Friday, July 30, 2010
Mencari Remis
Sekarang ni kan aku gilir-gilir dengan hubby. Kalau minggu hubby
kerja Sabtu, aku yang akan pergi sana. Kalau minggu hubby tak kerja,
turn dia la yang balik jengka. Oh ya, hubby kerja kilang, sebab tu ada
minggu kena kerja hari Sabtu. Biasanya berselang minggu la.
Minggu baru ni, (24/25 Julai) patutnya turn hubby balik jengka. Tapi
anak pula cakap dah lama tak balik ke rumah Embah dia( mak mertua aku)
kat Sabak Bernam, maka aku la yang bergerak ke sana. Kelas tambahan
hari sabtu aku dah ganti ke hari lain.. hehehe..
Kami balik ke kampung pada hari Sabtu. Sampai kampung lebih kurang
pukul 10.45 pg. janji nak gerak awal, tapi payah nak mengejutkan anak
bangun tidur, tu yang lambat sikit tu. Hubby bukan apa, dia fikirkan nak
balik awal pulak hari Ahad tu sebab aku kena drive balik jengka pulak.
Aktiviti rutin hubby dan anak tiap kali balik sana ialah mencari remis.
Aku pulak first time nak tengok dan cari remis tu. Pagi Ahad tu, lepas
sarapan, terus ke Pantai Sungai Lang. Lebih kurang 15 minit kot naik
motor dari rumah mak mertua.
So, mari la layan gambar.
Emi yang suka hati dapat ke pantai..
Pasir kat sini bkn pasir biasa tp kulit2 siput... Lain dgn
pasir pantai kat Pahang.
Operasi mencari bermula
Kais apa tu bang?
Banyak kayu hanyut di tepi pantai
Berkerut dahi melawan panahan matahari
Pasir yang ditinggalkan setelah remisnya diambil. hahaha..
Hasil carian..... bkn ini saja ya. Hampir penuh bekas ni kami
kutip. Tapi payah nak pegang kamera dengan tangan yang
berpasir...
Ralit sangat rupanya mencari remis ni. Tapi kami tak lama
di situ. Pukul 10 dah beredar sebab nak balik ke Klang semula.
Dan pukul 3 ptgnya aku drive balik ke jengka semula.
Penat memang penat tapi penat yang berbaloi....
Oh ya, hari ni aku akan drive ke Klang lagi. Ok, dah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment