. Nak menggoogle resepi nak masak
apa pulak la hari ni....

4 comments:

ummu said...

assalamualaikum Saliza
mood raya memang dah terasa
di mna-mana
kat sekolah saya
pun student dah menunjukkan mood raya.
salam ramdhan d an salam aidilfitri.

Saliza said...

Ummu,

sama je perangai budak2 ni rupanya kan?
Selamat hari raya untuk anda juga..

Nizam said...

Name pun budok.Haha....Selamat hari raye Maaf zahir batin...

Anonymous said...

[url=http://cialisonlinehere.com/#cooak]cheap cialis online[/url] - buy generic cialis , http://cialisonlinehere.com/#dwbxb cialis online without prescription