Monday, September 12, 2011

Pra Raya

Assalamualaikum.

Kami gerak balik kampung dah pukul 10.30 lebih kurang.
Pagi tu dalam pukul 7 hubby gi ambil anak dari rumah maknya.
Lepas tu dia pergi cuci kereta pulak. Takkan la nak balik beraya
dengan kereta yang comot kan? Kebetulan minggu tu asyik hujan
saja, tu yang kereta jadi comot sangat.

Masa kat rumah lagi hubby janji dengan maknya nak kaitkan daun
kelapa untuk buat ketupat. Sekali masa lalu nak balik tu jumpa la
orang jual daun kelapa. Hubby pun berhenti la beli sebab dia kata
tak payah la nak dikait lagi. Satu daun sepuluh sen dan kalau beli
sarung ketupat yang dah siap anyam tu 50 sen satu..


Sempat lagi posing dengan daun kelapa...

Sebelum balik rumah mak mertua, kami singgah dulu kat
Sungai Besar untuk ambil baju raya suami dan anak yang dah
ditempah hari tu. Beli songkok dan sampin anak sekali. Dalam
pukul 12.30 kami sampai kat kampung. Kakak ipar dari Pahang
dah sampai dulu..

Kakak ipar dan mak tengah bersihkan lengkuas untuk buat sambal
tahun. Makcik hubby dan mak mertua yang anyam ketupat sebab
aku memang tak pandai. Kak ipar pun tak pandai juga rupanya.
Anak-anak hanya tau mengacau aje la...


Hubby cuba menganyam tapi tak reti nak sudahkan...


tengok la budak2 tu sibuk mengacau embahnya(makcik hubby)


tara,, dah siap! hasil kerja tangan mak mertua dan makcik


Ha, ni la sambal tahun tapi ni tak siap lagi...

Sambal tahun ni pedas betul.. tengok aje la cili api tu.. Aku cuma
berani ambil kuah dan kerang serta belulang lembu je. Tu pun dah
berair-air mata aku makan...

Okay, malam tu hubby melayan anak-anak buahnya main bunga
api dan mercun. Anak aku siap pesan: jangan habiskan, nanti Fasihah
nak main apa.. Ingat juga dia kat anak sedara aku yang kecik tu.
Ingatkan dia lupa...

That's all for now..

1 comment:

Nizam said...

Siak anyam pun ande yek....