Saturday, October 22, 2011

Bila Tetiba Rajin...



Assalamualaikum.

Sebenarnya dah lama pun buat puding roti marble ni. Tapi ni resepi
derhaka sebab sepatutnya marble coklat. Kisahnya, aku ingatkan
serbuk koko ada lagi kat rumah tapi rupanya dah habis. So, aku gantikan
la dengan pewarna hijau. Cantik juga hasilnya tu..

Maafkan la marble aku yang tak semenggah tu..Saya budak baru belajar
la katakan.. Resepi ni seperti biasa aku ambil dari blog Hasue. Dah banyak
kali juga aku buat puding roti ni. Kisahnya, aku tak tahu nak bawa apa
untuk pot luck kat sekolah. Search kat blog Hasue ni cari apa yang senang
nak buat so, itulah hasilnya.



Kek coklat ni pulak aku buat untuk jamuan raya kat sekolah. Buat untuk
kelas aku. Takkan cikgunya tak bawa apa-apa kan? Tapi kek ni aku pakai
tepung yang segera tu aje. Cuma tambahkan la apa yang disuruhnya tu.
Alhamdulillah, selesai juga...

Dan, kek ni aku kukus aje sebab kat rumah aku ni tak ada oven...hehehe

1 comment:

Nizam said...

Koi tau makan je....